Santapan biryani Arab buat YDP Agong
 Tuanku Abdul Halim menaiki takhta Sungguh bijak mentadbir negara Terkenal di seluruh nusantara Adil saksama banding tiada
Tuanku Agong bersama Raja Permaisuri Sepadan cantik berseri-seri Bagai cincin pulang ke jari Ditabal Putera kenduri dirai Hidup aman damai sejati
Sungguh indah cantik dan menawan. Suatu suasana yang amat mengujakan setiap hadirin. Itulah keindahan majlis doa selamat dan bacaan yassin bersempena dengan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang diadakan pada 31 Mei 2012 di Masjid Negara Kuala Lumpur. Tema warna gold/cream menjadi pilihan utama buat baginda berdua.
Warisan Baiduri Sdn Bhd merafak syukur dan sembah taat kepada baginda Tuanku, kerana diundang pihak istana untuk menyediakan sajian yang cukup bermakna, khusus buat baginda berdua.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, mencemar duli untuk santapan DiRaja.
Baginda diiringi Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Warisan Baiduri Sdn Bhd menyediakan hidangan buat 16 VVIP, yang terdiri daripada anggota dan kerabat DiRaja. 184 VIP, yang terdiri dari kalangan Menteri dan anggota kanan kerajaan. Dan sejumlah 200 hidangan buat tetamu yang lain.
Menu yang ditempah khusus dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd untuk para VVIP adalah:
Sup cendawan Nasi briani Arab Nasi putih Isi ikan masak briani Daging rendang tok Itik masak percik Sotong masak kari kapitan Isi ikan dowry masak masam manis Kerabu udang ala-Siam Salad+baby tomato+timun + sos thousand island Acar buah (rock melon,jambu madu, mangga, buah tin) Aneka kuih Melayu Buah-buahan Jus oren Teh/kopi Air mineral
Warisan Baiduri Sdn Bhd juga menyediakan 500 paxs nasi bungkus yang berupa:
Nasi briani Daging rendang tok Dalca daging Acar rampai Papedom Epal hijau Air mineral

|