Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini105
mod_vvisit_counterSemalam164
mod_vvisit_counterMinggu Ini607
mod_vvisit_counterMinggu Lepas454
mod_vvisit_counterBulan Ini1162
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852613

We have: 71 guests online
0: 54.221.73.186
 , 
Today: Dec 17, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Santapan Maal Hijrah buat YDP Agong

Maal Hijrah – Al Ajiba

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam

Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman

Alhamdullillah, Warisan Baiduri Sdn Bhd diberi amanah oleh kerajaan Malaysia, untuk menyediakan
hidangan utama buat dif-dif kehormat, bersempena sambutan Maal Hijrah yang menjadi majlis rasmi
utama sambutan tahun baru Islam.

Majlis Tahlil Dan Doa Selamat, Sempena Sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 1435H, diadakan
di Masjid Negara Kuala Lumpur pada hari Isnin, 4 November 2013.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam
Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Tuanku Sultanah Hajah
Haminah binti Hamidun berkenan mencemar duli untuk menikmati santapan Diraja.

Baginda berdua diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Warisan Baiduri Sdn Bhd menyediakan santapan dan hidangan buat DYMM Tuanku dan Pemaisuri Agong, Perdana Menteri
Dan Isteri, dengan 12 pax VVIP, beserta 200 pax VIP

Menu yang disediakan untuk DYMM YDP Agong serta dif-dif kehormat adalah:

Sup cendawan
Nasi Arab
Nasi Putih
Isi ayam masak Kuzi Selatan
Daging Masak kurma + Kentang
Udang Kelapa Serunding
Isi ikan Tenggiri Goreng Berempah
Sotong Masak Kari
Itik percik
Sayur Campur warisan
Pajeri nenas Beempah
Acar Buah
Kuih Talam
Kuih Karipap Pusing
Buah-buahan Mangga, kiwi, anggur
Minuman Jus
Teh/kopi
Air mineral

Alhamdulillah majlis berjalan dengan amat lancar dan pihak penganjur yang mewakili kerajaan, mengucapkan
terima kasih dan memuji kecekapan petugas Warisan Baiduri Sdn Bhd serta keenakan hidangan.

Pada majlis utama sebegini Pengarah-Pengarah Warisan Baiduri Sdn Bhd turut sama turun padang memastikan kelancaran persiapan.

Kita bersyukur semua staf yang bertugas, sudah memahami bidang kerja masing-masing dan ianya menatijahkan hasil kerja yang success.