Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini300
mod_vvisit_counterSemalam247
mod_vvisit_counterMinggu Ini300
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1620
mod_vvisit_counterBulan Ini6980
mod_vvisit_counterBulan Lepas4353
mod_vvisit_counterJumlah873239

We have: 30 guests, 5 bots online
0: 54.81.68.240
 , 
Today: May 21, 2018

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla


Sajian Warisan meriahkan sambutan Aidilfitri Datin Ana Dato' J

MEMANG happening! Open house Aidilfitri anjuran Datin Ana dan suaminya Dato' J begitu meriah.
Riuh rendah dengan kegembiraan serta gelak tawa hadirin yang begitu enjoy dengan suasana.
Bertempat di Kota Warisan, Sepang, 17 September lepas, majlis Datin Ana dan Dato' J diserikan
dengan kehadiran rakan istimewa mereka iaitu komposer terkenal A Ali.

Datin Ana dan Dato' J bukannya orang baru kepada Warisan Baiduri Sdn Bhd. Mereka adalah pelanggan setia yang cukup komited
dengan sajian dari dapur Warisan. Kali ini sudah masuk kali kelima
majlis rumah terbuka Datin Ana dan Dato' J menjemput Warisan Baiduri Sdn Bhd menjadi katerer utama.

Dengan tema warna purple & pink, majlis diadakan dari jam 11 hingga 7 malam, dipenuhi kalangan tetamu dari kalangan VIP
hingga kanak-kanak, disekitar 300 hadirin.

Cuma pada tahun ini Datin Ana dan Dato' J mengadakan karaoke untuk tetamu-tetamu, khususnya komposer A Ali.
Malah Datin Ana dan Dato' J turut menunjukkan bakat mereka dengan
mendendangkan sebuah lagu duet berjudul 'Jangan Pisahkan Aku dan Dia' dendangan Mayangsari dan Deddy Dores

Keadaan cuaca panas dan sesekali mendung, disambut mengikut irama yang menyanyikan lagu karaoke. Perjalanan majlis
berjalan lancar dengan pengurusan acara yang terlatih dari pihak katerer.
Menu kambing bakar dan sate ayam daging antara yang paling laris dalam majlis tersebut.

Menu yang dihidangkan atas pesanan Datin Ana dan Dato' J adalah:

Nasi beriani
Dalca campur
Ayam masak merah
Daging rendang
Jelatah

Lemang
Laksa Johor ( tuan rumah)
Bubur kacang hijau

Krim caremal
Sagu gula melaka

Buah-buahan

Kordial sirap + oren
Teh tarik
Air mineral.

Dengan rasa rendah hati Warisan Baiduri Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Datin Ana dan Dato' J
mengundang kami menjadi katerer utama di majlis yang begitu bermakna buat mereka. Terima kasih daun keladi, lain
kali jika sudi undanglah kami lagi.