Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini57
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini434
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini950
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852401

We have: 79 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

 

Daging Dendeng Warisan menjadi pilihan keluarga pengantin


Daging dendeng antara penyebab tuan rumah memilih katerer warisan untuk majlis perkahwinan Siti Aishah Bt Ujang & Ariff B. Md Sani, ini adalah kali kedua pihak tuan rumah memilih kami sebagai katerer rasmi untuk majlis perkahwinan anak perempuan mereka, kami amat teruja diatas kepercayaan yang diberikan ucapan terima kasih kepada keluarga pengantin.

Majlis Akad nikah diadakan di Masjid At-Taqwa di Selayang Baru pada jam 10 pagi dan majlis perkahwinan diadakan pada jam 12 tengahari di rumah mereka di bandar Baru Selayang.

Merah dan Putih Menjadi Tema Pilihan Pasangan Siti Aishah Bt Ujang & Ariff B. Md Sani bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

JARANG sekali pasangan pengantin menggabungkan dua warna yang agak contrast sebagai tema majlis perkahwinan yang bakal menjadi kenangan yang cukup indah buat buat pasangan pegantin.


Idea unik pasangan Siti Aishah & Ariff  memilih gabungan warna Merah dan Putih sebagai tema majlis perkahwinan mereka, benar-benar menyerlahkan suasana.

Merah dan Putih adalah lambang cinta mereka. Lambang gabungan dua personaliti yang berbeza, tetapi mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu CINTA. Cinta yang mengikat kasih merah dan putih, dua jiwa menjadi satu.

Kata orang jika seseorang itu menggemari warna merah atau warna putih, maka anda adalah seorang yang berjiwa romantik. Dalam menghadapi masa depan anda tidak pernah ragu-ragu, apa yang anda lakukan adalah yang terbaik. Anda pandai benar dalam mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang boleh mendekati dan menjadi kekasih anda.

Jika warna Merah atau Putih yang dipilih. Ianya melambangkan cinta. Merah membawa maksud keghairahan, putih membawa maksud romantik dan suci. Merah adalah warna kesukaan wanita dan anda mungkin mampu menarik perhatian.

Kedua-dua gabungan warna tema ini dipilih Siti Aishah & Ariff dengan mendapatkan khidmat juru reka profesional yang berpengalaman, menyusun konsep majlis, sesuai dengan kehendak pelanggan.

Sudah tentu juru reka profesional mendapatkan material warna tema daripada Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Selaku katerer dan juru runding, pengalaman selama lebih 20 tahun Warisan Baiduri Sdn Bhd, dalam menyediakan santapan 'Raja Sehari' dan para tetamu, beserta penyediaan susun atur majlis, tema warna, semuanya, tidak harus dipertikaikan lagi.

Pada hari ahad bertarikh 06 Febuari 2011, pada majlis perkahwinan Siti Aishah & Arif pasangan kelihatan anggun dan begitu menawan dengan tema warna pilihan pengantin baru ini ialah Merah dan Putih.

Majlis bertambah meriah dengan hidangan istimewa dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd . Majlis perkahwinan yang diadakan di rumah pengantin perempuan bertempat NO.35 Jalan 4/8,Fasa 2, Bandar Baru Selayang bertambah ceria dengan kehadiran tetamu undangan dan jiran-jiran terdekat Puan Zuraini Osman.

Tuan rumah amat bersyukur kerana para tetamu beliau tidak putus-putus memberikan pujian terhadap jamuan yang dihidangkan dan persiapan ‘back drop’ dan meja pengantin yang terserlah indah menawan, hasil kreativiti dan kesungguhan petugas Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan Puan Zuraini Osman terhadap katerer kami.



Pihak pengantin menempah hidangan untuk jamuan tetamu seramai 600 orang seperti berikut:

* Nasi Minyak
* Nasi Putih
* Ayam Masak Kurma+Kentang
* Daging Dendeng
* Nenas Bombay
* Papedom
* Buahan
* Air Kordial Sirap

Lauk Tambahan Pegantin:

*Ayam Golek Warisan
*Udang Panjat Nenas
*Sayur Campur Warisan