Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini38
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini415
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini931
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852382

We have: 61 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Majlis perkahwinan Bazli & Ain 26 oktober 2013

Bazli-Ain meterai kasih bersama hidangan Warisan

Sama cantik sama padan,
Sama tampan sama jelita,
Sama muda sama baya,
Ibarat pinang dibelah dua.

Bagai Adam dengan Hawa,
Bagai Uda dan Dara,
Bagai Rama Dan Sita,
Bagai Laila dengan Majnunnya.

Ibarat merpati dua sejoli,
Bagai raja dengan permaisuri.

Itulah gambaran bagi majlis perkahwinan pasangan sejoli Bazli & Ain yang berlangsung pada 26 Oktober 2013, dengan
tema pakaian dan perhiasan krim & coklat.

Majlis berlangsung di Dewan Sri Delima, Kompleks Sukan PKNS, SS7, Kelana Jaya, Selangor dengan kehadiran tetamu
undangan seramai 1200 orang.

Majlis berjalan dengan baik beserta cuaca nan indah mewarnai bumi, sama- sama mengiringi kehadiran pengantin yang
tiba tepat jam 12.

Perarakan pengantin diserikan dengan alunan dengan pukulan kompang melalui lautan manusia di dalam dewan, menuju
meja santapan utama pasangan pengantin.

Mempelai mengenakan pasangan baju tadisi melayu lengkap, berwarna krim dan coklat, menguntumkan senyuman tatkala
merentasi para tetamu.

Di wajah mereka, membayangkan kepuasan dan ketenangan tatkala melihat keindahan hiasan meja utama pengantin,
yang diceriakan dengan buang-bungaan segar dan makanan siap tersedia  menghiasi meja dengan indah dan menarik.

Suasana indah dan ceria di dalam dewan diiringi dengan suara merdu persembahan nasyid professional secara live.

Antara hidangan yang disedikan untuk majlis kahwin bagi pasangan Bazli & Ain adalah:

Nasi tomato'
Nasi putih
Ayam masak merah
Daging dendeng
Pajeri nenas
Dalca sayur
Kerabu pucuk paku + perut
Ikan tenggiri goreng berlada + cili hijau
Papedom
Telor itik masak lemak
Sambal belacan ulam
Buah-uahan
Air kordial Sirap + limau
Air mineral

Menu tambahan pengantin 2 set

Udang Panjat nenas
Ayam golek Warisan
Sayur campur Warisan

Kek perkahwinan tiga tingkat dihadiahkan Warisan Baiduri Sdn Bhd untuk pengantin.

Alhamdulillah, tuan rumah amat berbangga dengan persiapan dan sajian yang disajikan oleh Warisan Baiduri Sdn Bhd
pada tetamu pada hari yang amat bermakna buat anak mereka.

Ramai yang mengatakan hidangan Warisan Baiduri Sdn Bhd sedap dan amat puas hati.

Rasa kepuasan tersebut diluahan itu kepada pegawai pemasaran menerusi telefon dan sapaan mereka yang hadir kepada
pramusaji yang bertugas.

Pada majlis tersebut Warisan Baiduri Sdn Bhd turut menyediakan ruangan untuk promosi produk yang diletakan di satu
bahagian sudut dewan bagi para tetamu mengenali katerer kami.

Tuan rumah juga menyediakan makanan sampingan kepada kanak kanak seperti manisan, cendol dan kuih muih di
ruangan santai corner.

Malah teh tarik kaunter juga menyediakan bubur keladi + sagu,kuih lapis, kuih seri muka, kuih karipap kentang,
teh tarik turut mendapat sambutan ramai tetamu.

Kami di Warisan Baiduri Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan tuan rumah kepada kami.

Kami menjadikan setiap pujian yang dilontarkan sebagai motivasi untuk kami menyediakan khidmat serta sajian yang
lebih baik pada masa yang akan datang.