Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini55
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini432
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini948
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852399

We have: 77 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Nasi Arab Warisan pemikat selera di majlis pengantin

Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga Melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai dalam hati

Di malam hari terang senegeri
Bulan purnama dihujung julai
Majlis gahari bertambah seri
Menyambut kedatangan kedua mempelai

Rimbun semalu di jambu batu
Bangkit pelanduk terus berlalu
Kompang dipalu menyahut restu
Pengantin duduk tersenyum malu

Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan


Terpancar wajah senyum simpun nan gembira di wajah Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman dan Puan Seri Hanan
Abu Bakar apabila majlis perkahwinan anakanda mereka, disambut dengan begitu meriah dan ceria.

Keceriaan adalah lontaran daripada kepuasan. Kepuasan kerana majlis yang diatur dengan sangat rapi, termasuklah
yang utama sekali, hidangan yang melazatkan.

Tanggal 2 Februari 2013 bersamaan 21 Rabiul Awwal 1434H, tercatat suatu kenangan yang cukup indah buat
kedua mempelai Raihan Syeikh Ghazali dan pasangan Che Hamzah Ali.

Mereka diraikan dengan tema grey dan cream hiasan pereka khas warga Warisan Baiduri Sdn Bhd dalam
majlis yang dihadiri lebih 1200 tetamu di Ideal Convention Center, Selayang.

Dengan kemudahan Convention Center yang baik dan memuaskan, majlis yang bermula jam 11 pagi hingga
4 petang itu, berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecacatan.

Hidangan makan tengahari majlis perkahwinan pengantin yang ditempah khas dari Warisan Baiduri Sdn Bhd
menggunakan round table + bunga-buangan segar, dan ditambah pula dengan aroma hidangan yang harum,
membangkitkan rasa selera semua yang hadir.

Tan Sri dan Puan Sri menzahirkan rasa gembira beliau, apabila menu Nasi Arab yang ditempah khas buat
majlis yang penuh bermakna buat anakanda mereka, mendapat pujian dan sambutan yang menggalakkan.

Antara menu yang dipesan pada majlis tersebut adalah:

Nasi Arab
Nasi Putih
Ayam Masak Tiga Rasa
Daging Dendeng
Ikan tenggiri Kicap + Kacang peas
Dalca Sayur
Acar Buah
Papedom
Cream Caremal
Buahan
Air kordial laici
Air Mineral


Tambahan Lauk Pengantin

Ayam golek warisan
Udang panjat nenas
Sayur campur warisan


Teh tarik kaunter

Bubur pulut Hitam
Kuih Karipap Pusing
Kuih Lapis
Teh Tarik
Cendol

Aiskrim tapai

Kek perkahwinan tiga tingkat sumbangan Warisan Baiduri Sdn Bhd.