Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini39
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini416
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini932
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852383

We have: 62 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Unggu Dan Merah Jambu Menjadi Tema Pilihan  Pasangan Yasmin & Najib

JARANG sekali pasangan pengantin menggabungkan dua warna yang agak contrast sebagai tema majlis perkahwinan yang bakal menjadi kenangan indah dalam kehidupan sepanjang usia.


Idea unik pasangan Yasmin & Najib, memilih gabungan warga unggu dan merah jambu sebagai tema majlis perkahwinan mereka, benar-benar menyerlahkan suasana.

Unggu dan merah adalah lambang cinta mereka. Lambang gabungan dua personaliti yang berbeza, tetapi mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu CINTA. Cinta yang mengikat kasih unggu dan merah jambu, dua jiwa menjadi satu.

Kata orang jika seseorang itu menggemari warna unggu atau warna violet, maka anda adalah seorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan anda tidak pernah ragu-ragu, apa yang anda lakukan adalah yang terbaik. Anda pandai benar dalam mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang boleh mendekati dan menjadi kekasih anda.

Jika warna Merah Jambu atau Pink yang dipilih. Ianya melambangkan cinta. Merah membawa maksud keghairahan, merah jambu membawa maksud romantik dan mempesona. Merah jambu adalah warna kesukaan wanita dan anda mungkin mampu menarik perhatian.

Kedua-dua gabungan warna tema ini dipilih Yasmin & Najib dengan mendapatkan khidmat juru reka profesional yang berpengalaman, menyusun konsep majlis, sesuai dengan kehendak pelanggan.

Sudah tentu juru reka profesional mendapatkan material warna tema daripada Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Selaku katerer dan juru runding, pengalaman selama lebih 20 tahun Warisan Baiduri Sdn Bhd, dalam menyediakan santapan 'Raja Sehari' dan para tetamu, beserta penyediaan susun atur majlis, tema warna, semuanya, tidak harus dipertikaikan lagi.

Pada hari Sabtu 22 Januari 2011, pada majlis perkahwinan Yasmin & Najib, pasangan kelihatan anggun dan begitu menawan dengan tema warna pilihan pengantin baru ini ialah Unggu dan Merah Jambu.

Majlis bertambah meriah dengan hidangan istemewa dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd . Untuk menyempurnakan majlis, kami tidak menghadapi masalah langsung berkenaan kesesakan lalulintas, seperti kebiasaannya, kerana lokasi majlis tidak jauh dari dapur warisan (lebih kurang 1 kilometer sahaja).

Majlis perkahwinan yang diadakan di rumah Haji Megat Nor Hashim di Taman Melewar Indah Gombak bertambah ceria dengan kehadiran tetamu undangan dan jiran-jiran terdekat Haji Megat Nor Hashim dan isteri.

Tuan rumah amat bersyukur kerana para tetamu beliau tidak putus-putus memberikan pujian terhadap jamuan yang dihidangkan dan persiapan ‘back drop’ dan meja pengantin yang terserlah indah menawan, hasil kreativiti dan kesungguhan petugas Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan Haji Megat Nor Hashim dan isteri terhadap katerer kami.

Sebuah kaunter teh tarik dan kopi kampung dengan sajian berbagai jenis kuih muih dan bubur kacang hijau juga turut disediakan.

Pihak pengantin menempah hidangan untuk jamuan tetamu seramai 1,300 orang seperti berikut:

* Nasi Tomato
* Nasi Putih
* Ayam Masak Merah
* Daging Rendang Tok
* Daging Masak Kari + Kentang
* Acar Buah
* Nenas Bombay
* Papedom
* Buahan
* Air Kordial Sirap Oren
* Air Mineral


(Menu Tambahan di meja Pengantin)

* Ayam Golek Warisan
* Udang Panjat Nenas
* sayur Campur Warisan

Dikesempatan ini seluruh warga Warisan Baiduri mengucapkan terima kasih atas kesudian Haji Megat Nor Hashim dan isteri memilih kami sebagai katerer rasmi majlis perkahwinan anak beliau dan ucapan selamat pengantin baru buat Putri Yasminzura dan pasangannya Muhammad Najib semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat.

Terima kasih daun keladi, jika sudi tempahlah kami lagi!