Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini55
mod_vvisit_counterSemalam164
mod_vvisit_counterMinggu Ini557
mod_vvisit_counterMinggu Lepas454
mod_vvisit_counterBulan Ini1112
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852563

We have: 22 guests online
0: 54.221.73.186
 , 
Today: Dec 17, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla


Kompleks Warisan Baiduri dibuka dengan bacaan al-Quran

Alhamdulillah, kita memanjat setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya,
Kompleks Warisan Baiduri yang bertempat di Jalan Geliga 2, Taman Melewar , Batu Caves, Selangor,
selamat dibuka pada 29 Februari 2012.

Walaupun kompleks masih belum siap sepenuhnya, namun pembukaannya merupakan mercu tanda dan asas
kepada perkembangan serta kemajuan syarikat Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Dengan izin Allah, Warisan Baiduri Sdn Bhd membuka kompleksnya dengan menganjurkan program keagamaan,
bagi memohon barakah dan rahmat Allah SWT.

Warisan Baiduri Sdn Bhd mengundang 35 orang pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Darul Furqan, Kampung Padang Balang.

Majlis yang bermula dengan solat asar berjemaah, diikuti dengan bacaan 30 juzuk ayat-ayat suci al-Quranul Karim,
dan kemudiannya disudahi dengan doa selamat. Alhamdulillah, mudah-mudahan dengan barakah ayat-ayat suci al-Quran
yang dibacakan sehingga khatam, akan melindungi, merahmati dan menambahkan rezeki Warisan Baiduri ,
serta seluruh warganya.


Syukur ke hadrat Allah, majlis pada petang itu berjalan denagn lancar, pihak syarikat mengucapkan ribuan
terima kasih kepada guru maahad tahfiz dan pelajar-pelajarnya kerana dapat menyempurnakan pembukaan
kompleks dengan jayanya.

Serentak dengan pembukaan Kompleks Warisan Baiduri, turut diadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran
staf yang jatuh pada bulan Januari dan Februari bagi tahun 2012.

Seramai 11 orang diraikan kelahiran mereka termasuk Pengarah Pentadbiran & Kewangan Warisan Baiduri Sdn Bhd,
Puan Norazizah Basar.

Selepas solat maghrib berjemaah, Encik Nizam selaku pengacara majlis, menjemput Ustaz Mohasir Othman
memimpin bacaan yassin dan doa selamat, bagi tujuan yang tertera di atas.

Sesudah doa selamat, para hadirin disajikan dengan hidangan lazat Nasi kabsa Dan Kambing Bakar

Selepas sesi jamuan, diadakan pula Majlis Sambutan Ulang Tahun staf yang dimulakan dengan ucapan dari
Pengarah Urusan Saudara Mahmud Morshidi Othman.

Dalam ucapannya bersempena pembukaan Kompleks Warisan Baiduri, beliau menasihatkan kepada semua staf
agar mempertingkatkan disiplin dan kualiti kerja, sesuai dengan kompleks baru yang didirikan.

Beliau juga mengingatkan staf supaya lebih berjimat cermat, memandangkan kos penyelengaraan di
Kompleks Warisan Baiduri yang besar dan mempunyai banyak fasiliti, sudah tentu akan meningkat
berbanding dengan dapur kulinari lama yang masih beroperasi sehingga kini.

Pengarah Urusan juga mahu semua staf menggandakan usaha untuk mengembangkan sayap perniagaan
supaya dapat menampung kos perbelanjaan bulanan syarikat, dan supaya syarikat lebih berkembang
dengan maju.

Katanya, segala hasil dan kemajuan syarikat, akan dipulangkan kepada staf dalam bentuk pelbagai
ganjaran yang akan diperolehi kelak.

Seusai ucapan Pengarah Urusan, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata dan kad hari
jadi untuk 11 orang yang diraikan.

Majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah ini dihadiri  warga kerja Warisan Baiduri Sdn Bhd,
ia dihadiri sahabat handai, para pembekal dan anggota keluarga mereka.

Majlis berakhir pada jam 10.30 malam.