Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini40
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini417
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini933
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852384

We have: 63 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Hari Merdeka tautan Azzua Faziana & Mohammad Fuad

Beli gula di pekan baru
Berbalut kertas merah kuning
Sila-sila pengantin baru
Dua sejoli jalan berganding

Di dalam dulang berisi sagu
Sagu dimakan burung merpati
Jangan bimbang jangan ragu
Hidup baru kini menanti

Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersanding

Bunga anggerik jual di pekan
Tumbuhnya rendang di atas para
Silalah tuan para jemputan
Sudi kiranya menjamu selera

Warisan Baiduri Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Razali Muhammad dan Puan Amnah Abdul Jalil
ibu bapa pengantin perempuan, kerana tidak ragu-ragu memilih kami sebagai katerer utama pada majlis yang paling
bersejarah buat anakanda mereka.

Memilih tarikh sambutan kemerdekaaan buat majlis resepsi kedua-dua mempelai, merupakan suatu detik yang bersejarah
dan indah sekali.

Majlis perkahwinan yang berlangsung pada hari Sabtu 31 0gos 2013, diadakan dengan konsep dalam taman, di lokasi
menarik di Taman Tasik Titiuwangsa, Kuala Lumpur dengan jemputan seramai 1800 orang.

Pada majlis tersebut, pasangan diarak dengan menaiki kereta kuda mengelilingi Tasik Titiwangsa
dan disambut dengan alunan trompet polis. Acara yang diatur dengan begitu unik ini dipadankan dengan
tema warna purple light / purple dark, menjadikan majlis perkahwinan kedua-dua mempelai begitu happening sekali.

Menu yang ditempah khas untuk tetamu adalah

Nasi hujan panas
Nasi putih
Ayam masak kuzi selatan
Daging dendeng
Dalca sayur
Nenas masak lemak + ikan masin
Sambal belacan ulam
Buah-buahan
Air kordial
Air mineral

Lauk tambahan pengantin dua set:

Ayam golek Warisan
Udang panjat nenas
Sayur campur Warisan

Menu teh tarik kaunter:

Pengat ubi
Kuih lapis
Kuih karipap kentang
Teh / nescafe o

Beserta kek perkahwinan tiga tingkat sumbangan dari katerer Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Walaupun cuaca mendung dengan sedikit hujan renyai-renyai, namun berkat kerjasama keluarga pengantin dan pramusaji
Warisan Baiduri Sdn Bhd, alhamdulillah, perjalanan majlis lancar dan ceria.

Namun yang paling menarik kali ini, selain gembira dengan keenakan hidangan, ramai tetamu yang memuji hidangan sambal
belacan dan ulam, yang ternyata dinikmati semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak.

Sehari sebelum majlis tersebut, diadakan majlis akad nikah bertempat di Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor.

Majlis pernikahan dibuat dengan mengundang seramai 200 sanak-saudara dan kenalan terdekat.

Paling menyentuh perasaan adalah apabila, seusai majlis pernikahan, pasangan mempelai dikejutkan dengan hadiah
perkahwinan dari ibu bapa pengantin perempuan dengan sebuah kereta Perodua Alza yang bernombor 3008,
sempena tarikh perkahwinan mereka.

Untuk majlis pernikahan, mereka juga mengambil khidmat katerer Warisan Baiduri Sdn Bhd, untuk menyajikan
menu ala ala kampung seperti berikut:

Nasi putih
Ayam goreng berempah
Masak lemak ikan kering + terung
Kerabu perut & taugeh
sambal belacan ulam
buahan
Air kordial sirap

Warisan Baiduri Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan kedua ibu bapa dan keluarga mempelai
dan kami mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pengantin dengan lafaz 'Barakallahu lakuma,
wajamaa bainakuma bil khair'..Amin Ya Rabbal 'Alamin.