Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini109
mod_vvisit_counterSemalam119
mod_vvisit_counterMinggu Ini394
mod_vvisit_counterMinggu Lepas739
mod_vvisit_counterBulan Ini1612
mod_vvisit_counterBulan Lepas2580
mod_vvisit_counterJumlah855643

We have: 53 guests, 1 bots online
0: 54.234.190.237
 , 
Today: Jan 18, 2018

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla


Tautan kasih Syima-Hafizi


Bila kata sepakat sudah dimeterai,
Tersarung pula cincin berlian di jari,
Hati terikat kejap janji erat terpateri,
Lunaslah segala ikrar nak sehidup semati.


Naik pelamin memang hasrat tersirat,
Bermula dengan usik mengusit dan orat-mengorat,
Bila jodoh dan pertemuan sudah tersurat,
Semoga berbahagia diredhai Allah dunia akhirat.


Warisan Baiduri Sdn Bhd mengucapkan tahniah kepada pasangan Syima-Hafizi yang melangsungkan perkahwinan
mereka di Masjid Wilayah Persekutuan, pada 15 mac 2014 baru-baru ini.

Majlis yang diadakan di Dewan Muslimin Masjid Wilayah Persekutuan itu, menerima seramai 480 orang tetamu jemputan.

Dengan hiadan tema warna pink/cream yang indah dan menawan, pengantin iaitu Mohd Hafizi Alias dan pasangannya
Norhasyima Zakaria diraikan dengan penuh tertib dan beradat istiadat Melayu.

Sudah tentu majlis yang sebegini meriah, tidak akan lengkap tanpa juadah yang istimewa. Mana lagi jika tidak
juadah dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Keluarga mempelai membuat tempahan juadah yang disajikan pada majlis yang paling bermakna dalam kehidupan anak
mereka, dengan menu tempahan seperti berikut;

Nasi briani
Nasi putih
Ayam masak merah
Daging dendeng
Dalca daging
Acar rampai
Papedom
Buah-buahan
Air kodial sirap
Air mineral

Lauk Tambahan Pengantin

Ayam golek warisan
Udang panjat nenas
Sayur campur warisan
Cream caremal cup

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, kelihatan para tetamu yang hadir, tanpa segan silu sering
menambah lauk di pinggan mereka.

Moga-moga itu petanda yang baik buat Warisan Baiduri Sdn Bhd. Dan, yang paling penting, anggota keluarga
pengantin sangat-sangat gembira, apabila juadah yang dipesan dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd,
begitu memikat selera para tetamu beliau.