Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini64
mod_vvisit_counterSemalam164
mod_vvisit_counterMinggu Ini566
mod_vvisit_counterMinggu Lepas454
mod_vvisit_counterBulan Ini1121
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852572

We have: 31 guests online
0: 54.221.73.186
 , 
Today: Dec 17, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

.
Pembinaan Kompleks Warisan Baiduri Berjalan Lancar
10 November 2010

Warisan Baiduri Sdn Bhd mengorak langkah maju kehadapan, sesuai dengan misi dan visinya untuk menyediakan perkhidmatan yang
professional dan berkualiti tinggi serta menjadi sebuah organisasi pilihan yang berkepakaran khusus dalam menyediakan perkhidmatan
sajian makanan untuk majlis-majlis yang berprestij dan berprotokol.

Tanggal 17 Disember 2009 bersamaan 30 Zulhijjah 1430, Warisan Baiduri Sdn Bhd melancarkan majlis pecah tanah kompleks Laman
Warisan di Kampung Changkat, bersebelahan Taman Melewar Kuala Lumpur.Majlis perasmian pecah tanah Laman Warisan disempurnakan
oleh Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor, Ustaz Haji Hassan Haji Shukri. Hadir sama adalah Pengarah Urusan Warisan Baiduri Sdn Bhd,
Tuan Haji Mahmud Morshidi Awang Othman,Pengarah Pentadbiran & Kewangan Puan Norazizah Basar serta dif-dif kenamaan dan
seluruh warga kerja Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Laman Warisan mengandungi bangunan tiga blok utama bagi menempatkan dewan besar, pejabat, dapur moden, tempat penyimpanan
dan penyediaan makanan yang esklusif lagi berkualiti.

Bangunan yang direkabentuk oleh arkitek Fadil Mufti dari FDArchitects ini, direka dari konsep morish yang penuh dengan ciri islamik,
melambangkan kesuciaan dan ketaqwaan.

Bangunan yang akan menjadi mercu tanda kepada perkhidmatan yang berkualiti oleh Warisan Baiduri Sdn Bhd ini, dijangka akan
disempurnakan dalam masa empat bulan, iaitu pada April 2010.

Dengan iltizam dan semangat yang tinggi, Warisan Baiduri Sdn Bhd akan senantiasa mengutamakan keselesaan pelanggan, khususnya
individu, institusi dan syarikat-syarikat yang begitu istiqamah dan komited melanggan perkhidmatan Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Justeru, dengan siapnya tiga blok bangunan baru Warisan Baiduri Sdn Bhd nanti, Insya Allah para pelanggan akan dihidangkan
dengan perkhimatan yang lebih cemerlang dan memuaskan.

Warisan Baiduri Sdn Bhd akan menawarkan full pakage atau pakej penuh perkhidmatan penganjuran perkahwinan,
termasuk penyediaan pelamin, dewan atau khemah jamuan, katering, sessi fotografi, pelbagai lagi.

Pelanggan yang mementingkan keselesaan dan kepuasan, tidak perlu lagi risau. Dengan wujudnya Laman Warisan,
mereka dipelawa untuk menganjurkan apa sahaja aktiviti, seminar, latihan, bengkel dan sebagainya.

Dewan Jamuan kami boleh memuatkan sehingga 300 orang dalam satu-satu masa. Malahan jumlah jemputan yang
besar boleh ditampung dengan sambungan khemah-khemah yang boleh diattach dengan dewan di mana majlis dilangsungkan.

Maka dengan rendah hatinya, Warisan Baiduri Sdn Bhd mengharapkan pelanggan-pelanggan semua, agar terus mengikat
persaudaraan, memberikan sokongan serta kepercayaan kepada Warisan Baiduri Sdn Bhd.


Majlis Pecah Tanah, Kompleks Kulinari Warisan

17 Disember 2009

KOMPLEKS KULINARI WARISAN DALAM BINAAN


Kompleks Kulinari Warisan
Kerja kerja pemasangan cerucuk dan infrastuktur sedang giat dijalankan
20 Disember 2009

 

Kerja kerja infrastuktur sedang giat dijalankan
6 Februari 2010

Kerja kerja infrastuktur sedang giat dijalankan

Sabtu, 3 April 2010