Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini288
mod_vvisit_counterSemalam247
mod_vvisit_counterMinggu Ini288
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1620
mod_vvisit_counterBulan Ini6968
mod_vvisit_counterBulan Lepas4353
mod_vvisit_counterJumlah873227

We have: 19 guests, 5 bots online
0: 54.81.68.240
 , 
Today: May 21, 2018

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Komitmen Tan Sri Yusof Noor terhadap anak-anak yatim

Saban tahun, mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor tidak
pernah ketinggalan meraikan anak-anak yatim, sebagai satu sedekah jariah wajib beliau.

Alhamdullah, pada 19 Julai 2012, Dr Yusof yang juga mantan Pengerusi Felda, berbesar hati
untuk meraikan seramai 60 orang anak-anak yatim dalam satu majlis kesyukuran bersempena
menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak tahun ini.

Dalam majlis tersebut, Tan Sri dan isteri beliau, Toh Puan Naimah turut mengadakan doa selamat dan
menyampaikan sedekah kepada anak-anak yatim tersebut.

Meraikan anak-anak yatim sempena Ramadhan merupakan suatu tradisi yang telah diamalkan oleh  Y.Bhg.
Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan keluarga sejak dahulu lagi.

Ianya bersesuaian dengan Firman Allah (mafhumnya):

"Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama),
maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).
(Surah al-Ma'un)

Bagi seorang yang berlatarbelakangkan agama seperti beliau, anak-anak yatim merupakan insan
malang yang tidak meminta nasib mereka ditakdirkan sedemikian.

Baginya, meraikan anak-anak yatim dan bersedekah kepada mereka, adalah termasuk salah satu
tuntutan bagi muslimin dan
muslimat yang mempunyai kehidupan serta pendapatan yang baik dan selesa.

Justerum bersedekah kepada anak-anak yatim merupakan antara amal jariah yang akan melebarkan rezeki bagi
orang-orang yang rajin bersedekah.

Sehubungan dengan itu, Warisan Baiduri Sdn Bhd juga amat berbesar hati kerana diundang menyediakan
sajian makanan pada majlis berkebajikan yang penuh barakah ini.

Bagi meraikan anak-anak yatim dan menceriakan mereka, Tan Sri dan Toh Puan meminta Warisan Baiduri
Sdn Bhd menyediakan menu seperti berikut:

Nasi Minyak
Nasi Putih
Ayam Percik
Daging Masak Kurma bergajus
Sambal Tumis Sotong Rendam
Acar Rampai
Dalca daging
Agar santan daun pandan
Buah-buahan
Minuman Kordial oren

Semoga Allah SWT melorongkan segala kebaikan dan keberkahan pada YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan
keluarga, mudah-mudahan kita bertemu lagi di Ramadhan akan datang. Amin.