Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini78
mod_vvisit_counterSemalam119
mod_vvisit_counterMinggu Ini363
mod_vvisit_counterMinggu Lepas739
mod_vvisit_counterBulan Ini1581
mod_vvisit_counterBulan Lepas2580
mod_vvisit_counterJumlah855612

We have: 23 guests online
0: 54.234.190.237
 , 
Today: Jan 18, 2018

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Hidangan Warisan hiasi iftar sepanjang Ramadan

Alhamdulillah, dipanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT, Warisan Baiduri Sdn Bhd diberi kepercayaan untuk
menyediakan hidangan iftar atau berbuka puasa di dua buah masjid yang terkemuka di ibu negara.

Justeru, Warisan Baiduri Sdn Bhd ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam  JAKIM dan JAWI,
di atas kepercayaan kepada kami untuk turut sama menyuburkan qaryah Ramadan tahun ini.

Dua buah masjid yang terpilih itu adalah Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali dengan Masjid Besi di Putrajaya
dan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur.

Alhamdulillah sepanjang seminggu ini persiapan dan penyediaan juadah berjalan dengan lancar sekali .

Warisan Baiduri Sdn Bhd diberi kepercayaan untuk menyediakan juadah iftar dan moreh untuk jemaah
seramai  2000 orang di Masjid Tuanku Mizan, manakala hidangan 1400 orang di Masjid Wilayah Persekutuan.

Apa yang penting bagi Warisan Baiduri Sdn Bhd, setakat ini tiada lagi aduan kekurangan makanan,
mahu pun berkaitan dengan kualiti makanan dari urusetia mahupun orang awam.

Untuk menyediakan hidangan buat 3400 orang tersebut urusan pengagihan makanan bermula seawal jam 3 petang
dari Kompleks Kulinari, di Taman Melewar Indah, Gombak dan dikehendaki siap sepenuhnya menjelang maghrib.

Warisan Baiduri Sdn Bhd menggunakan tenaga kerja secukupnya di Masjid Tuanku Mizan dan Masjid Wilayah.
Mereka terdiri dari petugas sepenuh masa dan pekerja separuh masa yang disediakan khusus bagi kedua-dua masjid.

Alhamdulillah setakat ini, Warisan Baiduri Sdn Bhd berjaya menjalankan tugas dengan sempurna bagi memenuhi
kehendak pelanggan.

Kami berdoa dan berharap agar kami diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk memberikan khidmat terbaik,
demi kepuasan pelanggan, Insya Allah.