Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini80
mod_vvisit_counterSemalam119
mod_vvisit_counterMinggu Ini365
mod_vvisit_counterMinggu Lepas739
mod_vvisit_counterBulan Ini1583
mod_vvisit_counterBulan Lepas2580
mod_vvisit_counterJumlah855614

We have: 25 guests online
0: 54.234.190.237
 , 
Today: Jan 18, 2018

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla



Menu Warisan macam goreng pisang panas di majlis Dutch Lady

Wajah-wajah keriangan memenuhi pekarangan ibu pejabat Dutch Lady Milk Industries di Petaling Jaya Selangor, 26 September 2011 .

Mereka berhimpun dan bersukaria sempena majlis Family Day Adventure yang dianjurkan Dutch Lady untuk kakitangan dan sanak saudara mereka.

Yang penting sekali pada setiap majlis yang penuh meriah ini adalah menu sajian yang enak dan lazat. Bagi menyempurnakan majlis merejka Dutch Lady menjemput Warisan Baiduri Sdn Bhd menjadi katerer utama.

Dengan tema warna biru & putih, majlis diadakan dari jam 9 hingga 1 tengahari, dipenuhi kalangan tetamu dari kalangan Pengarah, kakitangan, anggota keluarga dari golongan veteran sehingga kanak-kanak, yang terdiri dari pelbagai kaum, warna kulit dan agama.

Ramai mereka berhimpun untuk family day di sekitar 1200 hadirin.

Keadaan cuaca hujan awal pagi dan panas hingga kepetang, tidak sesekali mencacatkan majlis yang diatur.

Suasana meriah amat terasa, tambahan pula disulami dengan celoteh deejay jemputan yang petah dan bijak mengatur bicara.

Dalam majlis tersebut, mereka juga menganjurkan pelbagai permainan dan sukaneka seperti menunggang lembu liar (ala-ala matador), rock climbing, similator, sukaneka bersama dejay dan lain-lain.

Menariknya majlis diatur dengan agak santai. Mereka bermain, berhibur sambil menjamu selera.

Sehinggakan menu yang ditempah khas dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd amat laris bagaikan goreng pisan panas, tak sempat petugas Warisan Baiduri hendak menghidangkannya di dalam tray, menu sudah habis dicapai hadirin dalam pejalanan petugas menuju ke gerai buffet yang disediakan.

Antara menu yang dihidangkan atas pesanan Dutch Lady Milk Industries adalah:

Stall 1

Nasi Lemak (bungkus daun Pisang)
Teh tarik
Air Mineral


Stall 2
Ice Cream
Air Kordial Sirap
Air Orange
Jus Manggo

Stall 3
Kueu Teow Goreng
Mee goreng


Stall 4
Roti+Sosej+Salad+Sos Cili
Sandwiches Tuna
Sandwiches Sardine
Bebola Ikan
Bebola Sotong
Nugget Ayam
Keropok Lekor
Sos Cili

Stall 5
Satay Ayam + daging 10,000 cucuk
Kuah kacang
Bawang & timun

Nasi Impit
Lemang
Rendang Ayam
Rendang daging


Dengan rasa rendah hati Warisan Baiduri Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Dutch Lady Milk Industries
mengundang kami menjadi katerer utama di majlis yang begitu bermakna buat mereka. Terima kasih daun keladi, lain
kali jika sudi undanglah kami lagi.