Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini110
mod_vvisit_counterSemalam26
mod_vvisit_counterMinggu Ini136
mod_vvisit_counterMinggu Lepas317
mod_vvisit_counterBulan Ini690
mod_vvisit_counterBulan Lepas3080
mod_vvisit_counterJumlah886309

We have: 8 guests online
0: 54.196.26.1
 , 
Today: Oct 16, 2018

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Datuk Seri Jamil Khir rai 1200 mualaf

Syukur ke hadrat Allah SWT, bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak ini, seramai 1200 orang mualaf bersama asnaf-asnaf Baitul Mal, sekitar Wilayah Persekutuan diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, 12 Ogos 2011.


Majlis yang diadakan di Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, bersebelahan Masjid Negara, dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Selain diraikan dalam majlis berbuka puasa, asnaf-asnaf yang layak turut menerima sumbangan berupa kewangan, hamper dan keperluan harian daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Warisan Baiduri Sdn Bhd diberikan amanah untuk menjadi katerer utama pada majlis tersebut. Dengan jumlah hadirin yang begitu ramai, Warisan Baiduri Sdn Bhd menyediakan lapan meja buffet untuk tetamu jemputan serta beberapa buah meja hidangan buat tetamu VVIP.

Sajian untuk para tetamu yang dipesan khas dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd adalah seperti berikut:

Menu berbuka puasa

Buah Kurma
Karipap pusing
Bubur pulut Hitam
Teh Tarik

Menu makan Malam

Nasi putih
Ayam goreng berempah
Daging Gulai Terengganu
Sup Tulang
Ikan panggang + Air asam
Daging Masak Kurma
Sayur Campur
Ulam Ulaman
Cream Ceramel
Buah-buahan
Teh Tarik
Air kordial sirap

Majlis berakhir selepas solat maghrib.

Warisan Baiduri Sdn Bhd merakamkan setinggi syukur dan perghargaan kepada penganjur diatas kesudiaan menjadikan kami sebagai katerer rasmi di dalam majlis tersebut. Salam Ramadhan.