Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini68
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini445
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini961
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852412

We have: 87 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Article Index
PLKN Warisan (semasa)
PKRS bentuk remaja berakhlak, mampu hadapi cabaran
10 peratus jurulatih PLKN berstatus sambilan
JUMLAH PEMILIHAN PELATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA MENGIKUT SIRI
Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara
All Pages

Dato Abdul Hadi adakan kunjungan kehormat


Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Hazair menerima kunjungan hormat dari Ketua Pengarah JLKN Malaysia.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Malaysia Dato' Abdul Hadi bin Awang Kechil, di pejabatnya di sini.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan dan pengalaman mengenai usaha-usaha atau pertukaran program dan mendatangkan pakar/tenaga pengajar dari Jabatan Latihan Khidmat Negara Malaysia dan Program Khidmat Bakti Negara dalam mempertingkatkan lagi kerjasama di antara kedua-dua buah negara.

Dato Abdul Hadi berserta rombongan berada di negara ini bagi mengadakan lawatan kerja selama 4 hari hingga 16 Februari 2012. Semasa di sini, beliau berpeluang mendengar taklimat mengenai Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) dan berkesempatan melawat Perkampungan Sukan di mana aktiviti dan program PKBN dijalankan.

Turut hadir dalam kunjungan itu ialah Dato Paduka Haji Mohd Hamid bin Jaafar, Setiausaha Tetap, Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Latihan Khidmat Negara Malaysia.

 

Petikan dari media permata

PLKN perkenal modul kesihatan reproduktif mulai Mei


2011/01/02

KUALA LUMPUR: Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) akan diperkenalkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula Mei ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata modul baru itu bertujuan membina kekuatan minda remaja dalam pembangunan insan yang sihat, berakhlak mulia dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

"Ini bukan modul pendidikan seks...malahan ianya adalah modul untuk mendedahkan pelatih dengan permasalahan yang berlaku di kalangan masyarakat terutamanya yang membabitkan remaja," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Zahid sebelum itu beramah mesra dengan 1,200 pelatih PLKN iaitu kumpulan pertama siri 8/2011 di Padang Bangunan Zetro, Wangsa Maju di sini, sebelum mereka bertolak ke kem PLKN di Perak, Sabah dan Sarawak.

Mengulas lanjut, Zahid berkata modul itu kini dirangka Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dengan mengambil kira keperluan dan sensitiviti kepelbagaian kaum, agama dan budaya dalam masyarakat majmuk berdasarkan konsep 1Malaysia.

"JLKN juga perlu kaji supaya pelaksanaannya nanti tidak bertindih dengan kandungan modul sedia ada, serta mengkaji semula Modul Integrasi, Modul Penyalahgunaan Dadah oleh AADK dan modul lain yang sedang dilaksanakan pada masa ini untuk disesuaikan dengan PKRS," katanya.

Beliau berkata, modul itu juga akan mendedahkan pelatih kepada perkara baru yang tidak diajar di sekolah dan ia adalah kokurikulum yang bersesuaian dengan kehendak semasa.
Sementara itu, Zahid berkata seramai 3,000 remaja telah memohon untuk menyertai PLKN secara sukarela.

"Semua penyertaan pemohon kita terima dan dalam masa dua minggu ini kita akan tentukan sama ada mereka akan memasuki kumpulan pertama, kedua atau ketiga," katanya.

Zahid berkata, peningkatan jumlah pemohon yang ingin menyertai program itu adalah perkembangan yang baik berbanding pada peringkat awal yang menyaksikan ramai ibu bapa memohon supaya penyertaan anak-anak mereka ditangguhkan atau dibatalkan.

Seramai 140,000 pelatih PLKN Siri 8/2011 dari seluruh negara akan menyertai program itu di 79 kem PLKN di seluruh negara. - BERNAMA