Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini48
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini425
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini941
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852392

We have: 70 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Majlis pertunangan diserikan dengan sajian Warisan

Panjat- panjat si pohon ara,
Nampak cantik di tepi laman.
Besarnya hajat tidak terkira,
Hendak memetik bunga di taman.

Senyum menguntum memakai kebaya,
Gadis sunti menjual kalungan.
Bunga nan sekuntum belum berpunya,
Menjadi penyeri di taman larangan.

Dari sumbu terbit apinya,
menjadi asap dan juga jelaga.
Jika begitu akan adanya,
Izinkan kita memetik menjaga.

Baik-baik kalau berhuma,
Jangan sampai lalang sepekan,
Hajat yang baik kami terima,
Dalam adat kami serahkan.

Kalau gugur buah setandan,
Sampai ke tanah baru tergolek,
Kami bersyukur kepada tuhan,
Datang kami disambut baik.

Tanggal 20 Januari 2013 bersamaan 8 Rabiul Awal 1434 hijrah, merupakan tarikh yang bersejarah bagi pasangan
Norida dan pasangannya Faidzal yang melangsungkan majlis pertunangan di Bandar Sri Damansara
Kepong Kuala Lumpur, majlis bermula jam 11.00 pagi dan berakhir sekitar jam 5 petang dimeriahkan lagi 
dengan kehadiran lebih 300 orang tetamu dari kalangan keluarga kedua belah pihak.

majlis doa selamat diadakan selepas zohor dihadiri oleh jiran tetangga dan ahli ahli surau yang berhampiran.


Majlis dipenuhi dengan adat istiadat melayu bertunang,
rombongan Faidzal membawa 9 dulang hantaran dan dibalas 11 dulang hantaran dari pihak Norida,
Adat yang menjadi warisan turun temurun ini berjalan dengan lancar dan penuh kemesraan dari kedua belah pihak
seakan-akan keluarga yang bakal menjadi besan ini sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Dengan bertemakan putih yang melambangkan warna simbolok kewanitaan digabungkan dengan warna biru muda yang
menyerlah ciri ciri kelembutan dan kedamaian, adalah cukup sepadan dengan pasangan ikatan pertunangan ini.

Majlis disajikan dengan hidangan dari katerer Warisan Baiduri Sdn Bhd, tempahan dibuat oleh ibu Norida
dengan sajian ala ala kampung hidangan secara buffet seperti berikut:


Nasi Arab
Nasi Putih
Ayam Masak merah bergajus
Daging Dendeng
Ikan Masin Masak Lemak + Nenas
Acar Mentah
Sambal Belacan Dan Ulam Ulaman
Buahan

Tapai Pulut
Putu Bambu

Air Mineral Cup
Air Kordial Sirap Oren

Teh Tarik
Kopi 'O'


Tetamu juga dihidangankan dengan pelbagai kuih muih serta pelbagai kek dari tuan rumah dan saudara mara yang datang sebagai pencuci mulut.

Warisan Baiduri mengucapkan terima kasih atas kesudian tuan rumah menjemput kami sebagai katerer rasmi untuk pertunangan anak beliau.