Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini47
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini424
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini940
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852391

We have: 69 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Warisan raikan cinta Anuar & Adila
Sirih bertepuk pinang dibelah,
Dijamu untuk tetamu kami,
Merisik sudah bertunang sudah,
Kini tiba pengantin dirai

Tepak perak indah berseri,
Dibawa orang dari Deli,
Menyusun jari memohon sudi,
Raja sehari sama dirai


Warisan Baiduri Sdn Bhd meraikan tautan kasih kedua mempelai Anuar & Adila dengan hidangan yang menyelerakan pada majlis resepsi
mereka yang diadakan di Taman Keramat Permai, Setiawangsa, Kuala Lumpur, pada hari Sabtu 24 Ogos 2013.

Ayahanda dan bonda mempelai iaitu Encik Muhammad Helmi Hamzah serta Puan Sabariah Mustanuddin membuat tempahan menu daripada
Warisan Baiduri Sdn Bhd untuk hidangan lebih 1000 tetamu pada majlis yang berlangsung dari jam 11 pagi hingga 4.00 petang itu.

Selain mempelai menggayakan pakaian pengantin yang berwarna hijau, Warisan Baiduri Sdn Bhd juga diminta membuat hiasan majlis
dengan tema gold dan cream, menjadikan suatu paduan warna yang cantik serta menyegarkan.

menu yang dipesan adalah:

Nasi minyak
Nasi putih
Ayam masak merah
Daging dendeng
Dalca sayur
Nenas bombay
Buah-buahan
Air kordial sirap oren
Air mineral

Lauk tambahan pengantin dua set:

Ayam golek Warisan
Udang panjat nenas
Sayur campur Warisan

Menu teh tarik kaunter:

Bubur kacang hijau
Kuih seri muka
Kuih karipap kentang
Teh tarik

Beserta kek perkahwinan sumbangan dari katerer Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Walaupun cuaca mendung dengan sedikit hujan renyai-renyai, namun berkat kerjasama keluarga pengantin dan pramusaji Warisan
Baiduri Sdn Bhd, alhamdulillah, perjalanan majlis lancar dan ceria.