Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini71
mod_vvisit_counterSemalam119
mod_vvisit_counterMinggu Ini356
mod_vvisit_counterMinggu Lepas739
mod_vvisit_counterBulan Ini1574
mod_vvisit_counterBulan Lepas2580
mod_vvisit_counterJumlah855605

We have: 16 guests online
0: 54.234.190.237
 , 
Today: Jan 18, 2018

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Rimbun semalu di jambu batu
Bangkit pelanduk terus berlalu
Kompang dipalu menyahut restu
Pengantin duduk tersenyum malu


Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan



Terpancar wajah senyum simpun nan gembira di wajah En Mohammad Noor Dan Isteri apabila
majlis perkahwinan anakanda mereka, disambut dengan begitu meriah dan ceria. Keceriaan adalah lontaran daripada kepuasan.
Kepuasan kerana majlis yang diatur dengan sangat rapi, termasuklah yang utama sekali hidangan yang melazatkan.


Tanggal 16 Ogos 2015 bersamaan 30 Syawal 1436H, tercatat suatu kenangan yang cukup indah buat mempelai Nor Zakirah Bt Mohammad
dan pasangan Noor Muhammad Jafni Faiz.


Mereka diraikan dengan tema putih hiasan pereka khas warga Warisan Baiduri Sdn Bhd dalam majlis yang dihadiri lebih 1100
tetamu di Dewan Perdana Indera, Kompleks Warisan Baiduri, Taman Melewar Indah Selangor.



Dengan kemudahan Dewan Perdana Indera, Kompleks Warisan Baiduri yang baik dan memuaskan, majlis yang bermula jam 11.30 pagi
hingga 4.30 petang itu, berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecacatan.


Hidangan  makan tengahari majlis perkahwinan pengantin yang ditempah khas dari Warisan Baiduri Sdn Bhd menggunakan round table +
bunga-buangan segar, dan ditambah pula dengan aroma hidangan yang harum, membangkitkan rasa selera semua yang hadir.


En Mohammad Noor Dan Isteri menzahirkan rasa gembira beliau, apabila menu Nasi Minyak yang ditempah khas buat majlis yang penuh bermakna
buat anakanda mereka, mendapat pujian dan sambutan yang menggalakkan.


Antara menu yang dipesan pada majlis tersebut adalah:

menu yang disediakan oleh katerer Warisan Baiduri

Nasi Minyak (bashmati)
Nasi Putih
Ayam Masak merah
Daging dendeng
Dalca Sayur
Nenas Bombay

Buahan ( oren dan tembikai )

Air Kordial
Air mineral


2 set lauk pengantin

Ayam Golek Warisan
Udang panjat Nenas
Salad baiduri



Alhamdulillah syukur tuan rumah En Mohammad Noor Dan Isteri sungguh selesa dengan persediaan kami dan jamuan
makanan juga menepati citarasa beliau dan keseluran perjalanan majlis berjalan lancar seperti apa yang dirancang.


Warisan Baiduri mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian En Mohammad Noor Dan Isteri kerana sudi menjadi kami sebagai
katerer rasmi untuk majlis perkahwinan ananda beliau yang penuh meriah.