Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini106
mod_vvisit_counterSemalam164
mod_vvisit_counterMinggu Ini608
mod_vvisit_counterMinggu Lepas454
mod_vvisit_counterBulan Ini1163
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852614

We have: 72 guests online
0: 54.221.73.186
 , 
Today: Dec 17, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

PM bersantai dengan juadah Warisan
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kelihatan amat gembira apabila bersantai-santai menikmati
juadah makan tengahari yang ditempah khas dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Tanpa menghiraukan sebarang protokol, beliau bersila bersama para VIP dan menyenduk sendiri nasi yang dihidangkan
oleh  Encik Josh Ahad , selaku Pramusaji VIP Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Sambil-sambil berbual mesra dengan para VIP, PM kita begitu berselera menikmati keenakan daging salai masak lemak
cili api dan ikan dowry sweet sour.

PM dan VIP serta para tetamu adalah di antara 550 pax yang menikmati juadah yang disajikan oleh Warisan Baiduri
Sdn Bhd pada hari Ahad, 24 November 2013 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur.

Majlis diadakan bersempena berlangsungnya Seminar Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang menyasarkan pembangunan
ekonomi untuk kaum Melayu-Islam dalam negara.

Majlis bermula pada jam 7.00 pagi di mana Warisan Baiduri Sdn Bhd turut menyediakan sarapan untuk 200 orang
termasuk urusetia.

Menu sarapan yang ditempah adalah:

Nasi lemak
Sambal Tumis Ikan bilis
Kuey Teow Goreng
Kuih Karipap pusing
Kuih Apam Pisang
Teh/kopi
Air mineral

Pramusaji Warisan Baiduri Sdn Bhd turut menyediakan persiapan untuk hidangan makan tengahari seawal jam 11.00 pagi.


Menu makan tengahari yang dipesan adalah:

Nasi putih (basmathi biri2)
Isi ayam goreng berempah
daging salai masak cili api + mangga muda
Isi ikan Dowry Sweet sour
Telur masin
Ikan Masin Goreng
Sayur Campur Warisan
Kerabu Pucuk paku + kerang
Sambal Belacan & Ulaman
Sagu gula melaka (cup)
Buah-Buahan (mangga, anggur, buah tin)
Jus oren
Air mineral

Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar dan pihak penganjur amat berpuashati dengan layanan pramusaji yang
bertugas di majlis tersebut.

Apa yang penting bagi Warisan Baiduri Sdn Bhd adalah kepuasan hati penganjur dan terutama sekali kesudian PM menikmati
juadah kami dengan penuh santai.