Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini8
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini385
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini901
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852352

We have: 31 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Menu masakan Barat di majlis meraikan staf Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Sebagai sebuah syarikat penerajui dalam bidang katerer Warisan Baiduri Sdn Bhd cukup mementingkan ikatan persaudaraan dan semangat sepasukan yang jitu.

Sehubungan itu Warisan Baiduri Sdn Bhd menganjurkan majlis sambutan hari kelahiran staf yang jatuh pada bulan Mei dan jun 2011, serta majlis perpisahan pelatih praktikal industri sesi 2010/2011 dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Majlis ulangtahun staf diraikan dengan begitu meriah. Kali ini bertempat di dapur kulinari Warisan Baiduri Sdn Bhd di Kampung Padang Balang, diadakan majlis kesyukuran, doa selamat untuk staf yang lahir pada bulan Mei dan Jun.

Majlis tersebut dihadiri oleh Pengarah Urusan Warisan Baiduri Sdn Bhd, Tuan Haji Mahmud Morshidi Othman, Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Puan Norazizah Basar, Pengurus Servis, Encik Husnul Nidham Masduki, , serta seluruh kakitangan dapur dan pejabat.

Majlis juga dihadiri oleh tetamu khas, terdiri daripada Tuan Haji Zahari Saad, Ustaz Mohasir Othman serta tetamu-tetamu jemputan.

Aturcara majlis bermula selepas solat maghrib dengan bacaan Surah Yassin dan tahlil untuk

staf Warisan Baiduri Sdn Bhd, sanak saudara yang telah dijemput ilahi, bacaan doa dipimpin oleh oleh Ustaz Mohasir Othman.

Selepas bacaan doa disempurnakan, para tetamu dihidangkan dengan jamuan:

Mee hoon sup

Sup gear box

Satay ayam dan daging,

Kuah kacang, timun & bawang,

Nasi dagang. Ikan tongkol masak kari, Jelatah

Nasi goreng cina

Spagethi Bolognise

Lasagna

Ayam goreng Kentucky

Pumpkin Tart

Bread Butter puding

Makaroni Bakar

Teh tarik, air kordial.

Sambil tetamu menjamu selera menikmati hidangan yang lazat, juru acara majlis menjemput 9 orang termasuk pengarah urusan yang sama-sama diraikan hari lahir iaitu:

1. Roziman Mahmud (2 Mei)

2. Norazia Abdul Rahman ( 3 Mei)

3. Hasnul Nidham Masduki (15 Mei)

4. Mahmud morshidi othman (24 Mei)

5. Sarbani Abu (29 Mei)

6. Ahmad Zaini ( 15 Jun )

7. Abdul Aala Mat ( 10 Jun)

8. Azmil Ibrahim ( 19 jun)

9. Norlin Mohd Nordin ( 30 Jun)

Bakat terpendam nyayian dari staf warisan diadakan bagi memeriahkan majlis sempena meraikan 3 orang pelatih praktikal latihan industri sesi 2010/2011 yang belajar di Warisan Baiduri Sdn Bhd, yang tamat pada akhir bulan Jun ini.

Mereka yang diraikan adalah Mohd Ayob Mohammad Rohamad, Fateen Atiqah Zakaria dan Adziah Adanan

Majlis diserikan lagi dengan terdapatnya bakat bakat terpendam dari staf warisan menyanyi secara berkaraoke.

Majlis yang penuh kemeriahan dan keceriaan itu berakhir sekitar jam 11. 30 malam.