Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini72
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini449
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini965
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852416

We have: 89 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Article Index
PLKN Warisan (semasa)
PKRS bentuk remaja berakhlak, mampu hadapi cabaran
10 peratus jurulatih PLKN berstatus sambilan
JUMLAH PEMILIHAN PELATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA MENGIKUT SIRI
Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara
All Pages

 

10 peratus jurulatih PLKN berstatus sambilan


2010/04/09

KUALA LUMPUR: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mengesahkan jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi modul latihan fizikal tidak memerlukan pencapaian akademik, sebaliknya mereka dipilih berdasarkan pengalaman dan kemahiran dimiliki.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, bagaimanapun menegaskan bukan semua jurulatih PLKN bagi modul fizikal tidak mempunyai kelayakan minimum, sebaliknya hanya mereka yang berstatus sambilan saja.

Katanya, hanya 10 peratus jurulatih diambil sejak penubuhan PLKN pada 2004 masih berstatus sambilan, manakala selebihnya sudah diserapkan kepada kakitangan berstatus kontrak.

“Mereka masih berstatus sementara kerana tidak memenuhi syarat minimum kelayakan akademik yang ditetapkan iaitu berpangkat koperal bagi pesara tentera, manakala kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi orang awam.

“Walaupun mereka yang dipilih tidak mempunyai kelayakan akademik, JLKN mengambil kira faktor kepakaran dan pengalaman mereka sebelum ini sehingga melayakkannya bertindak sebagai jurulatih bagi modul fizikal membabitkan semua kem di negara ini.

“Sebenarnya, modul latihan fizikal tidak perlu mengajar membaca dan menulis, sebaliknya mereka dipertanggungjawab mengajar cara berkawad, memanjat dan ‘flying fox’, berbanding modul kenegaraan dan khidmat komuniti yang memerlukan syarat minimum diploma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bekas jurulatih PLKN, Safri Abdul Rahman, yang mendakwa terdapat segelintir jurulatih PLKN yang tidak memiliki SPM, malah ada yang tidak boleh membaca dan menulis dengan baik.
Bekas jurulatih itu turut mendakwa, selain tidak mempunyai kelayakan akademik yang menepati syarat, terdapat juga jurulatih PLKN yang diambil menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memiliki kes jenayah.

Abdul Hadi berkata, beliau tidak memahami tujuan sebenar pendedahan itu yang boleh menjejaskan imej PLKN, sedangkan realitinya bukan seperti digambarkan.

“Sebenarnya, semua jurulatih PLKN melepasi syarat kelayakan ditetapkan dan tidak perlu dipertikaikan kebolehan dimiliki mereka.

“Bagaimanapun, JLKN akan menyiasat secara terperinci dakwaan itu dan mengambil tindakan sewajarnya jika perkara itu benar berlaku,” katanya.

Sementara itu, Safri yang juga bekas anggota tentera dan pernah bertugas di Rejimen Semboyan Diraja (RSD) ketika mendedahkan perkara itu di Kuching, Sarawak, berkata JLKN perlu lebih teliti memilih jurulatih PLKN dan bukannya dilakukan secara tangkap muat.

Katanya, beliau mempunyai senarai beberapa jurulatih tidak memiliki SPM, malah ada yang tidak boleh membaca dan menulis dengan baik.

"Biasanya bekas tentera seperti saya diberi tugas mengendalikan modul latihan fizikal, kenegaraan dan khidmat komuniti, tetapi latihan itu juga kini dikendalikan mereka yang tidak mempunyai kelayakan.

“Jadi, bagaimana kita dapat menjamin mutu latihan yang diberikan kepada peserta," katanya.

Petikan dari Berita Harian 09/04/2010