Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini92
mod_vvisit_counterSemalam91
mod_vvisit_counterMinggu Ini334
mod_vvisit_counterMinggu Lepas454
mod_vvisit_counterBulan Ini889
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852340

We have: 19 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 15, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Perkahwinan Nurul & Hazwan

Ahad, 2 Januari 2011 Alhamdulillah, majlis perkahwinan Nurul & Hazwan begitu menawan dan bertambah meriah dengan hidangan istemiwa dari dapur Warisan Baiduri.

Majlis perkahwinan yang diadakan di Taman Maju Jaya, Kuala Lumpur bertambah ceria dengan kehadiran tetamu undangan dan kenalan lama Puan Hajjah Jamiah Ahmad seorang pesara  awam.

Tuan rumah amat bersyukur kerana para tetamu beliau tidak putus-putus memberikan pujian terhadap jamuan yang dihidangkan dan persiapan ‘back drop’ dan meja pengantin yang terserlah indah menawan.

Jamuan pada hari berkenaan  adalah kali ketiga majlis perkahwinan yang dikendalikan oleh Warisan Baiduri untuk Puan Hajjah Jamiah. Alhamdulillah ketiga tiga majlis ini amat memuaskan hati pelanggan  setia Warisan ini.

Terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan berterusan Puan Hajjah Jamiah terhadap perkhidmatan Syarikat kami.

Tema warna pilihan pengantin baru ini ialah  coklat dan krim dengan sajian ala buffet, kombinasi  menu kampung dan set nasi baryani arab.

Sebuah kaunter teh tarik dan kopi kampung  dengan sajian  berbagai jenis  kuih muih juga turut disediakan.

Bagai menghargai kesetiaan pelanggan  kami ini, Warisan Baiduri turut menyumbangkan “backdrop”, pentas untuk meja utama. meja pengantin yang dihias cantik dan menggunakan placemate songket yang ditempah khas dari Kelantan, sebuah gerbang dihias indah, ukiran buahan, bunga bungaan segar dan pentasa meja utama.

Pihak pengantin  menempah hidangan untuk jamuan tetamu  seramai 1,000 orang.

(Menu jamuan minum malam)

* Roti Jala,Kari Ayam + Kentang, Kuah Durian,
* Soto Ayam (Set Lengkap)
* Aneka kueh pedas dan manis
* Teh  dan Kopi Kampung

(Menu jamuan majlis perkahwinan)

Nasi Briani Arab,Sambal Tomato, Ayam Masak Tiga Rasa, Gulai Kawah + Paru + Perut, Nenas Bombay, Papedom. Nasi Putih Kukus, Nangka Masak Lemak Cili Api, Urap Kacang Botol + Daun Selom, Ikan Masin dihiris kecil + cili kering, Telur Masin, Sambal Goreng Jawa, Sambal Belacan & Ulaman,

Dikesempatan ini seluruh warga Warisan Baiduri mengucapkan terima kasih atas kesudian Puan Hajjah Jamiah Ahmad memilih kami sebagai katerer rasmi tiga majlis perkahwinan  anak -anak beliau dan ucapan selamat pengantin baru buat Hazwan dan Nurul semoga jodoh berkekalan hingga keakhir hayat.