Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini103
mod_vvisit_counterSemalam164
mod_vvisit_counterMinggu Ini605
mod_vvisit_counterMinggu Lepas454
mod_vvisit_counterBulan Ini1160
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852611

We have: 69 guests online
0: 54.221.73.186
 , 
Today: Dec 17, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Komitmen warga Warisan santuni Raja Perlis

Menepati masa, perfect dan memenuhi protokol. Inilah yang menjadi aspek utama Warisan Baiduri Sdn Bhd mendapat kepercayaan pelanggan.
Terutama sekali apabila majlis yang disertai tersebut, dihadiri VVIP yang terkemuka dalam negara, khususnya dari kalangan Raja-Raja
Melayu dan pemimpin tertinggi kerajaan.

Alhamdulillah, berdasarkan pengalaman dalam bidang kulinari, selama lebih 25 tahun, Warisan Baiduri Sdn Bhd
sudah terbiasa menyantuni golongan Istana kerana sering diberi amanah dan kepercayaan untuk menyediakan santapan Diraja.

Justeru apabila Warisan Baiduri Sdn Bhd menerima undangan untuk menyediakan hidangan buat Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis
untuk Iftar Bersama Warga Kem Wardieburn, pihak kami sudah sedia maklum dengan segala protokol yang ditetapkan.

Majlis yang dihadiri Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail bersama Tengku Fauziah
binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berlangsung pada hari Jumaat, 26 Julai 2013 di Masjid Kem Wardieburn Setapak, Kuala Lumpur.

Baginda berdua berkenan untuk santapan iftar bersama 350 tetamu dari kalangan dif-dif kehormat dan para pimpinan perajurit negara.
Dua orang staf kanan yang berurusan dengan Warisan Baiduri Sdn Bhd untuk menyempurnakan program ini berpangkat Kolonel dan Mejar.

Sajian menggunakan hidang dome dan berprotokol untuk Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis adalah:


Menu iftar

Kurma
Kuih karipap
Kuih keria
Agar-agar santan daun pandan
Air sirap bandung
Teh & teh o'
Air mineral

Menu santapan malam

Nasi putih
Ayam percik ala-Kelantan
Ikan kembung goreng
Daging salai masak lemak cili api
Sayur campur
Telur masin
Sambal belacan & ulam-ulaman
Buah-buahan
Air sirap bandung
Teh & teh 'O'
Air mineral

Menu more

Mee goreng
Teh & teh 'O'

Alhamdulillah, kecekapan warga Warisan Baiduri Sdn Bhd, khususnya para pramusaji, membuatkan pihak penganjur sangat-sangat gembira dan
mengucapkan terima kasih. Di samping itu Kolonel turut menyediakan beberapa orang pramusaji tentera untuk membantu majlis supaya menjadi
lebih sempurna.