Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini67
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini444
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini960
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852411

We have: 87 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

 

Pakej lengkap Warisan Baiduri hasil majlis terbaik buat pasangan Aida-Faizal


Kata peribahasa Melayu; 'Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat'. Itulah hasil terbaik daripada kesepakatan semua pihak yang terbabit dalam menjayakan sesuatu majlis besar seperti majlis perkahwinan.

Kesepakatan antara Warisan Baiduri Sdn Bhd selaku katerer, wedding planner dan pengurusan Dewan Seri Endon telah menghasilkan majlis perkahwinan Aida Fariza dan Faizal Azwandy begitu happening ala-ala 'wedding of the year'.

Koloborasi tiga entiti ini menzahirkan satu suasana yang nyaman dan harmonis berpaksikan warna tema pilihan pengantin purplish pink.

Keangguhan pengantin yang diserikan dengan pilihan warna tema yang menarik tidak cukup sempurna tanpa sajian yang lazat lagi enak dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Pasangan Raja Sehari ini, bersama tetamu-tetamu kehormat, disajikan dengan menu berikut:

Nasi Bukhari Udang,
Nasi putih,
Ayam Masak Merah,
Rendand Daging Tok,
Acar Buah,
Sambal Sotong Rendam,
Papedom,
Buahan,
Air Kordial Anggur,
Teh Tarik Kaunter,

Tambahan menu untuk sajian di meja pengantin adalah Ayam Golek Warisan, Udang Panjat Nanas, Salad Baiduri dan Sayur Campur Warisan.

Majlis resepsi sempena perkahwinan Aida Fariza puteri kepada Dato Zakaria Taib dan Datin Afiffah Ariffin dan pasangannya Azwandy telah diadakan di Dewan Puspanitapuri Precint 10 putra jaya pada 2 Julai 2011

Lebih 1,000 tetamu telah hadir terdiri dari beberapa orang kenamaan, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, saudara mara kedua ibu bapa pengantin dan sahabat handai mereka.

Suasanan majlis yang santai bertambah ceria lagi dengan celoteh juruacara, Mohd Fedtri Yahya pengacara terkenal dari TV3.

Ucapan alu-aluan bapa saudara pengantin perempuan Dato' Aminuddin Ariffin yang di selang selikan dengan pantun-pantun jenaka ciptaan beliau telah menggamit hadirin dan menggamatkan suasana di Dewan Jamuan.

Aida Fariza dan Faizal Azwandy telah diijab kabulkan pada 1 Julai 2011 di Masjid As Saadah, Penjara Kajang Selangor dihadiri lebih dua ratus ahli keluarga kedua pengantin.

Warisan Baiduri turut menyediakan jamuan minum pagi dan makanan ala kampong untuk jamuan makan tengah hari.

Menu pilihan makan tengah hari sempena majlis akad nikah tersebut ialah:

Nasi putih,
Ayam goreng berempah,
Daging salai masak cili api,
Ikan tenggiri goreng berlada,
Sayur campur goreng + Kacang buncis + udang kecil,
Ikan masin talang + cili+ Bawang goreng,
Sambal Belacan ulam,
Buah-uahan dan Air kordial Oren.

Untuk minum pagi menu yang disediakan oleh Warisan Baiduri Sdn Bhd adalah:

Roti jala,
Kari ayam + kentang,
Kari daging,
Kuah durian,
Roti gardiner,
Kuih mini popiah,
Kuih koleh kacang,
Kuih Lapis,
Teh & kopi

Alhamduliullah. Kami bersyukur kerana kedua majlis berkenaan berlangsung dengan sempurnanya. Dikesempatan ini Warisan Baiduri Sdn Bhd mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai dengan iringan doa semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. Amin.