Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini33
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini410
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini926
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852377

We have: 56 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

 

Kasih Ruzanna buat arwah ayah di majlis perkahwinan

Orang ke laut menjala udang,
Petang hari pasang pelita,
Yang ditunggu sudah pun datang,
Yang dinanti sudah pun tiba..

Tanam serai berumpun-rumpun,
Disiram air setiap hari,
Lemah gemalai hayun tersusun,
Maklum lah dipanggil raja sehari..

Buah pauh mari di kerat,
Alamat petang boleh dimakan
Pada yang jauh dan juga dekat,
Selamat datang kami ucapkan


Pijat mati disarang kerengga,
Anak murai saja berlari,
Hajat hati sekelian keluarga,
Hendak merai raja sehari

Di sebalik senyum tawa dan kemeriahan di majlis perkahwinan, pengantin tidak dapat menyembunyikan rasa sebak apabila
mengingatkan ayah tercinta, yang telah mendahului mereka semua, di ambang majlis hendak berlangsung.

Majlis perkahwinan Nur Ruzanna Abdul Rahman dengan pasangannya Mohd Fauzihan Karim, bagaimana pun tetap meriah, walau
disulami duka.

Majlis yang bermula dari jam 10 hingga 4 petang itu, dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah, disedekahkan kepada allahyarham
Abdul Rahman Yushak, ayah kepada pengantin perempuan yang baru meninggal dua minggu yang lepas. Majlis diadakan di Dewan Sekolah
Kebangsaan Bandar Baru Selayang 2, Selayang, Selangor Darul Ehsan, pada hari Ahad, 26 Mei 2013.

Warisan Baiduri Sdn Bhd beryukur kerana majlis berjalan begitu lancar, persiapan sajian bermula dari hari Sabtu, tidak merisaukan
ibu dan anggota keluarga pengantin kerana kelangkapan siap sedia lebih awal, untuk 1000 jemputan sudah disempurnakan.

Warisan Baiduri Sdn Bhd gembira melihat keluarga pengantin perempuan, yang cukup kreatif, menggunakan tanda nama setiap anggota
keluarga (Seperti name tag pegawai kerajaan). Mereka kreatif kerana ramai anggota keluarga yang berstatus guru.

Usaha anggota keluarga ini membuatkan kami, Warisan Baiduri Sdn Bhd selaku, pihak katerer tidak berasa kekok berkomunikasi dengan
keluarga pengantin.

Malah ia amat memudahkan seluruh tetamu yang hadir, untuk mengenai siapa anggota keluarga pengantin, kerana name tag yang tersemat
di dada, ditulis nama dan status pemegang name tag. seperti contoh, PUAN ZALINA (ibu pengantin), Abang pengantin, Ayah Saudara
Pengantin,Sepupu pengantin dan sebagainya.

Pada majlis tersebut, kedua-dua mempelai diarak di luar dewan jam 12.30 tengahari terus menuju ke pentas pelaminan disambut
oleh kedua belah pihak keluarga, dengan penuh kegembiraan kedua mempelai dibawa oleh pengapit ke medan makan beradap.

Sudah tentu hidangan istimewa buat sajian pengantin disediakan oleh katerer Warisan Baiduri Sdn Bhd, ditambah dengan hiasan
bunga-bungaan segar dan disinari dengan pengcahayaan lilin menambahkan seri ketika acara makan beradap, menjadikan event
begitu menarik dan segar.

Majlis makan pengantin dimulakan dengan bacaan doa oleh pihak keluarga bagi mendapat keberkatan dan acara suap menyuap sebagai
simbolik rasminya suami isteri untuk kedua mempelai.

Setelah selesai acara makan beradap, kedua mempelai diarak menuju ke satu majlis pemotongan kek perkahwinan, iaitu kek dua
tingkat yang dihadiahkan oleh katerer Warisan Baiduri Sdn Bhd sempena majlis perkahwinan mereka.

Setelah selesai majlis pemotongan kek, kedua mempelai bersalam salaman dengan tetamu yang hadir bagi mengucap terima kasih,
dan menjemput bergambar bersama sama sebagai kenangan untuk majlis yang bersejarah buat kedua-dua mereka.

Antara menu hidangan yang ditempah dari Warisan Baiduri Sdn Bhd pada majlis tersebuat adalah:

Nasi minyak
Nasi putih
Ayam masak Merah
Daging Dendeng
Dalca sayur
Nenas Bombay
Papedom
Buahan
Air sirap Oren
Air Mineral


Lauk tambahan di meja pengantin dua set

Ayam Golek Warisan
Udang Panjat Nenas
Sayur Campur warisan

Teh tarik kaunter

Bubur pulut hitam
Kuih karipap kentang
Kuih lapis
Teh tarik

Warisan Baiduri Sdn Bhd amat bersyukur dan berterima kasih kepada anggota keluarga pengantin dan gembira kerana mereka berpuashati
dengan khidmat dan sajian yang dilaksanakan dengan penuh dedikasi para pramusaji Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Warisan Baiduri Sdn Bhd berdoa ke hadrat Allah semoga perkahwinan kedua mempelai bahagia di sepanjang hayat, insya Allah.