Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini123
mod_vvisit_counterSemalam164
mod_vvisit_counterMinggu Ini625
mod_vvisit_counterMinggu Lepas454
mod_vvisit_counterBulan Ini1180
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852631

We have: 89 guests online
0: 54.221.73.186
 , 
Today: Dec 17, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla


Sajian Warisan di hari keceriaan Puan Rose dapat menantu
Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas Duduk raja Melayu, Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah daun kayu . Baca lagi

Sulaman jiwa Nurul & Aswaie
Bukan lebah sebarang lebah, Lebah bersarang di rumpun buluh, Bukan sembah sebarang sembah, Sembah menyusun jari sepuluh. Baca lagi

Ibarat merpati dua sejoli, Bagai raja dengan permaisuri.
Itulah gambaran bagi majlis perkahwinan pasangan sejoli Bazli & Ain yang berlangsung pada 26 Oktober 2013, dengan
tema pakaian dan perhiasan krim & coklat. Baca Lagi

Hari Merdeka tautan Azzua Faziana & Mohammad Fuad
Beli gula di pekan baru
Berbalut kertas merah kuning
Sila-sila pengantin baru
Dua sejoli jalan berganding ..Baca Lagi..

Warisan raikan cinta Anuar & Adila
Sirih bertepuk pinang dibelah,
Dijamu untuk tetamu kami,
Merisik sudah bertunang sudah,
Kini tiba pengantin dirai. Baca lagi

Sajian tradisional Melayu hiasi perkahwinan eksklusif
Pasangan Zairi dan Wani memilih tema English Sytle, orang kata ala-ala Barat gitu. Tetapi uniknya
kedua-dua mempelai tetap mempertahankan nilai-nilai kemelayuan. Baca lagi

Selamat Pengantin Baru
Sang pipit menari di jerumun,   Sang kucing bermain di taman,    Melihat pengantin orang berkerumun
Sama cantik, sama padan ...... baca lagi

Terima kasih Ustaz Abdullah
Sambal peria si pucuk geti, Untuk santapan duduk semeja,Tanda setia kepada pertiwi,
Sanggup berkorban apa sahaja; Baca lagi

Kepuasan pelanggan keutamaan kami
Orang jauh dikenang-kenang, Hanya terkenang pada yang satu, Mula berkenal kemudian bertunang,
Diatas pelamin sama bersatu...Baca lagi

Kasih Ruzanna buat arwah ayah di majlis perkahwinan
Orang ke laut menjala udang, Petang hari pasang pelita, Yang ditunggu sudah pun datang, Yang dinanti sudah pun tiba.. Baca Lagi

Nasi Arab Warisan pemikat selera di majlis pengantin
Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga Melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai dalam hati. baca Lagi

Majlis pertunangan diserikan dengan sajian Warisan
Panjat- panjat si pohon ara,
Nampak cantik di tepi laman.
Besarnya hajat tidak terkira,
Hendak memetik bunga di taman. Baca Lagi


Kemeriahan majlis pertunangan diserikan  dengan sajian warisan
Terbang rendah si burung merpati, singgah bertenggek atas jemuran kain
ikatan pertunangan meriah sekali, hingga nanti ke jinjang pelamin.....Lagi


Ikatan kasih Redzwan-Dayana
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat.. Baca lagi

Majlis perkahwinan Fiqah-Han penuh bergaya

 Bak kata orang muda-muda zaman sekarang ini, alang-alang menjadi raja sehari biar 'happening', 
biar meriah sakan sampai gempak satu kampung. Baca Lagi
 

Pengikat Kasih Ahmad Shahril & Siti Nurul Huda...Baca lagi

Hidangan Warisan tautan kasih Ina dan Sham
Tiada apa yang paling membahagiakan bagi sebuah pasangan, selain majlis perkahwinan mereka
diraikan dengan penuh meriah dan ceria.
Baca Lagi


Juadah lazat dihari pernikahan Noor Azliza
Bertempat di Masjid al-Ansar, Lembah Keramat, berlangsung majlis pernikahan Noor Azliza Lebar dengan pasangannya
Nik Mohd Arif Nik Ibrahim. Baca Lagi


Ianya majlis yang cukup istimewa buat pasangan Haiharrod Benjamin & Noor Awatif Noor Mohamed yang
melangsungkan perkahwinan mereka pada 31 Mei 2012. Baca Lagi

 


Kemeriahan di majlis perkahwinan Zamzuri & Norasiah

Warisan Baiduri Sdn Bhd menyerikan kemeriahan majlis perkahwinan Zamzuri & Norasiah yang berlangsung pada 25 Mac 2012 di Jalan

Cemara SD 3/3A, Bandar Seri Damansara Kuala Lumpur.  Baca Lagi

Sajian Warisan pengikat kasih Ana Raffali & Naim
Ikan di laut asam di darat
Dalam periuk bertemu juga
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Tempat raja menanam pala
Tempat puteri mandi bersiram
Sebanyak rambut atas kepala
. Baca Lagi

Warisan serikan majlis pertunangan cucunda Sultan Pahang
Buah pauh si bunga rampai,
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan;
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan. Lagi




Nasi Arab Warisan penyeri perkahwinan Faezah-Zaid

Warisan Baiduri Sdn Bhd bersyukur ke hadrat Allah dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Haji Che Mat Che Ali & Datin Hajjah Rakiah Marianan Haji Latif,

kerana sudi mengundang kami menjadi katerer rasmi majlis perkahwinan anakanda mereka, Nur Faezah dan pasangannya Ahmad Zaid. Baca Lagi

Pakej lengkap Warisan Baiduri hasil majlis terbaik buat pasangan Aida-Faizal

Kata peribahasa Melayu; 'Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat'. Itulah hasil terbaik daripada kesepakatan

semua pihak yang terbabit dalam menjayakan sesuatu majlis besar seperti majlis perkahwinan. Seterusnya

Nur kasih buat pasangan sejoli

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu
. Baca Lagi

Tema gold & cream tautan Ayesha-Abdullah
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami.......Sambung

Menu Warisan buat juara Tahfiz al-Quran
Keluarga juara Tahfiz al-Quran memilih menu dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd untuk menyerikan majlis perkahwinan

anak mereka. Baca Lagi

Hiasan Warisan penyeri perkahwinan Fendi-Liza

KEMERIAHAN cukup terasa di majlis perkahwinan pasangan Fendi dan Liza yang diadakan di Dewan Badminton Cheras,

Jalan Yaakob Latif, Kuala Lumpur, 26 Februari lepas.

Keluarga pasangan Haji Mohamed Ali Saharudin dan Hajah Wan Shamsiah Wan Mohd ini memilih tema warna purple

cream sebagai warna tema. Baca lagi....

Keenakan dan kelazatan Daging Dendeng Warisan memang tidak dinafikan menjadi  pilihan keluarga pengantin

Daging dendeng antara penyebab tuan rumah memilih katerer warisan untuk majlis perkahwinan Siti Aishah Bt Ujang & Ariff B. Md Sani,

ini adalah kali kedua pihak tuan rumah memilih kami sebagai katerer rasmi untuk majlis perkahwinan anak perempuan mereka, kami amat

teruja diatas kepercayaan yang diberikan ucapan terima kasih kepada keluarga pengantin. Baca Lagi

Unggu Dan Merah Jambu Menjadi Tema Pilihan  Pasangan Yasmin & Najib

JARANG sekali pasangan pengantin menggabungkan dua warna yang agak contrast sebagai tema majlis perkahwinan yang bakal menjadi

kenangan indah dalam kehidupan sepanjang usia. Baca Lagi

 

Perkahwinan Nurul & Hazwan

Ahad, 2 Januari 2011 Alhamdulillah, majlis perkahwinan Nurul & Hazwan begitu menawan dan bertambah meriah dengan hidangan

istemiwa dari dapur Warisan Baiduri. Baca Lagi

 


TIADA apa yang lebih membuatkan kami rasa bersyukur dan amat teruja apabila Chef terkemuka negara Chef Wan memilih

menu sajian dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd, sebagai menu utama di majlis pernikahan anak perempuan kesayangannya,

Serina Redzuawan.Serina Redzuawan dan Salahudin Ghaffar atau Gavin Edward O’luanaigh selamat di ijabkabul sebagai

suami isteri, pada hari Jumaat, 1 Januari 2010.

Majlis perkahwinan Serina dan Gavin yang berketurunan London-Irish, dengan gilang gemilang di adakan di Masjid Wilayah

Persekutuan, Jalan Duta.

Gavin datang dengan tujuh dulang hantaran bersama mas kahwin sebanyak RM1,000.Hantaran yang dihadiahkan kepada

Serina berupa sepersalinan baju, kain telekung, beg tangan, gelang tangan, cek bernilai RM30,000, al-Quran dan kek

serta sirih junjung.

Gavin pula menerima balas sembilan dulang teridiri daripada Al-Quran, Telefon bimbit, tali leher, jam tangan, kemeja,

minyak wangi, tali pinggang, kek dan sirih junjung sebagai balas.

Sesuai majlis pernikahan dan sessi bergambar. Pasangan pengantin menuju ke Dewan Jamuan di tingkat bawah Masjid

Wilayah Persekutuan bagi menikmati hidangan yang disajikan.

Chef Wan menempah hidangan untuk jamuan tetamu khas seramai 250 orang dari kalangan anggota kedua-dua belah

keluarga dan saudara terdekat.

Menu istimewa yang ditempah khas oleh Chef Wan bagi santapan kedua-dua mempelai antaranya ialah:

Ternyata Chef Wan begitu gembira ketika menikmati hidangan dari dapur Warisan.

"Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, makanan pun sedap," kata Chef Wan kepada chef-chef dan

krew Warisan Baiduri Sdn Bhd yang turut membantu menyempurnakan majlis pernikahan Serina-Salahudin.

 

Raja Perempuan Perlis serikan majlis perkahwinan Afifah-Alwi

Lebih 700 orang tetamu menghadiri Majlis Perkahwinan Afifah Mohamed Ariff dan pasangannya Alwi Ismail Sham Kamaruddin yang berlangsung

pada 10 Oktober 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur.

Kemeriahan majlis walimatul urus kedua mempelai diserikan dengan kehadiran DYMM Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah binti Tengku

Abdul Rashid. Hadirin yang membanjiri Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan begitu teruja dengan keangguhan kedua mempelai.

Pengantin perempuan, Afifah merupakan anakanda kepada pasangan Dato' Haji Mohamed Ariff Haji Ibrahim dan YAM Tengku

Datin Fatihah binti al-Marhum Sultan Ibrahim.

Bagi menyerikan majlis, pasangan Dato' dan Datin membuat tempahan menu berikut dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd :

Set 1 Nasi minyak Nasi putih Ayam masak tomato Ayam percik Ayam masak merah Daging dendeng Dalca perut +daging Tetel+

sayur Jelatah Telur masin Sambal cili Aneka buahan Air kordial sirap Air mineral Teh/kopi

Set 2 Roti jala Isi ayam masak tomato Manakala tuan rumah sendiri menyediakan menu: Satay (ayam + daging) Nasi impit kuah kacang

Timun & bawang Kuih muih Kuih Akok Kuih mas jemput Kuih rokok Kuih buah tanjung Kuih jala mas Kuih taik itik Agar agar buih Agar

agar buih Pauh d' layang Pulut kuning Daging kerutup Telur rebus

Sambutan meriah majlis perkahwinan Nafiha & Syuhaimi


Sirih Pinang Sirih Junjung
Buat Hiasan Kedua Mempelai
Ikatan Kasih Tinggi Mengunung
Di Majlis Persandingan Ia Termeterai

Sama Cantik Sama Padan
Kedua Pengantin Berpimpin Tangan
Hantaran digubah Secantik Hiasan
Raja Sehari Ceria Diraikan


Bersyukur kehadrat Allah SWT, pasangan Nafiha Haji Sharudin dan pasangannya Syuhaimi Shamsuddin selamat dijabkabul dan

diraikan dalam satu majlis penuh meriah serta gilang gemilang pada hari Sabtu, 24 Julai 2010 bertempat di Pusat Komuniti

Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Kedua-dua mempelai begitu bijak sekali memilih konsep warna krim coklat sebagai tema perkahwinan, sehingga menjadikan

majlis mereka begitu menyerlah dan hidup. Ternyata kombinasi warna tema tersebut berjaya menjadikan majlis mereka

begitu indah sekali.

Warisan Baiduri Sdn Bhd amat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk menyediakan jamuan pengantin dan jamuan

untuk lebih 500 tetamu undangan.

Warisan Baiduri Sdn Bhd juga amat berbesar hati kerana diberi amanah untuk membuat perhiasan (dekorasi) bagi majlis

perkahwinan Nafiha Dan Syuhaimi. Terima kasih diucapkan kepada wedding planner, Encik Nasaruddin kerana memilih

Warisan Baiduri Sdn Bhd sebagai katerer dan wedding decorator.

Warisan Baiduri Sdn Bhd mendoakan kedua mempelai agar kekal bahagia hingga ke sepanjang hayat. Amin....

Majlis Perkahwinan Noorul Huda & Ahmad Izwan 24 Julai 2010 @ Masjid Wilayah Persekutuan

Warisan Baiduri meriahkan majlis perkahwinan anak Tun Haji Abdul Rahman Yaakob


Seiring madah pantun bersambut
Dalam senyum penghidang tamu
Mesra berdakap kasih terpaut
Persilakan tamu sambut di pintu

Dijunjung datang disambut hajat
Dulang berukir tepak peminangan
Persudikan santap sirih beradat
Pusaka bangsa zaman berzaman


Alhamdulillah, Warisan Baiduri Sdn Bhd terus mendapat kepercayaan VVIP untuk menjadi katerer dan dekorator majlis

perkahwinan anak bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Haji Abdul Rahman Yaakob, pada 24 Julai 2010 di Masjid

Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur.

Majlis Perkahwinan Noorul Huda Tun Rahman bersama pasangannya Ahmad Izwan Datuk Haji Ismail dihadiri lebih 700

orang tetamu termasuk VVIP dan VIP yang terkemuka.

Majlis diadakan dengan penuh adat istiadat Melayu, penuh dengan kemeriahan menerima kunjungan sanak saudara dan

sahabat handai.

Sudah tentu sekali, kemeriahan majlis tidak akan sempurna, tanpa hidangan juadah yang lazat dari dapur

Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Warisan Baiduri Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ybhg Tun dan Toh Puan kerana memberi kepercayaan

kepada Warisan Baiduri Sdn Bhd untuk menyerikan majlis pasangan VVIP ini.

Seluruh Ahli Lembaga Pengarah dan wargakerja Warisan Baiduri Sdn Bhd mendoakan kebahagiaan pasangan sejoli Noorul

Huda dan Ahmad Izwan sehingga ke akhir hayat. Amin...