Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini103
mod_vvisit_counterSemalam26
mod_vvisit_counterMinggu Ini129
mod_vvisit_counterMinggu Lepas317
mod_vvisit_counterBulan Ini683
mod_vvisit_counterBulan Lepas3080
mod_vvisit_counterJumlah886302

We have: 15 guests online
0: 54.196.26.1
 , 
Today: Oct 16, 2018

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

 

Penyanyi Bob AF2 raikan anak yatim bersama hidangan Warisan

Penyanyi Akademi Fantasia yang dikenali dengan nama Bob 'Mesra' pada 21 Ogos 2011, meraikan anak-anak yatim Al-Nasuha, Gombak dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di Anjung Warisan Sejarah, Wisma Sejarah Jalan Tun Razak Kuala Lumpur
Majlis anjuran Bob Mesra Entertainment diserikan dengan layanan istimewa Bob terhadap penghuni Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim al-Nasuha.

Di majlis itu juga Bob Mesra Entertainment mengambil peluang untuk bersama sama mendekatkan lagi silaturrahim antara
peminat dan media. Antara artis yang hadir di majlis tersebut adalah Abon & Kencana sebagai Pengacara Majlis, Zarina AF2, Anding AF2, Farina AF8, Azhar (naungan KRU), Hael Husaini (artis baru) dan lain lain.

Julungkali mengadakan majlis berbuka yang melibatkan penggunaan tempat seperti ini, adalah salah satu pendekatan dan inisiataif Bob Mesra Entertainment untuk beramah mesra.

Ia merupakan serta salah satu untuk mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak terutama pihak media yang selama ini menyokong karier artis juga pemilik syarikat yang mahu dikenali sebagai Bob Yusof.

Setelah 8 tahun penglibatan dalam industri muzik tanah air pelbagai perkembangan semasa yang dilakukan oleh Bob Yusof untuk memajukan lagi karier dan perniagaannya.

Majlis ini juga turut mendapat perhatian dari beberapa individu dengan pemberian sumbangan wang (duit raya) kepada rumah anak anak yatim tersebut.

Terima kasih juga diucapkan kepada YB Dato' Hajah Rohani Karim  Timbalan Menteri KPDNKK, YB Dato' Haji Fadillah Yusof Timbalan Menteri Sains & Innovasi Malaysia dan Dato' Rosnah Abdul Rashid Syirin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, yang turut memberikan sumbangan berbentuk barangan hamper.

Turut dihargai Encik Mohammad Nazmi Hj Reduan dan Pn Shereen Bte Dato'Ali yang menaja, tajaan kain untuk anak anak yatim dari syarikat Jakel. Paling penting sekali adalah penyediaan hidangan daripada Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Pada majlis itu juga pihak Bob Mesra Entertainment ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak media yang memberikan pelbagai sokongan memajukan karier beliau.

Menu sajian yang disediakan oleh katerer Warisan Baiduri Sdn Bhd pada majlis yang penuh bermakna itu adalah seperti berikut:

Menu Berbuka puasa

Buah Kurma
Kuih karipap
Kuih seri muka
Teh tarik

Makan malam

Nasi putih
Ayam masak Lemak cili api
Daging dendeng
Sambal tumis ikan bilis + petai
Keropop Papedom
Buahan
Air kordial sirap

Alhamdulillah semua pihak berpuashati dengan persembahan, program dan penyediaan serta kelazatan makanan. Semuanya berjalan lancar dan pihak penganjur amat berpuas hati dan akan mengadakan lagi pada tahun tahun akan datang Insya Allah.