Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini44
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini421
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini937
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852388

We have: 67 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Tahniah buat pasangan Nik Nur Azlina dan Razali Hussain

Sang pipit menari di jerumun
Sang kucing bermain di taman
Melihat pengantin orang berkerumun
Sama cantik, sama padan

Pasangan Nik Nur Azlina dan Razali Hussain memilih tema royale blue /cream bagi penyeri hari yang
paling bermakna dalam hidup mereka.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai diadakan pada hari sabtu , 8 Jun 2013, berlangsung di
Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi Kuala Lumpur.

Keluarga pengantin perempuan menjemput lebih 1100 orang tetamu pada majlis meraikan anak
kesayangan mereka. Majlis yang bermula jam 11 pagi itu berakhir jam 4 petang.

Bagaimanapun seawal 10 pagi, pihak katerer Warisan Baiduri Sdn Bhd, sudah tiba di lokasi
untuk melakukan kerja-kerja persiapan awal, bagi memastikan majlis berlangsung dengan lancar sekali.

Keluarga pengantin menempah menu berikut daripada Warisan Baiduri Sdn Bhd:

Nasi tomato
Nasi putih
Ayam masak kuzi berempah
Daging dendeng
Dalca sayur
Papedom
Buah-buahan
Air kordial
Air mineral

Lauk tambahan pengantin yang disediakan untuk dua set adalah:

Ayam golek warisan
Udang panjat nenas
Sayur campur warisan
Ikan bawal sweet sour

Teh tarik kaunter

Bubur jagung
Kuih seri muka
Kuih karipap pusing kentang
Teh tarik

Pihak Warisan Baiduri Sdn Bhd seperti biasa menghadiahkan kek tiga tingkat untuk majlis ini.

Ternyata, tuan rumah  begitu gembira dengan perkhidmatan yang
diberikan oleh pramusaji dari katerer kami.

Alhamdulillah, Warisan Baiduri Sdn Bhd bersyukur dengan kerjasama baik anggota keluarga pengantin,
sehingga majlis yang begitu bermakna bagi mereka berjalan dengan lancar sekali.