Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini53
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini430
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini946
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852397

We have: 75 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

                                                                     
                                                                     
                                                                     
                                             
Warisan serikan majlis pertunangan cucunda Sultan Pahang


Buah pauh si bunga rampai,
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan;
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.

Tiup serunai di atas kota,
Uda memupuk bunga Melati;
Mula kenal kemudian bercinta,
Cinta tersemai dalam hati

Bukan hendak meraut selasih,
Cuma mencari harumnya melati,
Bukan hendak mengintai kasih,
Cuma mengutus rindu di hati.

Begitu anggun, ceria dan menyentuh jiwa dengan tema purple cream. Itulah gambaran di majlis 
pertunangan Nor Faiza Dato' Effendi dengan pasangannya, YM Tengku Sulaiman Putra Tengku
Ibrahim, pada 21 Januari 2012. Nur Faiza merupakan anak kepada Tengku Mohaini binti Sultan Ahmad Shah. Tengku Mohaini
merupakan anakanda sulung Tuanku Sultan. Majlis pertunangan diadakan di teratak kediaman
mempelai perempuan di Jalan Mengkuang, Kuala Lumpur. Pada asalnya pihak Tengku Mohaini menjemput tetamu VVIP seramai 150 orang dengan
membuat tempahan khas dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd. Persiapan dari Warisan Baiduri selaku katerer utama disiapkan seperti yang dirancang, hiasan
 indah lagi menawan untuk tuan rumah dan tetamu undangan beserta hiasaan bunga-bungaan
yang ditempah khas dari pereka hiasan. Pada mulanya pihak tuan rumah menjemput seramai 150 orang tetamu VVIP, namun apabila
di akhir-akhir persiapan tuan rumah meminta tambahan seramai 50 orang lagi
menjadikan 200 orang tetamu. Alhamdullillah setakat 50 orang tambahan tidak menjadi keberatan bagi Warisan Baiduri Sdn Bhd
untuk memenuhi permintaan tuan rumah bagi memastikan majlis berjalan lancar. Menu yang ditempah khas dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd adalah: Nasi minya (Basmati pusar) Ayam masak kerutup Ikan tenggiri goreng berlada Dalca daging tetel Pajeri nenas berempah Sayur campur warisan Papedom Air sirap Bandung Air Mineral Teh tarik Nescafe Kopi Kampung Hidangan tambahan untuk VVIP adalah Nasi Beriani Gam Daging + telur Rebus (Basmathi pusar). Warisan Baiduri mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tengku Mohaini kerana sudi menjemput
kami sebagai katerer di majlis pertunangan anakanda Tengku. Kami mendoakan mudah-mudahan Allah merahmati pertunangan ini, semoga kedua mempelai
bahagia sehingga ke jinjang pelamin.