Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini101
mod_vvisit_counterSemalam26
mod_vvisit_counterMinggu Ini127
mod_vvisit_counterMinggu Lepas317
mod_vvisit_counterBulan Ini681
mod_vvisit_counterBulan Lepas3080
mod_vvisit_counterJumlah886300

We have: 13 guests online
0: 54.196.26.1
 , 
Today: Oct 16, 2018

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Azizah & Azeril Disatukan @ Kompleks Warisan Baiduri

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh

 

Laksamana berempat di atas pentas
Cukup berlima dengan gurunya
Bagaikan dakwat dengan kertas
Sudah berjumpa dengan jodohnya

Warisan Baiduri Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian keluarga kedua mempelai Nurul Azizah & Azeril, kerana sudi menjadikan acara pernikahan dan jamuan majlis perkahwinan mereka diadakan di Kompleks Warisan Baiduri dan menjadikan  katerer rasmi di hari yang paling bahagia buat mereka.

Majlis perkahwinan mempelai Nurul Azizah & Azeril  berlangsung pada hari Sabtu 14 September 2014 , bertempat di Dewan Perdana Indera, Kompleks Warisan Baiduri ,Taman Melewar Indah, Gombak Selangor

Keluarga pasangan menjemput kira-kira 300 orang tetamu disajikan secara hidang dan buffet dengan anggota rombongan pihak lelaki seramai 30 orang yang disajikan secara berhidang oleh Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Dengan tema warna light blue dan pink, keanggunan kedua mempelai begitu terserlah sekali.

Menu yang ditempah dari kulinari Warisan Baiduri Sdn Bhd adalah:


Buffet 1

Nasi Arab ( Basmathi)
Nasi putih
Ayam Maak Merah
Daging dendeng
Dalca sayur
Salad Baiduri
Buah-buahan
Air kordial sirap dan oren
Air mineral

Lauk tambahan pengantin yang disediakan adalah:

Ikan Bawal Sweet Sour
Udang panjat nenas
Sayur campur warisan

Buffet 2

Soto Ayam (Set Lengkap) Mee Hoon / Nasi Impit

Sagu Gula Melaka

Kuih Karipap Kentang

Mini Murtabak

Kuih Bingka Ubi

Kuih Lapis(kuning/coklat)

 

Teh tarik kaunter

Bubur pulut hitam
Kuih karipap kentang
Kuihseri muka
Teh tarik

Secara keseluruhan perjalanan majlis berjalan dengan lancar, tuan rumah dan mempelai gembira dengan kemeriahan dan keenakan juadah. Yang penting pihak kami sebagai katerer menepati masa dan menjalankan tugas dengan sempurna.

Justeru kami, seluruh warga Warisan Baiduri Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga mempelai dan mendoakan jodoh mereka berpanjangan hingga ke akhir hayat.