Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini107
mod_vvisit_counterSemalam164
mod_vvisit_counterMinggu Ini609
mod_vvisit_counterMinggu Lepas454
mod_vvisit_counterBulan Ini1164
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852615

We have: 73 guests online
0: 54.221.73.186
 , 
Today: Dec 17, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Raja Perempuan Perlis santap hidangan Warisan

Warisan Baiduri Sdn Bhd menjunjung kasih terhadap Raja Perempuan Perlis. 
DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid
di atas kesudian baginda mencemar duli, menjamu selera santapan yang dihidangkan
Warisan Baiduri Sdn Bhd pada satu majlis ramah mesra bersama baginda.

Majlis diadakan di Dewan Dato' Othman Harun, Kem Wardieburn, Jalan Genting Klang, Setapak Kuala Lumpur,
pada hari Khamis 22 November 2012 dihadiri seramai lebih 150.

Majlis santapan bermula jam 2 petang, dengan hidangan meja bulat dan buffet untuk tetamu disediakan oleh Warisan Baiduri.

Malah untuk hidangan Di Raja, Warisan Baiduri menggunakan peralatan khas untuk santapan, dengan pelbagai persiapan rapi
dibuat bagi melicin kan perjalanan majlis.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar, walaupun tedapat permintaan di luar jangkaan di saat-saat akhir di mana, pihak penganjur
meminta Warisan Baiduri Sdn Bhd menyediakan menu tambahan, dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Walaupun cuaca hujan lebat mengirigi majlis, ia tidak mematahkan semangat untuk menjadikan majlis tersebut berjalan lancar.

Ketibaan Raja Perempuan Perlis disambut penganjur dengan pelbagai persembahan adat kebudayaan Malaysia. Setibanya Tuanku
di meja santapan, senyuman terukir di wajah baginda tatkala melihat hidangan yang disediakan oleh katerer Warisan Baiduri.

Dari segi protokolnya pramusaji Warisan Baiduri hanya bertugas sebagai pembantu sokongan, kerana pihak penganjur
menyediakan pramusaji Diraja, yang dibawa khas untuk menyantuni Raja Perempuan Perlis dan para VVIP.

Antara menu yang dipesan penganjur untuk hidangan Diraja adalah seperti berikut.

Sate ayam dan daging
Nasi Impit
Kuah kacang
Timun dan bawang

Nasi goreng Cina special

Roti jala
Kuah kari + kentang

Pulut Putih
Kuah Durian

Kek American chocolate

Fruit tartlet

Cream Karemal

Buah-buahan
Mangga
Buah naga
Rambutan dalam tin
Anggur

Jus Buah Green Guava
Air mineral
Teh dan kopi

Tambahan dari penganjur
Kuih karipap
Kuih seri muka
Laksa
Rojak pasembur.