Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini138
mod_vvisit_counterSemalam119
mod_vvisit_counterMinggu Ini423
mod_vvisit_counterMinggu Lepas739
mod_vvisit_counterBulan Ini1641
mod_vvisit_counterBulan Lepas2580
mod_vvisit_counterJumlah855672

We have: 80 guests, 2 bots online
0: 54.234.190.237
 , 
Today: Jan 18, 2018

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Chef Warisan dibawa khas memasak di majlis Syabas

Bersempena dengan kedatangan Hari Raya Korban atau Aidil Adha ini, Warisan Baiduri Sdn Bhd ingin
mengucapkan selamat hari raya, semoga kita semua mempertingkatkan amalan dan ketaqwaan serta
lebih banyak bersedekah.

Khusus untuk umat Islam yang turut mengambil bahagian untuk berkorban, sama ada dalam bentuk unta,
lembu atau kambing, sesuai dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w, bahawasanya pada setiap helaian bulu
haiwan yang dikorbankan itu, nescaya tertulis baginya satu kebajikan (mafhum hadis).

Di hari raya korban ini, Warisan Baiduri Sdn Bhd turut sama diundang sebagai katerer bagi menyempurnakan
majlis ibadah korban dan serentak diadakan majlis sambutan hari raya Aidil Adha di ibu pejabat syarikat
SYABAS di Jalan Pantai Baru Kuala Lumpur pada 29 Oktober 2012.

Chef Warisan Baiduri Sdn Bhd diundang khas untuk memasak di tempat majlis berlangsung, iaitu gulai kawah
dan sup tulang dan daging kambing masak kuzi berempah.

Pada majlis tersebut 11 ekor lembu & 2 ekor kambing ditumbangkan sebagai korban. Seekor lembu dimasak
untuk majlis di ibu pejabat SYABAS dan selebihnya diagihkan kepada yang bekenaan.

Majlis bermula awal pagi dan berakhir tengahari.

Warisan Baiduri Sdn Bhd turut menyediakan sarapan pagi untuk 70 orang petugas iaitu:

Nasi lemak
Sambal Tumis Kosong
Kuih Bingka Ubi
Kuih Samosa
Teh tarik / teh O


Untuk penyediaan sajian untuk majlis ini untuk seramai 600 paxs, juadah yang disediakan Warisan Baiduri Sdn Bhd adalah:

Nasi Putih
Ayam Goreng berempah
Sayur campur goreng
Sambal Belacan Ulaman
Buahan
Air Kordial Sirap + Oren

Masak ditempat function
Sup Tulang
Daging Gulai kawah
Kambing Masak Kuzi Berempah


Alhamdulillah, pihak penganjur iaitu SYABAS amat berpuashati dengan khidmat chef serta pramusaji Warisan Baiduri Sdn Bhd
yang cekap, tambahan pula mereka dapat merasai keenakan daging baru dari lembu dan kambing yang dikorbankan.