Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini39
mod_vvisit_counterSemalam18
mod_vvisit_counterMinggu Ini220
mod_vvisit_counterMinggu Lepas317
mod_vvisit_counterBulan Ini774
mod_vvisit_counterBulan Lepas3080
mod_vvisit_counterJumlah886393

We have: 11 guests online
0: 54.92.160.119
 , 
Today: Oct 19, 2018

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Juadah Warisan serikan majlis di UPM


Pada hari Rabu 21 Disember 2011, bertempat di Fakulti Sains & Teknologi Makanan, Universiti putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor, Warisan Baiduri Sdn Bhd dijemput menjadi katerer untuk majlis pelancaran produk baru.

Majlis ringkas tapi meriah dengan tema warna meroon/cream ditempah untuk hidangan 150 pax.

Jadual makan tengahari bermula pada jam 1pm, bagaimana pun dalam masa persiapan juadah, penganjur memohon hidangan dipercepatkan 1 jam iaitu 12 tengahari.

Alhamdulillah, staf Warisan Baiduri Sdn Bhd bertugas, dengan hati yang ceria dapat menyiapkan sajian yang diminta oleh penganjur.

Kami berbesar hati kepada staf seperti Kamarulzaman, Azmil, Hafiz dan Angah kerana kecekapan dan pengalaman mereka, dapat menguruskan persiapan dengan cekap dan sempurna, walaupun pada waktu yang agak singkat.

Seorang anggota polis yang mengikuti Majlis tersebut berseloroh dengan staf Warisan Baiduri Sdn Bhd, dengan mengatakan, "Ni (hidangan) sedap ni,  jom kita makan." walhal beliau hanya baru sahaja menghidu bau makanan, belum dirasa lagi.

Itu lah yang hendak beliau katakan, memang sedap pun. Tambah-tambah lagi makanan yang dihidangkan masih panas lagi, dengan cuaca yang aman dan damai, apa lagi berselera mereka menikmatinya.

Untuk majlis tersebut, Warisan Baiduri Sdn Bhd menyediakan secara hidang dan buffet. Sajian hidang sebanyak 4 hidang dengan pelbagai hidangan seperti:

Nasi Tomato
Nasi putih
Ayam Goreng berempah
Daging Dendeng
Ikan Tenggiri Kari + Bendi + Terung
Jelatah
Papedom, Buah-Buahan
Air Kordial Oren
Air Mineral