Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini37
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini414
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini930
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852381

We have: 60 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Majlis perkahwinan Fiqah-Han penuh bergaya

Bak kata orang muda-muda zaman sekarang ini, alang-alang menjadi raja sehari biar 'happening',
biar meriah sakan sampai gempak satu kampung.

Tambahan pula seluruh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai berhimpun meraikan mempelai,
biar betul-betul seronok dan mengamit kenangan yang berpanjangan.


Itulah hebatnya majlis perkahwinan Nur Hafizzatul Syafiqah dan pasangannya Burhanuddin Berahim yang diadakan pada hari Sabtu,
6 Oktober 2012 bertempat di Lorong Merbau. Kampung Melayu, Ampang Selangor.Kemeriahan dan keceriaan majlis terserlah
apabila kedua-dua mempelai mengayakan pakaian kebangsaan, berwarna unggu menaikkan
seri dimajlis tersebut.
Tambahan pula kesemua ahli keluarga berpakaian yang bertemakan warna kelabu dan krim termasuk baju
Melayu, baju kurung, baju Punjabi dan fesyen terkini digayakan sempena majlis perkahwinan Fiqah & Han.

Pihak tuan rumah harus dipuji kerana memastikan majlis perkahwinan berjalan lancar dan tidak
menghalang perjalanan lalulintas dengan mendapatkan khidmat anggota RELA.

Majlis dimeriahkan dengan paluan kompang mengiringi pengantin, hingga ke meja santapan untuk
majlis makan beradap, disusuli majlis pemotongan kek, majlis berjalan dengan lancar.

Keriangan mempelai diserikan dengan celoteh DJ yang bertugas, dan terutama sekali apabila moment
terindah dalam hidup mereka dirakamkan oleh juruphoto jemputan.

Yang paling penting, majlis perkahwinan Fiqah dan Han yang happening dan meriah itu dihiasi dengan
hidangan juadah yang menyelerekan dari katerer Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Sehinggakan salah seorang tetamu yang berjiran dengan tuan rumah, iaitu Puan Saedah memuji akan
masakan dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Katanya, "Puluhan tahun saya tinggal di sini, dah banyak kenduri yang saya hadir, namun jarang
saya dapat menikmati keenakan nasi seperti ini sangat lembut dan sedap."

Beliau yang ternyata gembira dengan keenakan hidangan Warisan Baiduri Sdn Bhd, adalah di antara
lebih 1000 orang jemputan yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Antara menu yang dihidangkan oleh Warisan adalah:

Nasi putih
Nasi minyak
Ayam masak merah
Daging rendang tok
Nenas bombay
Ikan masin masak lemak + nenas
Papedom
Buah-buahan air kordial sirap
Air mineral

Lauk pengantin tambahan yang dihadiahkan Warisan adalah:

Ayam golek warisan
Sayur campur warisan
Udang panjat nenas

Hidangan tetamu yang dihadiahkan Warisan adalah:

Teh tarik kaunter
Bubur pulut hitam
Kuih karipap kentang
Kuih seri muka
Teh tarik

Malah Warisan Baiduri Sdn Bhd turut menghadiahkan secara percuma kek perkahwinan 3 tingkat buat
kedua-dua mempelai.