Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini23
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini400
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini916
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852367

We have: 46 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Article Index
Aktiviti Dalaman
sambutan majlis ulangtahun staf Warisan Baiduri Sdn Bhd bagi bulan Januari dan Februari
TESTIMONI PELAJAR LATIHAN INDUSTRI SESI 2010/2011
Seminar Perancangan Strategik Warisan Baiduri
Jalinan erat staf Warisan terserlah di majlis sambutan hari jadi
Majlis Kesyukuran Ibadah Korban 1432h
Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Warga warisan Bulan September & Oktober
Ceramah Etika Profesional Pengendalian Makanan
Sambutan hari jadi staf Warisan Baiduri di Morib meriah
Lawatan Sambil Belajar Ke Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan UITM Shah Alam
Lawatan Sambil Belajar Ke UPM
Majlis Sambutan Kelahiran Mei & Jun
Majlis Sambutan Hari Kelahiran Mac & April
Majlis Sambutan Hari Kelahiran Bulan Januari & Februari
Testimonial Pelajar Praktikal UPM 2010
Sambutan Aidilfitri 2009
Majlis Berbuka Puasa 2009
All Pages

Penambahbaikan kualiti kerja matlamat utama Warisan
Menjadi matlamat utama bagi Warisan Baiduri Sdn Bhd untuk menjadi peneraju utama dalam bidang kulinari.
Menjejak ke alam Jubli Perak atau 25 penubuhannya, Warisan Baiduri Sdn Bhd mahu terus kukuh di persada
pasaran kulinari. Baca lagi

Perginya Abang Malian, kehilangan besar buat Warisan
Seluruh warga kerja Warisan Baiduri Sdn Bhd begitu sedih dan tersentuh hati apabila sahabat yang akrab dengan semua staf
iaitu Abang Malian Abang Kassim kembali kerahmatullah pada 1 Januari 2013, kerana faktor kesihatan. Beliau berusia 69 tahun,
meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Baca Lagi..

Meraikan staf yang berjasa sentiasa jadi keutamaan
Seramai sebelas orang staf Warisan Baiduri Sdn Bhd di pelbagai bidang tugasan, diraikan dalam 
satu majlis sedarhana tetapi penuh mesra dan meriah. Baca Lagi

Majlis sambutan hari ulang tahun staf November & Disember 2012

Majlis sambutan hari ulang tahun staf November & Disember
mohd afiza jumaat
muhammad amirul amin
rosni hashim
mohd hafizul hafiz osman

Dari kem plkn
nur ikhsan aliman
nur syazana rani .... Baca Lagi

 

Warisan Baiduri Sdn Bhd mulai operasi di Kompleks Kulinari baru
Mulai 17 Disember 2012, Warisan Baiduri Sdn Bhd sudah memulakan operasinya di Kompleks Kulinari yang baru di
Taman Melewar Indah Batu Caves, Selangor. Baca Lagi

Majlis sambutan hari lahir staf bulan September & Oktober 2012
MERAIKAN kakitangan merupakan suatu kemestian bagi Warisan Baiduri Sdn Bhd. Ia merupakan suatu
acara wajib setiap dua bulan sekali, untuk Warisan Baiduri Sdn Bhd menganjurkan majlis sambutan
hari kelahiran bagi kakitangan yang terbabit. Baca Lagi

 

Riadah pekerja segarkan khidmat Warisan
Tiada aktiviti yang menyegarkan minda selepas penat bekerja, selain bersantai-santai
beriadah bersama kawan-kawan. Baca Lagi

Kompleks Warisan Baiduri dibuka dengan bacaan al-Quran
Alhamdulillah, kita memanjat setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya,
Kompleks Warisan Baiduri yang bertempat di Jalan Geliga 2, Taman Melewar , Batu Caves, Selangor,
selamat dibuka pada 29 Februari 2012. Baca lagi...

Majlis Berbuka Dan Makan Malam Tahunan 2011 &

Sambutan hari jadi staf Warisan Baiduri di Perangsang Golf Resort Rawang Selangor


Warisan Baiduri Sdn Bhd senantiasa mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan menghargai khidmat kakitangannya setiap masa.

Justeru sebagai menghargai khidmat kakitangan, Warisan Baiduri Sdn Bhd setiap tahun  menganjurkan majlis berbuka puasa dan makan malam tahunan 2011. Seterusnya

Kursus Protokol & Adab Di Meja Makan

Selayang, Kolej Komuniti Selayang, 17,18 dan 19 Jun. seramai 10 orang peserta dari Warisan Baiduri Sdn Bhd termasuk pengarah urusan mengikuti kursus di Kolej Komuniti Selayang kelmarin, kursus yang dianjurkan oleh kolej tersebut adalah adab di meja makan bagi menambah ilmu pengetahuan dan memberi pendedahan berprotokol terhadap adab adab ketika di meja makan khususnya di bidang katering dan majlis majlis keraian. Baca Lagi

Sekitar Gambar gambar peserta kursus (staf Warisan) di Universiti Putra Malaysia

LAPORAN ‘ON-JOB TRAINING’ PEKERJA WARISAN BAIDURI

DI KOMPLEKS PERKHIDMATAN MAKANAN UPM

 

A) Tujuan diadakan latihan ini adalah untuk:

1)      Menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang masakan.

2)      Membiasakan diri dengan peralatan-peralatan moden sebelum berpindah ke dapur baru.

3)      Membiasakan diri dengan peraturan dan etika di premis kulinari yang moden

 

B) Di antara pekerja-pekerja Warisan Baiduri yang terlibat:

1)      Puan Norlida Bt Abdul Rahman

2)      En Mohd Khairulzaman B Hj Mohamad

3)      En Rodzi B Yop

4)      Pn Hamidah Bt Ismail

5)      En Yusman B Mahat

6)      En Muhammad Faiz B Razak

7)      Pn Noraini Bt Mohd Noor

8)      Pn Norlin Bt Nordin

9)      En Jos B Ahad

 

C) Peruntukan masa:

Latihan ‘on-job training’ ini diadakan selama 36 hari dari tarikh 01/02/11 – 25/03/11 dan setiap pekerja  diberi latihan selama dua minggu megikut ‘department’ atau bahagian kerja masing-masing. Latihan ini bermula dari jam 7.45 pagi hingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat.

Pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pekerja yang terpilih mengikuti latihan ini dikehendaki bertolak seawal jam 6.30 pagi untuk tiba di tempat latihan sebelum jam 7.45 pagi

 

D) Syarat dan Peraturan:

Setiap pekerja latihan dikehendaki mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Kompleks Makanan UPM. Di antara syarat yang ditetapkan ialah, mereka haruslah menghadiri ‘briefing’ atau perjumpaan ringkas pada jam 7.45 pagi bersama semua pekerja Kompleks UPM sebelum memulakan tugas masing-masing. Ini untuk memastikan semua pekerja jelas mengenai setiap perkara yang perlu dilakukan pada hari tersebut. ‘Briefing’ pada waktu petang juga diadakan untuk merumuskan perjalanan harian pada hari tersebut. Pekerja latihan juga dikehendaki tampil kehadapan untuk menerangkan apa yang mereka pelajari pada hari itu.

 

E.i) ‘Department’ yang terdapat di Kompleks UPM dan pekerja Warisan Baiduri

Department

Pekerja Warisan

a)    Cold Kitchen

En Jos

b)   Main Kitchen

Pn Norlida,En Yusman,En Rodzi

c)    Pastry

Pn Norlin,  Pn Hamidah

d)   Butcher & Receiving  Area

En Khairulzaman, En Faiz

e)    Vegetable and Fruit Area

Pn Noraini

 

 

 

E.ii) Pembahagian skop latihan pekerja Warisan Baiduri mengikut bidang kerja masing-masing:

 

MINGGU

TARIKH

PEKERJA

WARISAN

BAHAGIAN

MINGGU KE-5

&

MINGGU KE-6

01.02.11 – 04.02.11

&

07.02.11 – 11.02.11

Pn Norlida &

 

Main Kitchen

En Khairulzaman

Butcher

 

 

 

 

MINGGU KE-7

&

MINGGU KE-8

14.02.11 – 18.02.11

&

21.02.11 – 25.02.11

En Jos

 

Cold Kitchen

En Faiz

Butcher

 

 

 

 

 

MINGGU KE-9

&

MINGGU KE 10

 

28.02.11 – 4.03.11

&

7.03.11 – 11.03.11

 

En Yusman

 

Main Kitchen

Pn Norlin

Pastry

Pn Noraini

Vegetable & Fruit Area

 

 

 

 

MINGGU KE-11

&

MINGGU KE 12

14.03.11 – 18.03.11

&

21.03.11 – 25.03.11

Pn Hamidah

Pastry

 

En Rodzi

 

Main Kitchen

 

 

 

 

 


 

Tiba giliran sambutan majlis ulangtahun staf Warisan Baiduri Sdn Bhd bagi bulan Januari dan Februari, dianjurkan majlis kesyukuran, doa selamat untuk staf yang lahir pada bulan Januari dan Februari.

Mereka diraikan dengan begitu meriah, dengan jamuan dan cabutan bertuah. Kali ini bertempat di dapur kulinari Warisan Baiduri Sdn Bhd di Padang Balang.

Majlis tersebut dihadiri oleh Pengarah Urusan Warisan Baiduri Sdn Bhd, Tuan Haji Mahmud Morshidi Othman, Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Puan Norazizah Basar, Penolong Pengurus Kulinari, Haji Adnan Duran, Pengurus Servis, Encik Husnul Nidham Masduki serta seluruh kakitangan dapur dan pejabat.

Majlis juga dihadiri oleh tetamu khas, terdiri daripada Tuan Haji Zahari Saad, En Hasanul Fadli dan isteri

Aturcara majlis bermula selepas solat maghrib dengan bacaan Surah Yassin dan tahlil untuk staf Warisan Baiduri Sdn Bhd, sanak saudara yang telah dijemput ilahi, dipimpin oleh Ustaz Mohasir Othman.

Selepas bacaan doa disempurnakan, para tetamu dihidangkan dengan jamuan:

Nasi Udang
Nasi Putih
Daging Tetel Tulang Rebus Kunyit ala Brunei
Ayam Goreng Kunyit + Kacang Panjang
Asam Pedas sayur keladi + daging
Salad Baiduri
Satay Ayam Dan Daging
Mee Goreng mamak

Kuih Mini keria,
Kuih Bingka Ubi,
Kuih Kasui,
Ais Krim + Kon
Teh tarik, air kordial.


Sambil tetamu menjamu selera menikmati hidangan yang lazat, juru acara majlis menjemput lapan orang staf Warisan Baiduri Sdn Bhd yang diraikan iaitu:

1. Hamrie Wahid (5 Januari)
2. Noraini Mohd Nor ( 5 Januari)
3. Khairul Zaman Mohammad (5 Januari)
4. Sulaiman Ghaffar (16 Januari)
5. Hamidah Ismail (18 Januari)
6. Mahmud Al'Rifae Othman ( 02 Februari)
7. Noorhayati Basar (06 Februari tidak dapat hadir)
8. Norazizah Basar (10 Februari)
9. Jamaliah Hassan ( 14 Februari)
10. Amirul Rashidi (tidak dapat hadir)


Majlis terus diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah untuk semua yang hadir, suasana menjadi bertambah meriah apabila tetamu mendapat hadiah dari cabutan dari, Pengarah Pentadbiran & Kewangan, Pengurus Kem, Pengurus servis dan beberapa orang tetamu khas.

Pelbagai hadiah disediakan oleh pihak pengurusan antaranya, hadiah dalam bentuk pakaian sehinggalah makanan snek, sambutan amat menggalakkan dan riuh rendah apabila hadiah yang disampaikan tetamu mendapatan tepukan gemuruh kerana tidak dapat dipastikan kandungan hadiah yang diterima.

Majlis yang penuh kemeriahan dan keceriaan itu berakhir sekitar jam 10. 30 malam.

 


 

TESTIMONI PELAJAR LATIHAN INDUSTRI SESI 2010/2011

Nama diberi Nur Adziah bt Adanan merupakan pelajar tahun akhir dari Universiti Putra Malaysia mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Makanan khusus dalam perkhidmatan makanan menjalani praktikal di Warisan Baiduri Sdn. Bhd.. Syarikat Warisan Baiduri Sdn. Bhd. menjadi pilihan saya untuk menjalani praktikal (latihan industri) kerana syarikat ini menawarkan perkhidmatan katering khusus untuk majlis-majlis kenamaan, majlis perkahwinan dan lain-lain. Disamping itu, syarikat ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar seperti saya untuk mempelajari bagaimana katering beroperasi dari sudut pengurusan, kulinari dan servis.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengarah Warisan Baiduri, Tuan Haji Mahmud Morshidi, kerana memberi saya peluang untuk menjalani latihan industri di Warisan Baiduri Sdn. Bhd.. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah saya, Dr Muhammad Shahrim Abdul Karim, kerana mencadangkan syarikat Warisan Baiduri Sdn. Bhd. sebagai destinasi untuk saya menjalankan latihan industri dan sekalung penghargaan buat penyelia saya, Nor Adibah Aimi, yang banyak membantu saya sepanjang berada di Warisan Baiduri Sdn. Bhd.

Warisan Baiduri sdn. Bhd. merupakan syarikat yang menjalankan operasi katering yang juga menawarkan pelbagai jenis juadah terutama masakan Melayu. Saya telah berpeluang merasai pengalaman di dapur warisan selama sebulan dan dibawa untuk merasai sendiri bagaimana juadah-juadah disediakan dalam kuantiti yang banyak tetapi mengekalkan rasa yang konsisten. Juadah yang menjadi tarikan di Warisan Baiduri adalah masakan daging dendeng. Selain itu, saya telah berpeluang merasai sendiri bagaimana pengurusan di dapur warisan semasa penyediaan juadah. Kebanyakan juadah disediakan oleh pekerja-pekerja yang telah lama berkhidmat dalam warisan baiduri dan juga mampu menyediakan juadah mengikut piawaian yang ditetapkan.  Saya juga diberi tugasan bagaimana untuk menghasilkan piawaian yang sesuai dengan keadaan di dapur warisan selain memantau bagaimana pengurusan stok dijalankan.

Disamping itu, saya juga telah dibawa menghadiri majlis-majlis seperti majlis perkahwinan dan berpeluang mempelajari bagaimana pengurusan makanan dari sudut servis. Saya juga berpeluang merasai sendiri pengurusan servis semasa servis dijalankan. Pramusaji-pramusaji yang disediakan oleh syarikat ini dipelopori oleh golongan lelaki dan pakaian mereka juga melambangkan identiti syarikat warisan. Dari segi servis, saya juga diberi tugasan bagaimana untuk meletakkan piawaian untuk meningkatkan kualiti servis sebelum dan semasa majlis berlangsung.

Akhir kata, Warisan Baiduri Sdn Bhd merupakan syarikat katering yang terbaik yang mampu memberikan pengalaman dan ilmu-ilmu yang berguna dari segi mental dan fizikal untuk dimanfaatkan untuk menghadapi masa akan datang.

 

TESTIMONI PELAJAR LATIHAN INDUSTRI SESI 2010/2011

Syarikat Warisan Baiduri Sdn. Bhd. (WBSB) telah menjadi tempat pilihan saya untuk menjalani latihan industri selama 6 bulan. Lumrah bagi setiap pelajar Universiti untuk menghadiri latihan industri sebelum layak menggenggam segulung ijazah. Mohd Ayob Bin Mohamad Rohamad nama diberi dan merupakan Bacelor Sains Pengajian Makanan mengambil pengkhususan dalam bidang perkhidmatan makanan (Food Service). Bidang pengajian ini adalah

salah satu kos yang ditawarkan di Universiti Putra Malaysia (UPM, Serdang). Syarat kelayakan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Makanan adalah menghabiskan pengajian selama empat (4) tahun dan menghadiri latihan industri selama satu semester di hujung pengajian.

Seperti nama di atas, saya merupakan pelajar tahun akhir yang sedang menjalankan kursus latihan industri di WBSB. Setelah sebulan berada di WBSB, banyak juga pengalaman dan input-input yang selama ini tidak terdapat di dalam kuliah di UPM. Saya memilih Syarikat Warisan Baiduri ini sebagai tempat praktikal adalah atas dorongan dan sokongan padu dari salah seorang pensyarah di fakulti kami, Dr. Muhammad Shahrim Abdul Karim. Beliau sangat teruja untuk memberikan salah satu Syarikat Katering terbaik dan terkenal di sekitar kawasan Gombak dan Kuala Lumpur ini sebagai tempat latihan industri saya. Beliau yakin, banyak yang boleh saya pelajari di WBSB dan mengaplikasikan input yang dikumpul selama tiga tahun setengah di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM. Tidak ketinggalan, ucapan jutaan terima kasih diberikan kepada Pengarah Syarikat Warisan Baiduri, Tuan Haji Mahmud Morshidi kerana menerima kehadiran saya sebagai warga WBSB untuk 6 bulan ini.

Sebagai pelajar bahagian Perkhidmatan Makanan, tiada skop khusus bagi kami untuk memilih tempat latihan industri, jadi saya tekad untuk menerima WBSB setelah sesi interview bersama pengarah dan pihak pengurusan dijalankan. Saya  bersama dua orang rakan seperjuangan bersama-sama mengharungi suka duka selama 5 bulan yang mendatang untuk melengkapkan syarat untuk mendapatkan segulung ijazah di sini.

Walaupun baru sebulan saya berada di sini, satu ikatan kekeluargaan dapat dirasai dari pihak WBSB serta semua staf yang berkhidmat di sini. Prinsip saya dalam bekerja ialah mempunyai minat mendalam dan rasa seronok dalam melaksanakan pekerjaan tersebut dan bukan dalam keadaan “stress”.

Bekerja di syarikat catering memerlukan kekuatan dan ketahanan dari segi fizikal dan mental. Di sini, saya telah diberikan pembahagian kerja iaitu di bahagian “servis”, dapur dan pengurusan. Saya diberikan tempoh dua bulan untuk setiap bahagian. Untuk bulan pertama ini, saya telah didedahkan tentang resepi piawai untuk jenis masakan yang popular di sini seperti daging dendeng, “sweet sour fish”, ayam masak kicap dan beberapa lagi. Selain itu, saya juga telah mengikuti beberapa majlis perkahwinan untuk melihat persediaan, susun atur makanan dan melayan para tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Ternyata, WBSB memang pilihan syarikat katering yang tepat di atas dasar perkhidmatan dan masakan yang lazat sejak 22 tahun lamanya. Kami juga diberi peluang selama seminggu untuk berkampung di Kem Warisan PLKN, Masjid Tanah, Melaka untuk melihat perjalanan Dapur Warisan di sana. Kem Warisan PLKN ini merupakan anak Syarikat WBSB.

Ribuan terima kasih harus diberikan kepada “supervisor” atau penyelia yang menjaga kami bertiga dengan jayanya, Nur Adibah Aimi sepanjang 6 bulan kami menjadi warga WBSB ini. Selain melakukan rutin pekerjaan di WBSB, kami juga mempunyai visi dan misi untuk membantu syarikat ini ke taraf lebih professional berdasarkan tugasan-tugasan yang diberikan selaras dengan kemampuan Syarikat WBSB ini. Diharapakan supaya saya dapat menghabiskan 5 bulan seterusnya di sini dengan lebih usaha dan gigih serta menaikkan lagi WBSB menjadi syarikat catering yang lebih kukuh setaraf dengan syarikat catering yang sedia ada.

TESTIMONIAL

Saya Fateen Atiqah Binti Zakaria berasal daripada Jitra, Kedah Darul Aman. berumur 23 tahun. Sebelum ini belajar dalam jurusan Bacelor Sains (Pengajian Makanan) bermula pada tahun 2008 sehingga 2011 iaitu selama 4 tahun di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor  dan kini sedang menjalani praktikal untuk melengkapkan semester akhir di Warisan Baiduri Sdn. Bhd.(WBSB).Syarikat catering ini menawarkan perkhidmatan catering untuk majlis pernikahan, perkahwinan, “VIP”, seminar, kemerdekaan, dan agung. Ternyata syarikat catering WBSB ini merupakan pilihan yang sesuai untuk para pelajar menimba pengalaman dan ilmu berkaitan selok belok pengurusan catering sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr. Shahrim Karim kerana menempatkan kami di syarikat yang terkenal dengan masakan yang lazat terutamanya daging dendeng yang menjadi daya tarikan utama bagi hidangan yang disediakan WBSB. Jutaan terima kasih juga turut diucapkan kepada Tuan Haji Mahmud Morshidi, Pengarah WBSB kerana memberi peluang dalam menempatkan dan menawarkan latihan praktikal sejajar dengan jurusan yang kami pelajari iaitu jurusan dalam major perkhidmatan makanan.

Syarikat WBSB ini mampu menerima tempahan catering untuk majlis yang banyak dalam sehari dan bergantung pada kuantiti tempahan. Latihan praktikal di syarikat ini memerlukan kami untuk menyiapkan tugasan yang berbentuk standard piawaan contohnya dari segi menu masakan dan prosedur pengurusan dapur. Standard piawaian yang dibentuk adalah adaptasi daripada teori yang telah dipelajari selama 4 tahun dalam major perkidmatan makanan ke dalam standard WBSB bagi meningkatkan mutu standard piawaian syarikat ini.

Sepanjang berada di WBSB selama sebulan, banyak perkara yang dapat dipelajari terutamanya dalam mengaplikasikan teori yang telah dipelajari ke dalam pengurusan catering yang sebenar. Akhir kata, ilmu dan pengalaman yang ditimba sepanjang sebulan latihan praktikal di sini mampu sedikit sebanyak memberi idea dan memberi pemahaman yang menyeluruh dalam pengurusan catering. ilmu yang bermanfaat, berharga dan mampu menjadi medium yang berguna bagi kami untuk melengkapkan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang penuh dengan pancaroba.

 


 

 

Kuala Lumpur 28 Disember: Seperti tahun-tahun sebelumnya, Warisan Baiduri  Sdn Bhd pada penghujung tahun 2010  baru lalu telah mengadakan Seminar Perancangan Strategik Warisan Baiduri   di Hotel Vistana antara lain membincangkan, strategi pemasaran dan plan tindakan bagi mencapai sasaran jualan yang ditetapkan berakhir 2011.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengarah Urusan Warisan Baiduri Sdn Bhd, Sdra Mahmud Morshidi Othman. Hadir dalam majlis tersebut adalah dua orang ahli Lembaga Pengarah Warisan Baiduri Sdn Bhd iaitu Puan Norazizah Basar dan Puan Durratul Ain Mahmud Morshidi, serta lebih 20 orang pegawai kumpulan pengurusan kanan mewakili bahagian Ibu pejabat/pemasaran, servis kulinari dan Kem PLKN Warisan.

Pada sesi petang diisi dengan program ceramah berkaitan pengurusan servis dan kulinari disampaikan oleh dua orang penceramah undangan Tuan Haji Zahari Saad dan Encik Wan Ahmad.

Dalam ucapan perasmiannya, Pengarah Urusan Warisan Baiduri Sdn Bhd mahu semua pihak berusaha untuk meneroka potensi produk baru dan pasaran baru untuk mencapai target jualan seperti yang disasarkan.

Sebagai persediaan mencapai matlamat tersebut katanya, syarikat sedang dalam proses pemodenan pengurusannya dengan pembinaan Kompleks Warisan Baiduri terletak dipinggir Taman Melewar Indah, Gombak yang dijangka akan membantu melonjakkan imej dan prestasi syarikat dalam bidang kulinari.

"Agar kita sentiasa berada dihadapan dalam industri ini, menjadi ketua dan bukannya sekadar pengikut," tegas Sdra. Morshidi.

Sehubungan itu beliau mahu semua pihak termasuk kumpulan pengurusan, di bahagian Ibu Pejabat/Pemasaran, servis & kulinari, supaya mengisi prasarana yang sedang dibina itu dengan segala daya kreativiti, inovatif dan inisiatif yang tinggi.

"Kita hendaklah sentiasa mempastikan wujud keseimbangan kekuatan di antara semua bahagian bagi mencapai matlamat tersebut.

"Kalau terbentuk disequlibrium dalam system pengurusan dan penyampaian dalam syarikat kita, maka ia boleh mengundang berbagai bentuk krisis yang akhirnya membawa kerugian kepada syarikat," ujar beliau.

Pengarah Urusan juga mahu semua warga kerja syarikat supaya sentiasa menilai di mana kelemahan dan kekuatan syarikat.

Melalui penilaian tersebut katanya, langkah-langkah proaktif hendaklah segera diambil dengan memperbaiki kelemahan dan memperkukuh kekuatan.

"Kita juga hendaklah mengetahui kelemahan dan kekuatan saingan kita serta bersedia menjadikan kekurangan dan kelebihan saingan kita sebagai iktibar, peluang dan sumber baru kekuatan syarikat," katanya.

Selain daripada itu beliau mahu semua warga kerja bersedia meningkatkan jumlah tenaga dan kakitangan terlatih, dengan membangunkan sumber tenaga berkemahiran sebagai suatu keperluan dan keutamaan.

Kakitangan juga katanya, hendaklah bersedia menggunakan teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti dan penambahbaikan kualiti makanan yang dihidangkan.

Untuk mencapai hasrat tersebut, Warisan Baiduri Sdn Bhd katanya, telah menjalin perhubugan dengan Fakulti Teknologi Makanan UPM dengan menerima mahasiswa mereka menjalani latihan amali di Warisan Baiduri dan mendapatkan khidmat nasihat dari Bahagian Teknologi Permakanan MARDI.

Pengarah Urusan juga menegaskan bahawa kekuatan warga Warisan Baiduri hendaklah diasaskan kepada displin yang tinggi, amanah, sopan santun dengan pelanggan dan interaksi sesama warga warisan yang baik dan pergaulan yang tidak kasar.

"Warga warisan hendaklah sentiasa berpegang pada Piagam Pelanggan yang telah diamalkan sejak 23 tahun dahulu. Amalan pada piagam tersebut hendaklah dihiasi dengan kesempuraan solat dan akhlak yang baik bagi memperoleh keberkesanan amalan kebarakahan dari Allah SWT.

"Warga warisan hendaklah bersikap terbuka dengan apa jua penambahbaikan yang diperkenalkan oleh syarikat demi meningkatkan kualiti perkhidmatan sekaligus  melonjakkan prestasi syarikat," pesan beliau.

Menurut beliau, syarikat harus memandang ke hadapan agar setiap perancangan dirangka dengan berhati-hati dan perlaksanaannya sentiasa diteliti bagi mengelakkan kesilapan dan pembaziran yang merugikan.

Selain itu beliau mahu, safety (keselamatan) Hygiene (kebersihan) & sanitatation (sanitasi) sentiasa diutamakan dan be2razam untuk beramal dengan budaya kerja kerja islamik.

Untuk itu, syarikat adalah dalam proses untuk memperolehi persijilan HALAL, GMP (Good Manufacturing Process) dan HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) bagi mencerminkan keindahan Islam dalam segala aspek kehidupan.

"Islam bukan hanya  mengajar kita supaya mengutamakan aspek halal, keselamatan, kebersihan dan sanitasi dalam urusan kehidupan seharian kita, malah ianya jua dituntut dalam kerjaya dan industri yang kita ceburi ini.

"Kita merancang jalinan strategik dengan Baitulmal Wilayah Persekutuan dan Baitulmal Negeri Selangor untuk menyediakan latihan lanjutan kepada pelajar-pelajar miskin tajaan mereka di bidang sajian makanan.

"Kita berhasrat untuk membantu mereka secara kecil-kecilan mengikut keupayaan kita, dengan harapan bukan setakat untuk melahirkan pelatih yang berpengetahuan tetapi juga sebagai usahawan kecil yang berjaya dan mampu membayar zakat perniagaan," ujarnya.

Diakhir ucapannya Pengarah Urusan berdoa mudah-mudahan syarikat akan dapat mewujudkan rangkaian gerai-gerai kecil tajaan bersama Warisan Baiduri dan Baitulmal di mana Warisan Baiduri akan menjadi mentor mereka.

“Mudah-mudahan segala perancangan pemodenan pengurusan dan operasi yang diusahakan ini akan beroleh kejayaan dan barakah yang boleh kita kongsikan dengan rakan-rakan usahawan lainnya yang berkecimpung di bidang sajian makanan"


 

Jalinan erat staf Warisan terserlah di majlis sambutan hari jadi

Tiada apa yang menggembirakan staf Warisan Baiduri Sdn Bhd, selain daripada mempunyai persekitaran kerja yang erat, persefahaman yang baik serta dihargai titik peluh mereka.

Warisan Baiduri Sdn Bhd selaku syarikat peneraju dalam bidang kulinari, senantiasa peka dan prihatin dengan kebajikan para pekerja. Warisan Baiduri Sdn Bhd tidak pernah ketinggalan untuk menganjurkan majlis sambutan hari jadi buat kakitangannya.


Majlis ulangtahun staf diraikan dengan begitu meriah, dengan jamuan dan cabutan bertuah. Kali ini bertempat di dapur kulinari Warisan Baiduri Sdn Bhd di Padang Balang, diadakan majlis kesyukuran, doa selamat untuk staf yang lahir pada bulan November dan Disember.

Majlis tersebut dihadiri oleh Pengarah Urusan Warisan Baiduri Sdn Bhd, Tuan Haji Mahmud Morshidi Othman, Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Puan Norazizah Basar, Penolong Pengurus Kulinari, Haji Adnan Duran, Pengurus Servis, Encik Husnul Nidham Masduki, Pengurus Kem PLKN Warisan di Masjid Tanah, Encik Sabani Abu, serta seluruh kakitangan dapur dan pejabat.

Majlis juga dihadiri oleh tetamu khas, terdiri daripada Tuan Haji Zahari Saad, Encik Rashidi Hassan, Ustaz Mohasir Othman serta tetamu-tetamu jemputan.

Aturcara majlis bermula selepas solat maghrib dengan bacaan Surah Yassin dan tahlil untuk
staf Warisan Baiduri Sdn Bhd, sanak saudara yang telah dijemput ilahi, dipimpin oleh Encik Rashidi, manakala bacaan doa oleh Ustaz Mohasir Othman.

Selepas bacaan doa disempurnakan, para tetamu dihidangkan dengan jamuan:

Satay ayam dan daging,
Kuah kacang, timun & bawang,
Nasi impit,
Rendang Ayam,
Mee Rebus,
Nasi Goreng kampung,
Sambal tumis sotong rendam,
Rojak pasembur,
Rojak buah,
Kuih talam keladi,
Kuih koleh kacang,
Teh tarik, air kordial.

Sambil tetamu menjamu selera menikmati hidangan yang lazat, juru acara majlis menjemput lima orang staf Warisan Baiduri Sdn Bhd yang diraikan iaitu:

1. Ikmal Basiron (5 November)
2. Danie Danial ( 27 November)
3. Yusman Mahat (13 Disember)
4. Rodzi Yob (17 Disember)
5. Abang Malian Abang Kassim (27 Disember - tidak hadir kerana masalah kesihatan)

Malah diraikan juga Tuan Haji Zahari, kebetulan beliau menyambut tarikh kelahiran pada bulan yang sama.


Majlis terus diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah untuk semua yang hadir, suasana
menjadi bertambah meriah apabila tetamu mendapat hadiah dari cabutan dari Pengarah
Urusan, Pengarah Pentadbiran & Kewangan, Pengurus Kem, Pengurus servis dan beberapa orang
tetamu khas.

Pelbagai hadiah disediakan oleh pihak pengurusan antaranya, hadiah utama peralatan elektronik sehinggalah makanan snek, sambutan amat menggalakkan dan riuh rendah apabila hadiah yang disampaikan tetamu mendapatan tepukan gemuruh kerana tidak dapat dipastikan kandungan hadiah yang diterima.

Majlis yang penuh kemeriahan dan keceriaan itu berakhir sekitar jam 10. 30 malam.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Jika ada umur panjang,
Bulan depan kita buat lagi...

 


 

Alhamdulillah, Warisan Baiduri Sdn Bhd telah dapat menyempurnakan ibadah korban  pada hari kedua Tasyrik tahun ini dengan penyembelihan seekor lembu yang di beli dari Masjid Tanah Melaka.

Daging lembu tersebut telah dimasak secara gotong royong oleh warga Warisan Baiduri di kulinari Warisaan untuk dinikmati oleh warga syarikat dan ahli keuarga masing-asing. Jiran-jiran sekitar premis kulinari warisan juga turut di jemput   

Lebih 100 orang telah menghadiri majlis kesyukuran yang bermula dari jam 12 tengahari sehingga jam 3 petang.

Menu yang disediakan adalah Nasi putih, Daging gulai kawah + hati + paru + rebung, Daging + perut rebus + air asam, Daging bakar + air asam, Ikan bakar + air asam, Ayam goreng berempah, Sambal tumis udang petai, Timun masak lemak putih + kacang panjang + karot + kobis, Mee hoon sup, Pengat pisang, kuih karipap, Air kordial, Teh tarik.

Pengarah urusan, sdra Mahmud Morshidi Othman dan Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Pn Norazizah Basar turut sama meraikan para jemputan.

 


 

HARI JADI BULAN SEPTEMBER & OKTOBER
Sambutan hari jadi dibuat untuk staf Warisan Baiduri

Norida Mohasir, Ahmad Badas, Azhar Ahmad, Tarmizi Salleh, Mahmud Hefdzi dan Ummu Hanie

Majlis sambutan diadakan di Dapur Warisan  pada 21 Oktober 2010 baru-baru ini.

Pada majlis tersebut diadakan bacaan surah Yassin untuk dihadiahkan kepada saudara saudara terdekat dan bekas pekerja Warisan yang telah menemui Illahi terlebih dahulu daripada kita , acara pemotongan kek beserta doa panjang umur dan bergambar kenang kenangan sempena majlis dihadiri oleh

Saudara Mahmud Morshidi Othman, Pengarah Urusan, Puan Norazizah Basar Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, kakitangan

bahagian ibu pejabat, kem PLKN Warisan, Bahagian Kulinari, Bahagian servis staf sambilan dan jemputan.

Antara menu yang dihidangkan secara buffet untuk majlis hari jadi adalah:

nasi ayam, ayam goreng bermadu, salad, timun, tomato, rendang campur,lemang, nasi impit, kuah kacang, roti jala, kari ayam + kentang,

Kuih bingka ubi, air kordial sirap oren, teh tarik

BBQ Set

Kambing bakar, Sosej, burger, telur benjo,udang , sotong, coleslow, baked potatoes, roti burger.

kek hari jadi untuk yang diraikan.

Warisan baiduri ,mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran semoga panjang umur , sehat wal'afiat dan dimurahkan rezeki

 


 


Ceramah Etika Profesional Pengendalian Makanan

Majlis Makan Malam kali ke 22 Warisan Baiduri Sdn Bhd, berlangsung pada 21 Ogos 2010 bersamaan 11 Ramadhan 1431h, di Hotel Impian Resort, Morib dengan penuh meriah.

Majlis dihadiri oleh Saudara Mahmud Morshidi Othman selaku Pengarah Urusan, Puan Norazizah Basar Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, kakitangan bahagian Ibu pejabat, Kem PLKN Warisan, Bahagian Kulinari, Bahagian Servis, Staf Sambilan dan beberapa jemputan. Seramai lebih 80 orang yang hadir dan terdapat juga Kakitangan yang telah bercuti awal pulang ke Sarawak untuk menyambut Ramadhan dan Syawal.


Majlis bermula dari jam 2-4 petang, dengan ceramah khas oleh Chef Zamri Jamal yang menyampaikan ceramah mengenai etika profesional dalam pengendalian makanan.

Ceramah ini diadakan sebagai salah satu daripada usaha berterusan Warisan Baiduri Sdn Bhd untuk mempertingkatkan kualiti servisnya dalam bidang kulinari bagi kepuasan pelanggan.


Takzirah Ramadan

Selepas daripada itu hadirin disajikan dengan hidangan kerohanian, iaitu takzirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Hairulazam Ramli dari Unit Hadari dan Pembangunan Islam Kementerian Pelancongan Malaysia.

Ustaz juga memimpin bacaan tahlil untuk bekas pekerja dan kakitangan dan muslimin muslimat orang yang telah meninggal kita lebih awal.

Kakitangan Warisan Baiduri dapat bonus

Acara seterusnya adalah majlis berbuka puasa. Antara menu yang disajikan secara buffet oleh Hotel Impian Resort morib adalah :

nasi putih,ayam masak kari kapitan, rendang daging,ikan sembilang goreng berlada, sotong masak kicap, sotong goreng india,lala masak tauchu, pucuk manis masak lemak, pajeri nenas,kerabu mangga,kerabu pucuk paku, kerabu taugeh & perut, kerabu kacang botol,ikan sepat bulu ayam & telur masin, sambal belacan ulam tempoyak, ijo & ketuk, (pegaga, daun selom, timun, jering, bendi, tomato kobis, terung, telunjuk & peria celur.

Nasi ayam lengkap, Mee & meehoon kari (set lengkap),ikan mambung & pari bakar,air asam, abc, kordial anggur, kordial laici kordial sirap limau, kordial bandung teh, teh tarik & kopi.

mangga, betik anggur, cermai,

tom yam selat melaka, bubur lambuk, Fresh bread, keropok

ikan udang bawang & papedom

aneka buahan tempatan aneka agar agar, puding. kuih lapis, apam gula hangus, cucur badak, buah kurma & bubur kacang hijau

Majlis menjadi begitu meriah kerana diselang selikan dengan pemberian hamper kepada hadirin mendapat nombor cabutan bertuah.

Turut menerujakan ialah penyampaian BONUS bagi tahun ini untuk kesemua bahagian diadakan dan tambahan bonus untuk bahagian Kem PLKN Warisan kerana berjaya menempa nama sebagai kem terbersih seluruh negeri Melaka.

Mudah-mudahan penganugerahan bonus ini menjadi insentif terbaik untuk semua kakitangan supaya bekerja dengan lebih gigih.

Aturcara majlis yang diatur sepanjang program seperti berikut:

1.30 PETANG – 2.30 PETANG Pendaftaran Seminar

2.30 PETANG – 4.00 PETANG  Penceramah (Chef Zamri Jalal)

4.00 PETANG – 5.00 PETANG  Rehat

5.00 PETANG – 6.00 PETANG  Penceramah (YBhg. Ustz Khairul Azam Bin Ramli)

6.00 PETANG – 6.45 PETANG Kehadiran Tetamu Jemputan Warisan

6.45 PETANG – 7.30 PETANG Majlis Tahlil & Doa Selamat

7.30 PETANG  Buka Puasa & Solat Jemaah

Menjamu Selera

 

Ucapan Pengarah Urusan

Cabutan Bertuah

Ucapan Wakil Bahagian Pejabat

Cabutan Bertuah

Ucapan Wakil Bahagian Servis

Cabutan Bertuah

Ucapan Bahagian Kulinari

Cabutan Bertuah

Penyampaian Cenderahati

Pengahargaan Khas

Doa


10.30 MALAM

Bersuraii

Sehubungan dengan itu Warisan Baiduri Sdn Bhd mengucapkan setinggi– tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang berikut yang turut sama menyerikan majlis kami. Antara penyumbang yang berbakti adalah:

Apa pun sudah tentunya Warisan Baiduri Sdn Bhd tidak melupakan kegigihan kakitangan yang menjayakan majlis di atas. Tanpa anda, majlis kita tidak akan menjadi meriah.

Sekalung tahniah diucapkan kepada AJK program. Mereka terdiri daripada:

Akhir kata Warisan Baiduri Sdn Bhd mengucapkan setinggi - tinggi

Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Majlis Berbuka Puasa Dan Makan Malam Warisan Baiduri Sdn Bhd bagi Tahun 2010/1431 H

Semoga segala usaha, tenaga dan masa yang telah dicurahkan akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T. Amin.

 



Sambutan hari jadi staf Warisan Baiduri di Morib meriah


Warisan Baiduri Sdn Bhd senantiasa mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan menghargai khidmat kakitangannya setiap masa.

Justeru sebagai menghargai khidmat kakitangan, Warisan Baiduri Sdn Bhd sering menganjurkan majlis sambutan hari jadi kakitangannya setiap dua bulan sekali.

Menariknya selama 20 tahun penubuhannya Warisan Baiduri Sdn Bhd tidak pernah ketinggalan menjamu semua kakitangan,khususnya pada bulan Ramadan al-Mubarak.

Kali ini, majlis meraikan kakitangan pada bulan Ramadan disekalikan dengan majlis sambutan harijadi staf-staf, dihadiri lebih 80 orang.

Sambutan hari jadi dibuat untuk staf-staf yang berikut:


i. Naidi (1 Julai)
ii. Faiz (5 Ogos)
iii. Tok Mat Jais (11 Ogos)
iv. Bell (18 Ogos)
v. Josh (21 Ogos)
vi. Masli (24 Ogos)

Majlis sambutan diadakan di Hotel Impian Morib pada 21 ogos 2010 baru-baru ini.

Pada majlis tersebut acara pemotongan kek beserta doa panjang umur dan bergambar kenang kenangan sempena majlis dihadiri oleh

Ybhg Tuan Haji Mahmud Morshidi Othman, Pengarah Urusan, Puan Norazizah Basar Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, kakitangan

bahagian ibu pejabat, kem PLKN Warisan, Bahagian Kulinar, Bahagian servis staf sambilan dan jemputan.

Antara menu yang dihidangkan secara buffet untuk majlis hari jadi adalah:

nasi putih, ayam masak kari kapitan, rendang daging,ikan sembilang goreng berlada, sotong masak kicap, sotong goreng india, lala masak tauchu, pucuk manis ,masak lemak, pajeri nenas, kerabu mangga, kerabu pucuk paku, kerabu taugeh & perut, kerabu kacang botol, ikan sepat bulu ayam & telur masin, sambal belacan ulam tempoyak, ijo & ketuk, pegaga, daun selom, timun, jering, bendi, tomato kobis, terung, telunjuk & peria celur,Nasi ayam lengkap,Mee & meehoon kari (set lengkap), ikan mambung & pari bakar,   air asam

aneka buahan tempatan aneka agar agar, puding. kuih lapis, apam gula hangus, cucur badak, buah kurma & bubur kacang hijau

tom yam selat melaka, bubur lambuk, Fresh bread
keropok
ikan udang bawang & papdom

abc, kordial anggur, kordial laici kordial sirap limau, kordial bandung teh, teh tarik & kopi
jeruk, mangga, betik anggur, cermai

 


Lawatan Sambil Belajar  Ke Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan UITM Shah Alam

Jumaat, 9 Julai 2010. Jabatan Kulinari syarikat Warisan Baiduri Sdn Bhd telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan Dan Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan Universiti Teknologi Mara Tujuan lawatan ini diadakan adalah memberi pendedahan dan infomasi kepada peserta tentang asas pengurusan kulinari bagi meningkatkan kualiti kerja tukang masak, pembantu tukang masak khususnya dan kepada pembantu dapur amnya.Sepanjang program ini, peserta diberi kuliah mengenai aspek berkaitan mengawal mutu makanan, kebersihan premis, disiplin pekerja, kawalan stor serta aspek keselamatan pekerja. Mereka juga di bawa melawat ke bahagian kulinari, Hotel UiTM dan makmal fakulti tersebut. Pegawai yang bertanggungjawab bagi program ini adalah En Firdaus Ahmad Fauzi iaitu selaku Pensyarah Perkhidmatan Makanan. Dengan ini di ucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan Dan Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan , UiTM atas kesudian mereka menerima kunjungan kami.

 

 

 


Lawatan Sambil Belajar di Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor

Pada 23 dan 24 Jun 2010, warga kulinari WBSB telah membuat program lawatan sambil belajar ke Kompleks Perkhidmatan Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia. Tujuan lawatan ini diadakan adalah memberi pendedahan dan infomasi kepada peserta tentang asas pengurusan kulinari bagi meningkatkan kualiti kerja tukang masak, pembantu tukang masak khususnya dan kepada pembantu dapur amnya.Sepanjang program ini, peserta diberi kuliah mengenai aspek berkaitan mengawal mutu makanan, kebersihan premis, disiplin pekerja, kawalan stor serta aspek keselamatan pekerja. Mereka juga di bawa melawat ke bahagian kulinari dan makmal fakulti tersebut. Pegawai yang bertanggungjawab bagi program ini adalah Md Nizam Bin Mahat iaitu selaku Pengurus Kompleks Perkhidmatan Makanan.Dengan ini di ucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada pihak Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan, UPM atas kesudian mereka menerima kunjungan kami.


Majlis Sambutan Hari Kelahiran Bulan Mei & Jun
Jumaat, 25 Jun  2010 Warisan Baiduri  Sdn Bhd telah mengadakan satu majlis menyambut hari kelahiran kakitangan Warisan Baiduri untuk bulan Mei dan Jun yang telah diadakan di bahagian kulinari WBSB Gombak.

Majlis ini telah dihadiri oleh ramai hadirin termasuklah pengarah urusan WBSB sendiri Tuan Haji Mahmud Morshidi Othman dan Pengarah Pentadbiran & Kewangan Warisan Baiduri Sdn Bhd Puan Norazizah bt Basar. Majlis ini juga bertambah meriah kerana meraikan hari kelahiran pengarah urusan WBSB sendiri. Majlis tersebut telah dimulakan dengan sepatah dua ucapan dari Pengurus Servis, En Hasnul Nidham dan diikuti dengan bacaan doa.

Sempena majlis tersebut pihak WBSB telah menyediakan pelbagai sajian yang istimewa seperti bbq ayam dan daging, satay, nasi jagung, nasi putih, ayam masak tiga rasa, rendang campur, udang kelapa serunding, sayur batang keladi + Putik Jagung + Udang, pulut kuning dan ABC. Majlis yang diadakan pada setiap 2 bulan sekali ini adalah bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara semua staff WBSB.

Diharapkan semua yang telah diraikan agar diberkati dan dipanjangkan umur oleh Allah S.W.T.

TAHLIL DAN BACAAN YASSIN
Jumaat, 25 Jun  2010 Warisan Baiduri  Sdn Bhd telah mengadakan satu majlis tahlil dan bacaan yassin yamg telah diadakan di bahagian kulinari Warisan Baiduri di Kampung Padang Balang Gombak. Majlis seumpama ini telah diadakan sempena memperingati pemergian saudara-saudara kakitangan Warisan Baiduri seperti Allahyarham Ustaz Hasan Syukri iaitu saudara rakan pengarah urusan WBSB, Allahyarhamah Tuan Kuntum bt Tuan Itam iaitu nenek kepada salah seorang kakitangan WBSB, Allahyarham Yoob b Alias (bapa kepada salah seorang kakitangan WBSB), Allahyarham Imam Alias (bekas imam Kg Padang Balang), Mohamed b Naib (bapa kepada salah seorang bekas kakitangan WBSB) serta warga WBSB yang lain yang telah kembali ke rahmatullah.

Majlis ini telah dihadiri oleh ramai hadirin termasuklah pengarah urusan WBSB sendiri Tuan Haji Mahmud Morshidi Othman dan Pengarah Pentadbiran & Kewangan Warisan Baiduri Sdn Bhd Puan Norazizah bt Basar. Selain itu hadirin yang hadir juga termasuk semua kakitangan WBSB, bekas kakitangan serta ahli keluarga kepada allahyarham yang telah meninggal dunia. Majlis tersebut telah dimulakan dengan sepatah dua ucapan dari Pengurus Servis, En Hasnul Nidham dan diikuti dengan bacaan yassin dan tahlil yang telah diketuai oleh Ustaz Mohasir Othman.

Sempena majlis tersebut pihak WBSB telah menyediakan pelbagai sajian yang istimewa seperti bbq ayam dan daging, satay, nasi jagung, nasi putih, ayam masak tiga rasa, rendang campur, udang kelapa serunding, sayur batang keladi + Putik Jagung + Udang, pulut kuning dan ABC.

Diharapkan mereka yang telah kembali ke rahmatullah ini agar dicucuri rahmat oleh yang Esa.



Selasa 27 April 2010
Majlis Doa Selamat
Ulang Tahun Kelahiran Staf Dan Ulang Tahun Ke 22 Warisan Baiduri Sdn Bhd.
Isnin, 26 April 2010 bertempat di bahagian kulinari WBSB Gombak, satu majlis menyambut hari kelahiran kakitangan Warisan Baiduri dan hari ulang tahun Warisan Baiduri yang ke 22 tahun disambut,
Majlis tersebut dimeriahkan lagi denagan kehadiran pengarah urusan Tuan Haji Mahmud Morshidi Othman dan Pengarah Pentadbiran & Kewangan Warisan Baiduri Sdn Bhd Puan Norazizah bt Basar, Majlis tersebut dihadiri oleh semua staf dari beberapa bahagian dan tetamu jemputan seperti Ustaz Mohasir Othman yang juga memimpin bacaan doa selamat. Majlis dimulakan dengan sepatah dua ucapan dari Pengurus Servis, En Hasnul Nidham diikuti dengan bacaan doa selamat.
Sajian yang disediakan sendiri oleh kakitangan warisan seperti Satay ayam dan daging, Nasi Putih, Pulut Kuning, Rendang Ayam, Ayam Goreng Berempah, Daging Dendeng, Ikan Masin Masak Lemak, Asam Rebus Putik Jagung + Keladi + Udang, Air Kordial, Teh Tarik Dan Seekor Kambing Bakar. Majlis seumpama ini diadakan pada setiap 2 bulan sekali bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim antara kakitangan syarikat.
"Selamat ulang tahun serta semoga diberkati Allah dan dimurahkan rezeki kepada staff yang diraikan."

 

 




Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Staff WBSB Bulan Januari Dan Februari 2010
Satu majlis sambutan ulang tahun kelahiran staff Warisan baiduri telah diadakan di bahagian Kulinari WBSB di Kampung Padang Balang,Gombak. Majlis penuh kesyukuran ini diadakan sempena meraikan ulang tahun kelahiran kakitangan yang lahir pada bulan Januari dan Februari sebagai tanda penghargaan syarikat kepada kakitangan. Staff yang diraikan termasuk Pengarah Pentadbiran & Kewangan WBSB sendiri iaitu Puan Norazizah Basar, Pegawai Kewangan (Katering) Puan Jamaliah Hassan, Pegawai Kewangan ( Kem PLKN warisan) Puan NoorHayati Basar, Puan Noraini , Puan Hamidah serta Encik Hamri dari bahagian dapur.Tetamu yang turut memeriahkan majlis termasuklah pengarah Urusan WBSB, Tuan Haji Mahmud Morshidi Othman, Tuan Haji Zahari Saad, En.Rashidi, En.Kaerudin dan ramai lagi. Sajian istimewa yang terdiri daripada Satay, Kambing Bakar BBQ, Nasi Arab dan pelbagai menu menyelerakan turut disediakan. Seluruh warga WBSB mengucapkan "Selamat ulang tahun serta semoga diberkati Allah dan dimurahkan rezeki kepada staff yang diraikan"



KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2009 : Warisan Baiduri Sdn Bhd
telah menganjurkan jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dilangsungkan
di Dewan Cempaka,Restoran Haslam yang terletak bersebelahan
dengan pejabat Warisan Baiduri.

Pengarah Urusan, Pengarah Pentadbiran & Kewangan berserta
semua kakitangan menyambut kehadiran ramai tetamu yang
datang bertali arus sejak jam 12 tengahari.

Antara rakan-rakan dan tetamu kehormat yang hadir adalah seperti Ketua
Pengarah Kementerian Penerangan, Dato' Abdullah Murad dan rombongan.

 

 

 



A'Famosa, Alor Gajah Melaka, Majlis Berbuka Puasa dan
Makan Malam Tahunan Warisan Baiduri Sdn Bhd telah
diadakan pada 5hb September 2009 bersamaan 15 Ramadhan
1430H. Majlis tersebut diadakan bagi meraikan kakitangan dan
tenaga kerja sambilan Warisan Baiduri Sdn.Bhd.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Mahmud
Morshidi Othman merangkap Pengarah Urusan Warisan Baiduri
Sdn. Bhd. Dalam majlis tersebut Sijil Setia Warisan dianugerahkan
kepada Puan Noraini Baharom bagi menghargai jasa dan pengorbanan
beliau selama 20 tahun bekhidmat dengan Warisan Baiduri Sdn Bhd.
Majlis ini juga turut dihadiri oleh Komanden Kem PLKN Warisan,
YBhg. Mej Amran B. Abd Rashid ( TUDM ), Hj Abd.Rahman B. Ahmad
selaku mantan Pegurus dan Pembantu Pengurus Kem PLKN Warisan
bagi memeriahkan majlis tersebut. Pelbagai aktiviti diadakan
sepanjang majlis tersebut diantaranya Ceramah Agama yang telah
disampaikan oleh YBhg.Ustaz Mohd.Hilmi Bin Hasbullah,
Solat Maghrib berjemaah beramai-ramai yang di imamkan oleh
YBhg. Ustaz Mohasir Othman dan lain-lain acara yang menjadi hiburan
warga kerja Warisan Baiduri Sdn. Bhd.