Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini88
mod_vvisit_counterSemalam91
mod_vvisit_counterMinggu Ini330
mod_vvisit_counterMinggu Lepas454
mod_vvisit_counterBulan Ini885
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852336

We have: 15 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 15, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 1434H di Putrajaya berlangsung
meriah dengan kehadiran kira-kira 13,000 peserta.

Bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’, turut berangkat pada majlis itu adalah Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri, Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sambutan kali ini turut diserikan dengan perarakan motosikal berkuasa tinggi, unit berkuda Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya serta pasukan bot air.

Sementara itu, di seluruh negara, sambutan yang sama juga diadakan di negeri-negeri dengan turut diserikan
dengan keberangkatan Sultan, Raja, Yang Dipertuan Besar, Yang Dipertua Negeri dan para pembesar di negeri masing-masing.

Acara sambutan bermula dengan perarakan kontinjen yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, swasta,
pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan sekolah. (petikan artikal dari akhbar tempatan).

Alhamdulillah Warisan Baiduri Sdn. Bhd. tidak ketinggalan menyediakan sajian untuk VVIP, VIP, urusetia dan kakitangan bagi
majlis Sambutan Maulidur Rasul untuk tahun ini bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kerja kerja menyiapkan makanan secara kotak bermula jam 12 tengah malam dan
penyediaan serta susun atur makanan bermula jam 4 pagi sehingga makanan selesai diagihkan.
antara menu yang disediakan untuk sarapan pagi bagi urusetia yang bertugas seramai 500 orang adalah

Nasi lemak (set lengkap)
Sambal Tumis kosong
Ayam goreng berempah

Teh dan kopi
sajian secara buffet ditempatkan di Dewan Ibnu Khaldun, Masjid Putrajaya.

Manakala sajian menggunakan kontainer menu sama seperti di atas dengan minuman air mineral (berkotak 590 orang)
ditempatkan di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.

Sajian secara hidang untuk menteri seramai 50 orang adalah
Nasi lemak (set lengkap)
Sambal Tumis sotong Rendam
Isi Ayam Goreng berempah
Kuih Puteri Ayu
Kuih Karipap Pusing Ayam
Buahan
Buah Tin, Anggur, Honeydew
Teh dan kopi
Air Mineral

manakala untuk makan tengahari pihak penganjur meminta kami menyediakan 910 bungkus secara berkotak ( kontainer)
Nasi Tomato
Ayam masak Merah
Dalca Sayur
Nenas Bombay
Air Mineral


Tidak ketinggalan juga penganjur mengenakan tema warna cream dan emas sebagai tema warna pada majis sambutan kali ini.

Syukur ke hadrat Allah kerana segala pelaksanaan berjalan dengan teratur dan terancang. Alhamdulillah kecekapan dan
ketepatan petugas Warisan Baiduri Sdn Bhd menyediakan hidangan, mendapat pujian dari pihak penganjur.

Yang penting sekali, makanan yang disediakan itu sedap, dan menepati kehendak pelanggan dan waktu tepat semasa pengagihan
penganjur JAKIM .