Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini34
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini411
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini927
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852378

We have: 57 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Sajian Warisan pengikat kasih Ana Raffali & Naim


Ikan di laut asam di darat
Dalam periuk bertemu juga
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Tempat raja menanam pala
Tempat puteri mandi bersiram
Sebanyak rambut atas kepala
Rasa cinta penuh mendalam

Itulah gambaran betapa hebatnya cinta Ana Rafali dengan pasangannya Ahmad Aznaim Abdullah yang selamat disatukan dalam satu
majlis pernikahan yang cukup meriah di Masjid al-Hidayah, Taman Melawati, 25 Februari 2012.

Masjid al-Hidayah dipilih menjadi lokasi tautan cinta kerana Ana Rafali yang kini semakin anggun dengan imej bertudungnya, memilik
nama sebenar Nur Hidayah binti Mohd Raffali.

Sebagai artis tersohor, sesuai dengan namanya Nur Hidayah, Ana Rafali bertekad untuk menutup auratnya, tambahan pula beliau
menerjah ke gerbang perkahwinan. Katanya beliau mahu menjadi isteri yang solehah buat suami tercinta.

Majlis untuk Ana Rafali-Naim diadakan serentak pada 25 Februari. Majlis bertunang, akad nikah dan bersanding dijalankan sekaligus.
Tema yang dipilih adalah putih. Suatu warna yang membawa maksud, suci, bersih dan murni.

Ramainya tetamu yang datang tidak dapat dihitung. Ustaz Abdullah Che Mat bapa kepada pengantin lelaki menjemput 1000 tetamu
yang terdiri daripada rakan artis, selebriti, vip dan jemputan sanak saudara.

Namun hadirin yang datang melimpah ruah sehingga mencapai 2000 orang. Alhamdulillah berkat kecekapan warga kerja Warisan
Baiduri Sdn Bhd, kami dapat menyediakan hidangan yang mencukupi untuk semua tetamu walau dengan notis yang amat singkat.

Antara hidangan dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd yang dihidangkan untuk hari istimewa Ana Rafali adalah:

Menu utama

Nasi briani
Nasi putih
Ayam goreng berempah
Daging dendeng
Ikan sweet sour
Dalca sayur
Acar buah
Ikan masin goreng
Sambal belacan ulam
Buah-buahan
Air kordial
Air mineral


Pencuci Mulut

Cendol
Pengat Pisang
Agar Agar Lapis
Karipap

Teh Tarik

Menu tambahan pengantin

Ayam golek arisan
Udang panjat nenas
Sayur campur warisan
Pihak Warisan Baiduri Sdn Bhd amat berterima kasih kepada keluarga kedua-dua mempelai kerana sudi menjemput kami menjadi
katerer rasmi bagi majlis yang bersejarah dan penuh istimewa untuk mereka.

Kepada pasangan Ana Rafali-Naim, pihak Warisan Baiduri Sdn Bhd mengucapkan tahniah di atas perkahwinan anda berdua,
dengan doa Barakallahu lakuma, wabaraka 'alaikuma, wajama'a bainakuma bil khayr.

Banyak dapat ikan tembakul.
Ikan tembakul dikerat-kerat
Yang kami doakan sudah terkabul
Biar sampai dunia akhirat.