Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini50
mod_vvisit_counterSemalam164
mod_vvisit_counterMinggu Ini552
mod_vvisit_counterMinggu Lepas454
mod_vvisit_counterBulan Ini1107
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852558

We have: 17 guests online
0: 54.221.73.186
 , 
Today: Dec 17, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Majlis sambutan hari lahir staf bulan September & Oktober 2012
MERAIKAN kakitangan merupakan suatu kemestian bagi Warisan Baiduri Sdn Bhd. Ia merupakan suatu
acara wajib setiap dua bulan sekali, untuk Warisan Baiduri Sdn Bhd menganjurkan majlis sambutan
hari kelahiran bagi kakitangan yang terbabit.

Justeru, satu majlis doa selamat dan sambutan hari kelahiran warga Warisan Baiduri Sdn Bhd telah
diadakan pada hari Khamis, 18 Oktober 2012, bertempat di ruang legar bahagian Kulinari Kompleks Warisan.

Jemputan seramai 50 orang dianggarkan hadir ke majlis tersebut, antaranya Pengarah urusan Saudara
Mahmud Morshidi Othman, Pengarah Pentadbiran & Kewangan, Puan Norazizah Basar, staf di semua bahagian,
tetamu jemputan dan pekerja-pekerja sambilan Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Setiap orang dari kalangan staf Warisan Baiduri Sdn Bhd begitu teruja dalam majlis yang meriah ini.

Aturcara majlis bermula selepas solat maghrib dengan bacaan  tahlil dan doa selamat untuk staf Warisan
Baiduri Sdn Bhd, sanak saudara yang telah dijemput ilahi, dipimpin oleh Ustaz Mohasir Othman. Yang hidup
sentiasa dirai dan yang telah kembali tidak sesekali dilupakan.

Selepas bacaan doa disempurnakan, para tetamu dihidangkan dengan jamuan:

BBQ
ayam
udang
kambing
coleslow
BBQ sos


burger
ayam
daging

Nasi impit
daging + perut + hati rebus
air asam

pelbagai kuih
bingka ubi
talam tepung

Mee rebus set lengkap
bubur pulut hitam

air kordial sirap oren

teh tarik


Sambil tetamu menjamu selera menikmati hidangan yang lazat, juru acara majlis menjemput lima orang staf Warisan
Baiduri Sdn Bhd yang diraikan iaitu:


1. Jumadi Ahad (8 Sept)
2. Mohd Shahrin Karim (16 Sept)
3. Ummu Hanie (19 Sept)
4. Norida Mohasir ( 5 Okt)
5. Ahmad Badas (15 Okt)
6. Azhar Ahmad (28 Okt) tidak hadir



Acara pemotongan kek sebagai tanda rasmi diadakan sempena menyambut hari kelahiran warga yang dirai,
cenderamata dan kad ucapan dari syarikat sebagai kenang kenangan disampaikan oleh Pengarah urusan Dan
Pengarah Kewangan & pentadbiran. Majlis berakhir jam 10.30 malam.