Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini129
mod_vvisit_counterSemalam44
mod_vvisit_counterMinggu Ini129
mod_vvisit_counterMinggu Lepas670
mod_vvisit_counterBulan Ini2807
mod_vvisit_counterBulan Lepas4061
mod_vvisit_counterJumlah881994

We have: 95 guests online
0: 54.198.27.243
 , 
Today: Aug 20, 2018

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Warisan serikan program dakwah bilhal ihya ramadhan

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Jamil Khir Baharom begitu gembira dengan usaha gigih Baitul Mal Wilayah Persekutuan untuk memastikan kebajikan umat Islam terjamin di kota raya.

Sehubungan dengan itu pada 15 Ogos 2011, beliau merasmikan program Dakwah Bilhal Ihya Ramadhan yang diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan serta jemputan yang hadir seramai 700 orang.


Dalam ucapannya Dato' Seri Jamil berkata, pihak Baitul Mal sedang mengusahakan pembinaan Klinik Mata memandangkan terdapat laporan daripada Kementerian Kesihatan, yang mendapati kira-kira 1.3 juta rakyat menderita katarak mata.

"Sekarang ini hanya ada Hospital Selayang dan ia tidak mampu menampung jumlah pesakit yang ramai," ujarnya.

Dalam ucapannya Menteri sempat bercerita kepada hadirin mengenai rutin hariannya bersempena Ramadhan ini.

Katanya beliau sering meluangkan masa yang lapang selepas bersahur untuk menyemak permohonan rakyat. Antaranya kata beliau beliau menyemak permohonan rakyat yang hendak menunaikan haji ke Baitullah.

"Macam-macam alasan mereka berikan kepada saya, antaranya soal kesihatan, ada yang kata sekarang ini sedang sihat, tahun depan tidak tahu sihat ke tidak, oleh itu minta Dato' luluskan tahun ini.

"Ada juga yang kata, Dato' tolonglah saya tengah rindu sangat nak ke Mekah. Lagi pelik, ada yang bagi alasan, Dato' tolonglah, sekarang ini isteri saya sedang berbaik-baik dengan madunya, kami mohon sangatlah agar Dato' luluskan untuk kami bertiga pergi Mekah," cerita beliau sambil disambut gelak tawa hadirin.

Di sebalik kegembiraan hadirin mendengar ucapan Dato' Seri Jamil, mereka turut tidak sabar untuk merasai keenakan hidangan yang dibawa khas dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Antara menu yang dipesan oleh penganjur iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah:

Sate ayam & daging
Kuah kacang/timun/bawang
Nasi impit

Buah kurma,
Mini popiah
Mini karipap
Mini murtabak

Nasi putih,
Ayam percik Warisan
Daging Bakar + air asam
Ikan tenggiri masak lemak
Sambal tuming sotong rendam
Sayur campur warisan
Keropok ikan
Sambal belacan + ulam
Buah-buahan
Air teh bunga
Teh ais
Air mineral

Sambil-sambil menjamah keenakan hidangan, para hadirin nampaknya amat berselera dengan menu daging bakar. Kata mereka, baunya sungguh menyelerakan, di samping rasanya yang enak.

Alhamdulillah, pihak Warisan Baiduri Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana sudi menjadikan kami sebagai katerer rasmi untuk majlis ini.