Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini52
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini429
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini945
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852396

We have: 74 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Nur kasih buat pasangan sejoli
Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata
(Mekar hidup ini disirami nur kasih)

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

 

(Mekar disiram nur kasih)

Itulah untaian lagu cinta buat pasangan sejoli yang disatukan pada tanggal 21 Mei 2011, bertempat di Dewan Muslimat Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.Majlis pernikahan pasangan sejoli Aswad & Triza Zuraini, anak perempuan kepada Ybhg Dato' Zainal Abidin Putih berlangsung dengan suasana yang amat meriah.

Tema warna krim dan putih begitu menyerlahkan pasangan pengantin. Di sinari cahaya matahari yang memancar-mancar menjadikan dengan suasana begitu indah berseri. Manakala pasangan ibu bapa pengantin, Dato' Zainal dan Datin serta seluruh keluarga mengenakan pakaian baju Melayu dan baju kurung berwarna ungu.

Yang paling menarik ialah apabila lebih 200 tetamu keluarga dan para VIP bertanya-tanya kepada Dato' Zainal tentang sajian yang dihidangkan. Menurut Dato' Zainal, beliau amat berpuashati apabila tetamu yang diundang memuji-muji keenakan sajian yang dipesan khas dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Kepada staf Warisan Baiduri Sdn Bhd, Dato' Zainal memberitahu,"Saya jawab kepada tetamu yang hadir, saya hanya cuba-cuba saja katerer ni sebab katerer ini tersenarai didalam panel Masjid Wilayah, setelah saya mencuba masakan (food testing) ternyata memang menepati citarasa saya dan isteri.

"Alhamdulillah puas hati sekarang. Datin berpesan supaya pada hari raya nanti minta katerer Warisan menghubunginya bagi majlis hari raya kelak," ujar Datin. Pada majlis tersebut juga dua staf pejabat Warisan Baiduri Sdn Bhd, Encik Ahmad Zaini dan Cik Norida turut sama bertugas memantau perjalanan majlis.

Ternyata terpancar rasa kepuasan di wajah Dato' dan Datin . Daripada sambutan memberangsangkan, banyak juga kad perniagaan Warisan Baiduri diedarkan kepada tetamu dato.


Antara menu untuk kenduri kahwin yang memikat hati Dato' dan Datin adalah:

Nasi bukhari udang
Nasi putih
Ayam goreng berempah
Daging rendang Minang
Sambal tumis sotong + Kacang tanah
Ikan masin Masak lemak + nenas
Dalca campur
Acar buah + limau jeruk
Rojak pasembor
Bubur pulut hitam,
Buah tembikai/anggur/haneydew
Air kordial sirap oren, teh tarik dan air mineral.
Manakala tambahan untuk menu di meja pengantin adalah:
Ayam golek warisan
Udang panjat nenas
Ikan siakap masak sweet sour
Sayur campur warisan

Kepada Dato', Datin dan seluruh anggota keluarga, kami mengucapkan berbanyak syukur dan terima kasih kerana kesudian mengundang kami menjadi katerer di majlis yang gilang gemilang bagi meraikan mempelai.

Alhamdulillah, dengan respon yang baik daripada semua, kami menanam azam untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik di masa akan datang.