Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini57
mod_vvisit_counterSemalam164
mod_vvisit_counterMinggu Ini559
mod_vvisit_counterMinggu Lepas454
mod_vvisit_counterBulan Ini1114
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852565

We have: 24 guests online
0: 54.221.73.186
 , 
Today: Dec 17, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Riadah pekerja segarkan khidmat Warisan

Tiada aktiviti yang menyegarkan minda selepas penat bekerja, selain bersantai-santai
beriadah bersama kawan-kawan.

Walaupun bersukan kelihatan memenatkan, namun ianya amat baik bagi sesetengah pekerja
yang mahu memastikan diri mereka berada dalam keadaan sihat. Bila badan mereka sihat,
minda mereka cergas, mereka mampu memberikan khidmat terbaik kepada majikan.

Dengan sebab itu Warisan Baiduri Sdn Bhd menganjurkan aktiviti riadah bersama
pekerja-pekerja partime, pada Selasa 16 oktober 2012 bertempat di Danau Futsal Kuala Lumpur.

Seramai 20 orang staf dan partime mengadakan perlawanan persahabatan. Futsal diadakan setiap
hari Selasa dan malam Minggu bagi mengeratkan keakraban yang sekian lama bertungkus lumus
mengendalikan persiapan jamuan di serata Lembah Klang.

Kini tiba masanya persahabatan futsal antara staf dan partime warisan bagi melepaskan semua
stres yang telah lama terpendam, jaringan demi jaringan dilakukan oleh kedua pasukan,
menjadikan suasana sangat meriah.

Walaupun mereka tidak mencari kemenangan, namun di dalam persahabatan yang terjalin,
ia memaparkan kepuasan terpancar di muka pemain pemain setelah membuat gegaran di palang
dan tiang gol apalagi jaringan yang telah dibuat.

Jeritan gembira dan luahan perasaan di lepaskan di padang bagi menunjukkan bebas dari
masalah di tempat kerja.dalam diam terdapat juga seorang pemain yang mempunyai kemahiran
tinggi mengawal dan mempunyai sepakan yang baik dalam pasukan ini.

Permainan berlangsung selama dua jam tidak disedari masa berlalu dengan pantas, pemain
bermain secara bergilir gilir setelah membuat jaring gol kedua, setiap pasukan mempunyai lima pemain.

Kepada mereka yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan boleh berhubungan dengan ketua
bahagian servis Warisan Baiduri Sdn Bhd di talian 0126084493.

Perlawanan persahabatan ini berlangsung pada malam hari apabila ketiadaan penyediaan sajian katering.
Tempahan gelanggang diurus oleh Roziman Mahmud selaku ketua bahagian servis di syarikat Warisan Baiduri Sdn Bhd.