Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini132
mod_vvisit_counterSemalam44
mod_vvisit_counterMinggu Ini132
mod_vvisit_counterMinggu Lepas670
mod_vvisit_counterBulan Ini2810
mod_vvisit_counterBulan Lepas4061
mod_vvisit_counterJumlah881997

We have: 98 guests online
0: 54.198.27.243
 , 
Today: Aug 20, 2018

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Majlis Kesyukuran dan Aqiqah dimeriahkan dengan sajian warisan

Sabtu, 26 Januari 2013 Majlis diadakan di kediaman Puan Endon Ahmad di Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur dihadiri
kira-kira 500 orang tetamu yang terdiri daripada, sahabat handai, sanak saudara dan jiran tetangga.

Majlis diserikan dengan khatam Quran, bacaan surah yassin, berzanji dan doa selamat, bagi mendoakan kesejahteraan dan
kesihatan seluruh keluarga, sempena majlis kesyukuran cukur jambul 4 orang bayi mudah-mudahan keluarga ini dilimpahi
barakah daripada Allah SWT.

Majis cukur jambul untuk empat orang bayi iaitu Nabilia Khalieshah, Azri Hazim, Ammar Ziqrie dan Aafrien Zara
majlis tersebut bertemakan warna hijau pucuk pisang dan merah jambu.

Bacaan berzanji didatangkan khas dari (persatuan terdiri kaum lelaki dari kalangan jiran tetangga) lengkap berbaju melayu
hijau pucuk pisang dan berkain sarong beraneka corak, bacaan yang amat baik merdu dan lunak sebab itu mereka sering diundang
ke majlis majlis setempat dan luar kawasan.

Cuaca pada hari itu amat baik sekali mengiringi tetamu yang hadir tidak putus putus bagaikan majlis perkahwinan.

Kemuncak majlis, tetamu disajikan dengan hidangan lazat dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Nasi Briani Arab
Nasi Putih
Sambal Bawang
Ayam Goreng Berlada
Daging dendeng
Daging Masak kari + kentang
Ikan Masin Masak lemak Cili Api + Nenas
Acar Mentah
Sambal Belacan Ulam
Papedom
Buahan
Air kordial sirap Oren
Teh tarik

Cendol
char Kuew Tiow
salad buah

Kambing bakar.

 

Syukur Alhamdulillah kerana kami dapat menyempurnakan perkhidmatan sajian makanan dengan jayanya dan kami ucapkan ribuan terima kasih
atas kesudian tuan rumah memilih kami sebagai katerer untuk majlis ini.