Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini43
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini420
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini936
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852387

We have: 66 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Sulaman jiwa Nurul & Aswaie

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh

Laksamana berempat di atas pentas
Cukup berlima dengan gurunya
Bagaikan dakwat dengan kertas
Sudah berjumpa dengan jodohnya

Warisan Baiduri Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian keluarga kedua mempelai Nurul & Aswaie,
kerana mengundang kami menjadi katerer rasmi di hari yang paling bahagia buat mereka.

Majlis perkahwinan mempelai Nurul & Aswaie berlangsung pada hari Sabtu 23 November 2013, bertempat di
Dewan Ibu Pejabat FRU, Batu 9 Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Keluarga pasangan menjemput kira-kira 800 orang tetamu disajikan secara buffet dengan anggota rombongan
pihak lelaki seramai 20 orang yang disajikan secara berhidang oleh Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Dengan tema warna purple dan putih, keanggunan kedua mempelai begitu terserlah sekali.

Menu yang ditempah dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd adalah:

Nasi hujan panas
Nasi putih
Ayam goreng berempah
Daging dendeng
Dalca sayur
Acar mentah
Buah-buahan
Air kordial anggur
Air mineral

Lauk tambahan pengantin yang disediakan adalah:

Ayam golek warisan
Udang panjat nenas
Sayur campur warisan

Teh tarik kaunter

Bubur pulut hitam
Kuih karipap kentang
Kuihseri muka
Teh tarik

Secara keseluruhan perjalanan majlis berjalan dengan lancar, tuan rumah dan mempelai gembira dengan kemeriahan
dan keenakan juadah. Yang penting pihak kami sebagai katerer menepati masa dan menjalankan tugas dengan sempurna.

Justeru kami, seluruh warga Warisan Baiduri Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga mempelai
dan mendoakan jodoh mereka berpanjangan hingga ke akhir hayat.