Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini32
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini409
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini925
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852376

We have: 55 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Kemeriahan majlis pertunangan diserikan  dengan sajian Warisan

Terbang rendah si burung merpati
singgah bertenggek atas jemuran kain
ikatan pertunangan meriah sekali
hingga nanti ke jinjang pelamin.

Tanggal 1 Disember 2012 bersamaan 17 Muharram 1434 hijrah, merupakan tarikh yang bersejarah bagi pasangan
Nur Azzua faziana dan pasangannya Muhammad Fuad yang melangsungkan majlis pertunangan  di Kampung Kubu Gajah
Sungai Buloh Selangor, majlis bermula jam 2.30 petang dan berakhir sekitar jam 5 petang dimeriahkan lagi
dengan kehadiran lebih 150 orang tetamu dari kalangan keluarga kedua belah pihak.


Majlis dipenuhi dengan adat istiadat melayu didahului dengan upacara merisik dan seterusnya bertunang,
rombongan Muhammad Fuad membawa 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang hantaran dari pihak Nur Azzua Faziana,
Adat yang menjadi warisan turun temurun ini berjalan dengan lancar dan penuh kemesraan dari kedua belah pihak
seakan-akan keluarga yang bakal menjadi besan ini sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Dengan bertemakan merah jambu yang melambangkan warna simbolok kewanitaan digabungkan dengan warna biru muda yang
menyerlah ciri ciri kelembutan dan kedamaian, adalah cukup sepadan dengan pasangan ikatan pertunangan ini.

Majlis disajikan dengan hidangan dari katerer Warisan Baiduri Sdn Bhd,  tempahan dibuat oleh bapa Nur Azzua faziana
encik Razali Muhammad dan isteri dengan sajian ala ala kampung hidangan secara buffet seperti berikut:


Nasi Putih
Ayam Goreng Rempah
Sambal Tumis Sotong Rendam
Ikan Masin Masak Lemak + Nenas
Karabu Kerang + Taugeh
Sambal Belacan Dan Ulam Ulaman
Buahan
Air Mineral Cup
Air Kordial Sirap Oren

Tetamu juga dihidangankan dengan pelbagai kuih muih serta pelbagai kek dari tuan rumah sebagai pencuci mulut.

Warisan Baiduri mengucapkan terima kasih atas kesudian encik Razali dan keluarga memilih kami sebagai katerer bagi
majlis pertunangan yang diadakan dan kami mendoakan semoga ikatan pertunangan ini diberkati dan membawa pasangan ini
ke jinjang pelamin...Amin