
Menu DiRaja pilihan YDP Agong Warga Warisan Baiduri Sdn Bhd berasa sungguh bertuah dan teruja apabila mendapat tahu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong V, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah sendiri sudi mencemar duli bagi memilih menu untuk santapan tengahari baginda.
Program tersebut adalah bersempena dengan perasmian Masjid Abdul Rahman Bin Aus, Puchong, yang disempurnakan perasmiannya oleh baginda YDP Agong pada hari Jumaat 14 Disember 2012.
Yang hendak dijadikan ceritanya begini. Pihak Warisan Baiduri Sdn Bhd mendapat tempahan pada saat-saat akhir, iaitu daripada Ustaz Mohd Zaki Hassan bagi pihak penganjur Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Selepas pihak kami menerima tempahan tersebut, Ustaz Zaki bagaimanapun tidak dapat mengesahkan menu santapan tengahari untuk baginda kerana menanti makluman dari pihak Istana.
Oleh kerana acara YDP Agong agak padat, pihak Istana masih belum dapat mengesahkan menu untuk santapan baginda sementara menanti acara tuanku di majlis yang lain berakhir.
Akhir sekali pada hari Khamis, kira-kira jam 6.48 petang, Warisan Baiduri Sdn Bhd mendapat keputusan penganjur, yang merasa lega apabila menu dapat dibacakan kepada kami.
Penganjur dari jabatan agama islam (JAWI) meluahkan perasaan lega, kerana kami sanggup menerima tempahan disaat saat akhir. Ustaz Zaki yang menelefon staf kami, iaitu saudara Kamarul mengucapkan, "Allah huakbar, Allah huakbar, Allah huakbar, Kamarul ni ha menu nya.
Dengan pesiapan dibuat penuh sempurna bagi melicinkan majlis ini, penganjur amat teruja dengan perkhidmatan Warisan Baiduri Sdn Bhd.
Pihak Istana Negara membawa pramusaji khas untuk menyediakan santapan buat Tuanku, manakala pihak pramusaji Warisan Baiduri Sdn Bhd membantu melicinkan perjalanan majlis.
Antara menu pilihan buat santapan Tuanku adalah:
Sup cendawan hitam
Nasi Arab briani Nasi putih
Isi ayam masak beriani Daging rendang tok Itik masak percik Sotong masak kari kapitan + kentang Kerabu udang ala siam Salad +baby tomato, Timun + Sos Thausand Island Acar buah
Aneka kuih melayu (manis & pedas)
Aneka Buahan Air jus Teh / kopi Air mineral Avian
Di akhir majlis pihak pramusaji Istana meminta Warisan Baiduri Sdn Bhd menyediakan beberapa bekas makanan untuk membawa pulang kuih muih ke Istana.
Pihak Warisan Baiduri Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada JAWI yang sudi menjemput kami menyediakan hidangan yang cukup bermakna buat Tuanku YDP Agong.
Walaupun kami agak tertekan dengan kekangan masa, berkat kesungguhan dan ketekunan kakitangan kami, alhamdulillah semua pesanan dapat disempurnakan.

|