Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini86
mod_vvisit_counterSemalam91
mod_vvisit_counterMinggu Ini328
mod_vvisit_counterMinggu Lepas454
mod_vvisit_counterBulan Ini883
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852334

We have: 13 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 15, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

SEKADAR RENUNGAN

Seorang pemuda tergesa-gesa masuk ke sebuah kedai runcit di sebuah pekan kecil. Setelah dia membayar satu tin minuman dan
mendapatkan baki duit syiling, dia terus mendapatkan set telefon berbayar yang terletak dihujung kaunter tadi. Sungguh berhati-hati
dia mendail dan mula berbual. Tuan punya kedai runcit turut memasang telinga mendengar perbualan pemuda berkenaan.

Pemuda: "Puan, bolehkah saya mendapat pekerjaan memotong rumput di halaman rumah puan?"

Puan: "Saya sudah ada pekerja..".

Pemuda: "Puan boleh membayar saya separuh upah dari orang itu".

Puan: "Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja pekerja saya itu".

Pemuda (merayu): "Saya akan menyapu dan membersihkan halaman rumah puan dan saya jamin di hari minggu halaman rumah puan
akan jadi yang tercantik di antara rumah-rumah yang berada di situ".

Puan: "Tidak, terima kasih".

Pemuda tadi terus meletak kembali gagang telefon. Tuan punya kedai runcit turut bersimpati, dan mendekati pemuda tadi.

Pemilik Kedai: "Anak muda, aku suka sikapmu, semangat positifmu, dan aku ingin menawarkanmu pekerjaan".

Pemuda: "Tidak. Terima kasih sajalah Pak Cik!".

Pemilik Kedai: "Tapi tadi kedengarannya kamu sangat memerlukan pekerjaan".

Pemuda: "Oh, itu. Sebenarnya Pak Cik, Saya cuma mahu memastikan apakah kerja yang selama ini saya lakukan memuas hati majikan

saya atau tidak. Sayalah tukang kebun yang bekerja untuk puan dalam telefon tadi!"

Hebat Pemuda tadi! Kita juga patut menilai prestasi kerja yang kita lakukan di tahun 2013 untuk memastikan kualiti yang lebih baik lagi
di tahun 2014.

Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan
terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014!
Mudah mudahan dgn izin ALLAH SWT.. tahun 2014 bertambah sihat dan berjaya..AMINN