Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini86
mod_vvisit_counterSemalam38
mod_vvisit_counterMinggu Ini167
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1735
mod_vvisit_counterBulan Ini2175
mod_vvisit_counterBulan Lepas4061
mod_vvisit_counterJumlah881362

We have: 63 guests online
0: 54.80.208.105
 , 
Today: Aug 15, 2018

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Karnival Jualan Produk PDK Peringkat Kebangsaan 2013

Pelaksanaan Karnival Jualan Produk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ternyata telah memberi peluang kepada golongan kelainan
upaya (OKU) untuk mendapat pulangan pendapatan melalui hasil jualan produk-produk yang mereka hasilkan,” kata Yang Di Pertua BAKTI,
Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut Datin Seri Rosmah Mansor, karnival berkenaan yang dianjurkan dengan usaha sama Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri
(BAKTI) dilaksanakan bagi menggalakkan pusat-pusat PDK di seluruh negara mengeluarkan hasil produk yang bermutu.Selain itu katanya,

orang ramai juga berpeluang untuk melihat sendiri hasil tangan golongan OKU dan sekaligus menilai sendiri 
produk-produk tersebut sama ada perlu diberikan nilai tambah atau boleh terus dipasarkan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Karnival ini menjadi platform kepada BAKTI untuk mewar-warkan kepada masyarakat di luar sana bahawa walaupun mereka ini
OKU namun mereka tetap berpotensi sekiranya diberikan peluang dan bimbingan yang berterusan.

“Pada hari tersebut, BAKTI akan mempamerkan 50 buah gerai di Dataran Putrajaya yang mana 20 daripadanya adalah gerai-gerai
PDK bermula dari 4 Mac sehingga 10 Mac 2013.

“Mudah-mudahan dengan pendedahan seperti ini, maka golongan ini akan lebih dihargai dan kehadiran mereka di sisi masyarakat
akan dirasai,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Karnival Produk PDK peringkat Kebangsaan .

Datin Seri Rosmah Mansor menambah, adalah menjadi keutamaan bagi BAKTI untuk melihat golongan OKU yang menyertai karnival
berkenaan mendapat pengalaman banyak dalam pelbagai aspek selain memberi keyakinan kepada mereka untuk mendekatkan diri
dengan masyarakat.

Melalui karnival terbabit, pelbagai hasil tangan yang dipamerkan serta dijual termasuklah produk-produk kraftangan, pertanian
serta makanan.

Menurut Datin Seri Rosmah Mansor, Program Semai BAKTI PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti) adalah salah satu projek perkongsian
pintar antara BAKTI bagi membantu kerajaan dalam usaha memberi perhatian, latihan, bimbingan dan bantuan kepada golongan
kurang upaya.

Katanya lagi, anak-anak OKU tidak dipandang dan dilayan dengan cara yang berbeza kerana golongan itu juga mempunyai kebolehan
dan kemahiran yang lebih baik dari pada manusia normal.

“Atas sebab itu kalau boleh, kita ingin menyediakan peluang untuk golongan ini membangunkan kebolehan dan kemahiran masing-masing
mengikut potensi diri.

“Melalui acara ini segala kerja tangan anak-anak OKU di setiap PDK akan dipamerkan dan dijual. Dan apa yang istimewanya adalah,
melalui karnival ini Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri telah merasmikan Pertandingan Bakat Istimewa Semai Bakti.

Sekali lagi Warisan Baiduri Sdn Bhd diberikan kepercayaan untuk menyajikan hidangan bersempena program yang
berprestij yang menyediakan Piala Perdana Menteri 2013 untuk menjadi rebutan.

Program adalah bersempena dengan Pertandingan Karnival Jualan Produk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Peringkat Kebangsaan & Bakat Istimewa Semai Bakti Piala Perdana Menteri 2013 yang diadakan di Putrajaya.

Yang menariknya Warisan Baiduri Sdn Bhd diberi amanah untuk menyediakan hidangan kepada 5000 orang sehari, bagi 
majlis yang dianjurkan selama tujuh hari berturut-turut, dan sajian itu meliputi lima waktu utama, iaitu
sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam (supper).

Majlis berlangsung pada 4 hingga 10 Mac 2013 (Isnin hingga Ahad).

Warisan Baiduri Sdn Bhd menyediakan hidangan makanan secara berbungkus setiap hari di dua lokasi yang berbeza
iaitu penempatan warga PDK, di Kolej Pendeta Zaa"ba UKM, Bangi Selangor danDewan Seri Santan Kompleks
Perbadanan Putrajaya .

Warisan Baiduri Sdn Bhd juga menyediakan hidangan untuk peserta PDK pada majlis penutup di Presint 3,
Dataran Putrajaya, yang dirasmikan YAB PM, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Warisan Baiduri Sdn Bhd menerima pujian kerana pihak penganjur amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Bagi mereka Warisan Baiduri Sdn Bhd berjaya menyediakan bukan sahaja hidangan yang enak,
tetapi perkhidmatan yang cekap dan efisyen.