Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini20
mod_vvisit_counterSemalam18
mod_vvisit_counterMinggu Ini201
mod_vvisit_counterMinggu Lepas317
mod_vvisit_counterBulan Ini755
mod_vvisit_counterBulan Lepas3080
mod_vvisit_counterJumlah886374

We have: 7 guests online
0: 54.92.160.119
 , 
Today: Oct 19, 2018

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Aidiladha Syabas bersama Warisan

Ini tahun kedua majlis seumpama ini dianjurkan. Syarikat bekalan air yang terkenal iaitu Syabas, tanpa ragu-ragu terus mengundang 
Warisan Baiduri Sdn Bhd untuk memeriahkan majlis mereka. Pihak kami bukan sekadar menyediakan hidangan yang dimasak di dapur dan dihantar ke lokasi majlis sahaja, malah cef-cef kami turut
sedia memasak di lokasi pada program-program yang khusus seperti Hari Raya Korban. Tahun ini, bertempat di Ibu Pejabat Syabas di Jalan Pantai Baru Kuala Lumpur, pihak Syabas menganjurkan Majlis Korban
sempena hari raya aidil adha 1434H. Pada majlis itu Syabas mengorbankan enam ekor lembu dan dua ekor kambing untuk hidangan lebih 600 tetamu, terdiri daripada
kakitangan Syabas, para tetamu dan sanak saudara mereka. Antara menu yang ditempah khas dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd adalah: Menu minum pagi Mee hoon Goreng Telor mata kerbau Kuih koci Cucur badak Teh o / nescafe Menu makan tengahari Nasi putih Ayam goreng berempah Sayur campur goreng Sambal belacan & ulaman Buah-buahan Air kordial sirap oren Malah cef-cef Warisan Baiduri Sdn Bhd berada di ibu pejabat Syabas sepanjang majlis berlangsung. Menu yang di masak di tapak majlis adalah: Sup daging & tulang Sambal kicap Alhamdulillah, majlis berjalan sangat lancar. Majlis berakhir jam 2.00 petang, dengan kerjasama erat AJK Korban Syabas
dengan cef-cef Warisan Baiduri Sdn Bhd sehingga mereka melapah daging dengan kemas dan cermat. Malah kanopy yang disediakan juga dibuka dan dikemas secara bergotong royong. Kami bersyukur kerana AJK penganjur amat berpuas hati dengan khidmat dan layanan dari katerer Warisan Baiduri Sdn Bhd. Yang penting adalah pesanan mereka supaya pihak kami mengekalkan keenakan pada juadah yang disajikan. Salam Aidiladha!