Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini94
mod_vvisit_counterSemalam38
mod_vvisit_counterMinggu Ini175
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1735
mod_vvisit_counterBulan Ini2183
mod_vvisit_counterBulan Lepas4061
mod_vvisit_counterJumlah881370

We have: 71 guests online
0: 54.80.208.105
 , 
Today: Aug 15, 2018

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Sarapan Warisan Bersama Datuk bandar Kuala Lumpur.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Hj. Talib begitu gembira meraikan pekerja-pekerja Taman Botani, Tasik Perdana
Kuala Lumpur,pada 6 April 2013 di Boat House, Taman Botani.

Sekitar 150 pekerja hadir bersama dengan Datuk Bandar, yang terdiri daripada kakitangan Unit Pengurusan Taman Botani,
pekerja-pekerja DBKL dan kontraktor seni taman.

Majlis tersebut didahului dengan ucapan Ketua Unit Seni Taman, Encik Mustafa yang mahu semua pekerja, menjalankan tugas dengan
tekun dan gigih.

Beliau sempat memberikan motivasi ringkas, mengingatkan para pekerja:

"Sebagai seorang pekerja penghias taman, siapa kita? Di mana kita bekerja? Bekerja untuk siapa? Berapa jam kita bekerja sehari?
Adakah kita berpuas hati dengan kerja kita pada hari itu? Adakah gaji kita setimpal dengan kerja (waktu) yang kita telah buat?

"Sekiranya kita faham dengan semua persoalan di atas maknanya kita kerja dengan penuh ikhlas kalau kita ingin menambahkan
pendapatan kita kena kerja lebih masa," tegas beliau.

Menurut beliau, Datuk Bandar mahu melihat semua pekerja dalam fizikal dan mental berkeadaan baik bagi memudahkan melakukan kerja.

Katanya, sekiranya pekerja melakukan kerja dengan keterpaksaan kerana tidak puas hati dengan gaji yang diberikan ini bermakna
aktiviti pekerjaan itu terdapat kerunsingan dan ketidak puasan hati.

Tetapi rata-rata pekerja yang ditemui, apabila berbicara tentang gaji, mereka semua menjawab amat berpuas hati dengan kerja
dan gaji mereka.

Walaupun bekerja sebagai tukang sapu, penghias taman dan penebang pokok namum gaji mereka cukup setimpal dam mereka amat
berpuas hati.

Terdapat juga pekerja yang dinaikkan gaji secara automatik setelah kerja beberapa tahun tidak seperti dahulu  dikehendaki
temuduga untuk kenaikan gaji.

Rata-rata pekerja yang diraikan oleh Datuk Bandar amat teruja dengan kehadiran bos mereka dan bersyukur kerana dapat beramah
mesra serta bergambar bersama-sama tanpa sebarang protokol.

Bagi mereka itulah kenangan yang indah takala Datuk Bandar sibuk dengan tugasan rasmi, sempat bergambar dengan mereka.

Majlis yang bermula jam 8.30 pagi berakhir jam 10 pagi. Katerer Warisan baiduri Sdn Bhd menyediakan 4 orang staf terdiri
seorang pegawai,3 orang pramusaji dan seorang pemandu.

Yang amat penting sekali, penganjur iaitu DBKL amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Alhamdulillah dan
terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami.

Menu yang menjadi hidangan pagi pada majlis itu adalah:

Nasi lemak set lengkap
Sambal tumis sotong rendam
Kuih seri muka
Karipap kentang
Mee kari special

Buah-buahan (mangga & Anggur)
Teh Tarik
Air mineral
Teh O & kopi O